Thursday, November 19, 2009

mana satu orang, mana satu rusa


lepas turun keta cable masa kat langkawi aritu, aku gi kat tempat ternak rusa yang ada kat situ. sempat la bagi makan kat rusa2 kat situ sambil amik gambar.
bila aku tengok balik gambar2 tu, aku confuse. mana satu orang, mana satu rusa. hehehe.

Monday, November 16, 2009

menternak..

lama sungguh tak melawat blog sendiri. 2 minggu terakhir persekolahan ni agak sibuk bagi aku. aku sendiri jarang ada kat sekolah. nasib baik sekolah tak roboh dibuat oleh budak2.

jumaat lepas aku gi kedai tayar kat tempat aku ni untuk isi nitrogen dengan wat balancing. stereng asyik gegar je bila bawak laju. memandangkan aku nak gi kursus kat cameron esok, aku kenala memastikan kereta aku elok utk kesana. lagi2 sekarang ni musim ujan.

kedai tayar yang aku gi ni memang aku suka kerana kejujurannya. dari kereta first sampai la kereta yang sekarang ni, aku wat kat situ. cina tu bukan setakat peramah, keje dia pun tip top la bagi aku. kalau kerosakan tu dia takleh wat, dia takkan wat.

macam semalam tu, tayar aku tu kena letak ring utk bagi dia balance. tapi kat kedai dia tu takde ring yang betul2 fit dengan saiz tayar aku tu. oleh kerana benda tu cuma berharga rm10 satu, aku suruh dia letak je ring yang boleh masuk. tapi cina tu tak nak. dia kata, dia hanya akan letak ring tu kalau betul2 fit je. so, dia suruh aku gi kl. buat kat sana.

so, sementara aku tunggu dia pasang balik tayar tu, aku round2 sekitar klinik tayar dia tu. sampai la bahagian belakang. ini ialah apa yang aku jumpa.

sorry, gambar kurang jelas. ini kolam ikan yang terletak di tepi umah dia. dalam kolam ni ada banyak ikan talapia merah (aku ingat ikan koi. nasib baik aku sempat tanya dia) yang dia bela untuk di makan.

ayam2 kampung yang dibela oleh beliau. ayam tu jauh kat tengah. sebab berebut makan.

beliau juga turut menternak itik. byk betul itik dia. ini yang lepak kat tepi pagar.

bila aku perhati dan fikirkan, cina ni memang ternak sendiri apa yang dia makan. bagus betul la. dah la bisnes besar, kos makan rendah plak tu. pastu, ternakan tu mesti kurang bahan2 kimia kan?? patutla tokey tu walau dah beruban, masih tegap dan kuat. hehehe..

aku minat gak ternak2 ni. tapi takde kawasan la. hmm...kena beli tanah nampaknya ni.hehehe.

Monday, November 9, 2009

kereta rosak, kursus & kes disiplin.


aku sampai dari langkawi pukul 12.35 tengah malam semalam. pagi tadi sebenarnya aku sangat mengantuk sebab tak cukup tido. bukan setakat sebab sampai lewat tapi sebab anak aku ajak main. dia rindu aku kot..
tapi oleh kerana aku kena gi kursus kat Jeram ari ni, aku gagahkan jugak diri aku ni gi keje. elok2 aku nak start keta, bateri kong plak. adoi..dah la aku dah lambat. tempat tu jauh lak tu. aku call urusetia, bgtau aku lambat.
dah sampai tu, masa aku tengah kursus, ramai lak yang tepon aku tanya itu ini. salah seorangnye ialah paie. dia suruh aku key in data kes disiplin yang baru. ada 4 pasangan merpati dua sejoli ditangkap dating kat kelas.
ni aku baru siap key in kes tu dalam SSDM (sistem salah laku disiplin murid). 4 pasangan tu suma student yang aku ajar. tapi aku bukan la ajar diorang dating. aku ajar diorang sains je.
sambil key in data tu, aku baca la pengakuan yang dibuat oleh pelajar tu. aku nak share dengan pengunjung2 disini.
pengakuan beliau: saya dengan pasangan saya berdua-duaan bersama pasangan2 yang lain. ketika itu kami bersembang-sembang. tujuan kami berjumpa untuk melepas rindu maklumlah nak cuti kan. kami ditangkap semasa dating pada pukul 12.40 tghr.

adoi..lucu betul. pandai lak melepas rindu. geli geleman cikgu baca.
satu lagi pengakuan yang lucu bagi aku.(memang tak matang betul la budak2 ni. tapi pandai lak main cinta): pada ...hari...di kelas ..., saya dan pasangan saya...telah berjumpa dengan tujuan ingin bertanya khabar dan mengambil duit.di samping itu. saya telah menolong pasangan saya mengemas buku untuk di bawa pulang kerumah. dan pasangan saya memberi saya hadiah sebagai tanda sayang.


aku tersenyum sorang2 membaca pengakuan2 budak yang dating ni. aku tengok masa aku ngajar budak2 yang kena tangkap ni punya la ganas2 mukanya. tapi tak sangka, disebalik keganasan rupa paras tu, terselit hati yang ada "bunga". hihihi.

fitrah manusia ingin dicintai. tapi kenapa la terlalu awal perasaan tu datang.

Wednesday, November 4, 2009

sebelum menjadi incredible hulk..


aku pun tak tau kenapa aku pilih tajuk ni. belasah je.
aku amik peluang berkipas sekejap sebab baju aku dah basah dengan peluh. keje banyak nak siapkan ni. esok sampai ahad aku kena gi langkawi. bawak budak2 asrama yang dapat result cemerlang masa exam mid-year aritu. semua warden kena gi. yang tak gi ialah k.jem-bersalin, ustaz dzul-gi haji.
isnin dan selasa lak kena gi kursus pembugaran SAP-HC. mesti dapat makan sedap ni. barulah boleh bugar.hehehe. apsal makin nak abis sekolah, makin banyak keje??
tapi yang aku takleh lupa ialah apa yang aku wat semalam. semalam aku jaga exam kat kelas form 4. kat bangunan sebelah, kelas budak form 1 bising sangat2. tapi budak2 ni pandai berpura2 la. bila aku round, kelas senyap. lepas 5 minit, bising balik.
geram betul aku. diorang ni tak reti ke guna waktu tu utk studi. kan nak exam?? maka aku pun denda beberapa budak yang tak reti duduk diam. aku pun membebel kat budak2 ni. cikgu pempuan memang suka membebel.
tengah aku membebel tu, aku terdengar suara balik pintu kelas sebeleh yang mengajuk sebijik2 apa yang aku bebelkan. amboi..ini kes berani. dah la kelas bising. siap ajuk cakap cikgu lagi.
aku pun gi kelas sebelah. aku tanya sape yang ajuk cakap aku tadi. takde sapa ngaku.
aku pun cakap, kalau takde sapa ngaku, semua orang bangun dan berkumpul kat padang sekarang! pastu, sorang budak perempuan pun bangun dan ngaku. bila budak tu datang dekat aku, aku tengok dia tak pakai lencana sekolah. lengan tangan berlipat sampai siku. kat hujung jari dia disalut dengan celophane tape. aik? fesyen apa lak dia ni?
aku tanya dia, kenapa dia tiru cakap aku? kenapa dia tak pakai lencana? kenapa salut2 jari dengan celophane tape? jawapan dia..saje cikgu. ni fesyen saya.
best kan jawapan dia?? depan dia, aku baca bismillah, pastu aku tampar pipi dia. pastu aku suruh dia duduk. aku pun, balik ke kelas yang aku tengah jaga exam tu.
itula sejarah aku jadi cikgu. sepanjang 5 tahun aku jadi guru disiplin, ini la first time aku tampar budak. time tu aku bukan marah. cuma aku tak suka jawapan yang kurang ajar.

Monday, November 2, 2009

Itu Pun Nak Tanya Aku??

aku pun tak tau wajar atau tak aku geram. sila beri pendapat anda..

apabila kerajaan tetapkan hanya 10 subjek je boleh di ambil utk SPM 2010, sekolah aku terpaksa la gugurkan satu subjek yang lebih. masalah timbul bila subjek yang dipilih tu bertindih lak dengan subjek lain.

lepas refer PPD, PPD suruh buat surat kepada lembaga peperiksaan supaya buat pindaan atas jadual.

itu baru intro. apa yang aku geramkan bukan pasal tu.

sekolah aku ni ada 2 orang typist. aku pun bagi tau suruh wat surat yang aku cakap di atas. dia kata ok. aku siap bagi point penting lagi utk surat tu. pastu, tak lama lepas tu, GPK aku panggil suruh aku wat draf surat tu. laaa...kan aku dah cakap tadi! takkan la surat gitu pun tak leh wat. dulu masa amik SPM tak lulus BM ke?

dari aku draf, baik aku wat sendiri. bukan susah. tapi, kalau aku wat sendiri, apa guna ada typist?? selepas aku membebel, maka typist tu pun wat surat tu. aik?? boleh la plak buat ayat...

tak lama lepas tu, pengetua aku lak tepon. mintak alamat lembaga peperiksaan. ya Allah, apasal sekolah aku ni?? takkan la alamat lembaga peperiksaan pun nak mintak kat aku? memang la aku ada, tapi takkan la benda sempoi camtu pun tanya aku. kan boleh refer dekat surat masuk!

adoi..hangat sungguh rasanya hati aku walaupun duduk dalam aircond.

sabar...sabar....sesungguhnye mereka hendak melihat kesabaran aku. setakat ni kulit aku masih berwarna coklat. belum menjadi hijau. hehehe..

Thursday, October 29, 2009

besday itu kesyukuran? kesyukuran itu besday?


sempena besday aku yang ke 28 yang berlaku dalam minggu ni, aku mengadakan sikit jamuan untuk kawan2. bukan aku yang masak, tempah je. kalau aku yang masak, aku kena cuti 5 hari lebih awal. hehehe. teruk betul..

ada cikgu baru yang tanya aku,"akak memang tiap2 tahun besday buat jamuan nasi beriyani ke?"

tergelak aku dibuatnya. nasib baik dia cikgu baru. maka, aku takdela gelak sangat2. nanti sedih lak dia. maka aku pun jawab yang aku buat jamuan besday plus kesyukuran sebab aku lulus PTK. (PTK= penilaian tahap kecekapan)

PTK ni soalan dia jawapannya ABC je. senang kan? tapi nak lulus punya la susah (kata kawan2 dan senior2). ada yang dah berkali2 amik tapi tak lulus2 lagi. jadi, kakak aku kata, wajarla aku bersyukur sebab dah lulus dengan sekali amik je. lepas ni boleh naik gaji. so, kena kerja dengan lebih cemerlang lagi.

bukan sebab tu je, jamuan ni juga diadakan sebab aku ada cakap dengan kak wani yang aku akan wat jamuan nasi beriyani kalau aku lulus. kak wani lak nak wat nasi hujan gerimis. tapi nampaknya belum ada rezeki kitorang nak makan nasi hujan gerimis. mungkin tahun depan.

aku anggap lulus PTK ni sebagai hadiah paling best aku dapat tahun ni. hadiah yang tak boleh beli di mana-mana. azam aku, tahun depan nak amik TK2 lak. moga2 boleh naik gaji lagi. amin..doakan aku.

Sunday, October 25, 2009

warna-warni & bowling


kepada sesiapa yang menggosok-gosok mata untuk memahami gambar di atas, gambar sebelah kiri adalah gambar bola boling. sebelah kanan adalah kasut untuk main boling.
persamaan pada kedua-dua gambar adalah kedua-duanya berwarna-warni. tiba-tiba aku teringat lak open day pejabat pelajaran daerah yang aku gi rabu lepas. booth utk unit prasekolah tu sangat ceria dan berwarna-warni. sama seperti apa yang ada dalam gambar di atas.
aku tak dapat nak tepek gambar aku disini. bukan sebab aku pemalu tapi takde sape nak amik gambar aku. buat pengetahuan sesiapa yang tak tahu, sabtu lepas aku menghantar AJK redaksi sekolah bermain boling kat Klang Parade. gembira sungguh budak2 tu main boling. untuk fiza dan cik qil, korang ni sibuk amik gambar je. tapi bila baling, asyik "bersihkan longkang". hahaha. jangan marah.
alang-alang hantar bebudak ni bergembira, aku pun amik peluang untuk berlatih utk pertandingan esok. Esok?? alahai...malas sungguh nak pegi.
kerana nak pertandingan esok la, malam2 buta camni ni aku terpaksa tercongok kat sekolah sebab nak siapkan bahan2 untuk mesyuarat esok. so, kalau tak sempat balik untuk mesyuarat, bahan2 tu akan bermesyuarat tanpa aku. hehehe.
tapi sekolah aku ni memang hebat la. aku ingatkan aku sorang je datang sekolah malam2 camni. rupa-rupanya ada ramai lagi datang malam ni. bagus..bagus..tahun depan boleh dapat APC. amin..
APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Thursday, October 22, 2009

Ragam budak sekolah a.k.a anak murid aku

hari ni tiba-tiba aku terfikir beberapa ragam student form 5 kat sekolah aku ni. tahun ni tahun pertama aku jadi SU SPM. jadi, bila nak dekat SPM ni, aku mula la memikirkan risiko2 dan masalah2 yang mungkin timbul masa exam sebenar nanti.

sebelum terlupa..ini gambar aku dengan asyraf dan rafie. batch 2006. tiada kena mengena dengan kisah ini.

tahun ni aku ada 4 orang student yang aku target dan berjaga-jaga. semuanya lelaki.

berdasarkan trial exam yang lepas, 3/4 orang pelajar ni dah jadi macam biskut chocfudge. kejap ada, kejap takde. yang sorang plak, org periksa pukul 8, dia datang pukul 9. dia mungkin lupa yang bapak dia belum buat sekolah sendiri lagi. hehehe.

kes pelajar 1: beliau sangat bercita-cita tinggi. kalau boleh nak amik 20 subjek. berminat menjadi angkasawan (dia cakap dengan aku aritu). pernah pindah sekolah lain sebab nak amik science stream. tapi akhirnya sekolah lain tu pulangkan balik kat sekolah aku sebab dia ni berpindah tidak mengikut prosedur dan ada masalah2 lain.

di sekolah aku sekarang ni, dialah calon spm yang amik paling banyak subjek. itu tak menjadi masalah. sijil kan sijil terbuka. masalahnya, dia selalu ponteng sekolah. kerja kursus pun cikgu terpaksa kejar suruh buat. kalau pening kepala sket, tak nak datang sekolah. adoi..kaunseling pun tak jalan dengan dia ni. penat aku refer kat kaunselor.

kes 2: beliau ni pun pelajar yang selalu ponteng. masalah keluarga. pernah kena tangkap dengan dato noh kat cc pakai baju sekolah. huhuhu. sayang, kelas pandai tapi ...susah nak cakap. tak nakal tapi unpredictable.

kes 3: budak yang ok kot sebenarnya. tapi lepas kena tangkap sebab berdua-duaan dengan makwe kat belakang dewan, terus jadi macam2 masalah. yang awek dia lagi teruk. PMR pun tak datang. budak lelaki ni kena buang asrama lepas kes tu. tumpang umah tukang kebun. kat situ lak buat hal gak, tak sedar diri tumpang umah orang. trial pun tak datang. dengar berita, katanya eksiden. hospital bagi cuti 4 hari je. tapi sampai sekarang tak datang2.

hmmm...aku pun dah tak tau la camne nak wat dengan budak 4 orang ni. diorang yang nak periksa, aku yang seram sejuk. leceh la nak jawab dengan pengetua pasal budak2 ni...

Monday, October 19, 2009

Berjayakah aku strike byk kali?

tengah aku sibuk2 dengan keje aku pagi tadi, sorang member dari sekolah cina bgtau pasal tournament bowling antara daerah hari isnin ni.

alamak..tak sempat la nak berlatih ni. jangan masuk longkang udah.

moga2 aku berjaya la mencipta rekod baru untuk diri aku sendiri.

Sunday, October 18, 2009

kreativiti @ vandalisme????

sori kalau gambar kali ini kurang terang. adjust2 la monitor sampai nampak ye?

ini gambar yang aku dapat dari atas meja seorang pelajar di sekolah yang aku outstation last week.

gambar spiderman.

nak tau cara penghasilannya?? bukan menggunakan pensel tau. tapi menggunakan pisau lipat @ blade.

kreatif ke vandalisme ek??



Thursday, October 8, 2009

boringnye out-station!!




mulai rabu lepas sampaila selasa depan, aku kena bertugas kat tempat lain. tapi masih kat area tanjong karang gak.
boring giler aku dengan tugas ni sebab ianya akan membuatkan aku sakit kaki! dan kadang2 boleh sakit otak juga. huhuhu. tapi takleh cakap keje apa. sebab dah sign borang pink akta rahsia rasmi. konon je rahsia, tapi satu malaysia tau apa yang berlaku dari 7 hb sampai 13 hb ni.hahaha.
tapi nasib baik la tempatnya cantik. dahla tempat makan macam kat hotel, dari tempat aku bertugas tu boleh nampak jelapang padi. kalau tengok bawah boleh nampak ikan2 berenang kegembiraan. mana aku tau ikan tu gembira? ntahla..aku bantai je.
nasib baikla dapat team yang boleh dikatakan satu kepala. maka aku pun boleh la wat lawak dengan diorang. aku ni cepat pening kepala kalau tak wat lawak. hahaha.

ok la untuk kali ni. cepat la abis keje ni! aku nak gi sekolah macam biasa. huwaaaa!!

Sunday, October 4, 2009

Duit Raya Keluaran 2009


aku dapat gambar duit ni dari satu email.
rajin betul orang yang wat ni.
mungkin dia tengah bosan sebab takde keje kot.


Thursday, October 1, 2009

Susun-menyusun



orang kata aku akan cepat kaya bila tengok anak aku suka main susun-susun ni.
mana tak cepat kaya, dia tak nak main permainan kanak-kanak. suka main dengan benda2 biasa yang ada kat sekeliling dia.

setakat ni, rekod dia boleh susun 4 botol. itupun sebab dia dah tak sampai. kalau dia tinggi lagi, mungkin dia boleh susun lebih banyak botol.

kalau gi beraya rumah orang, dia tak makan biskut raya. tapi dia gi susun bekas kuih kat rumah orang. adoi..

biskut raya aku tahun ni cepat habis bukan sebab di makan tapi sebab dah jadi serbuk. kenapa? bila bekas yang disusun tu jatuh, hancur la biskut di dalamnya.

suami aku kata, ada orang tua yang boleh baca tabiat kanak2 camni. agaknya apa ek?

Wednesday, September 30, 2009

Aku dan Asparados..siri jejak kasih


















baru2 ni aku rajin singgah di macam2 blog. tak sangka lak dalam aku singgah-menyinggah tu, aku ditemukan dengan anak sepupu aku si asparados ni. asparados bukan nama sebenar.

aku sendiri dah lama tak jumpa dengan si asparados ni. malam tadi, masa aku belek2 album lama, aku terjumpa gambar ni. yang baju biru tu aku, 8 tahun. tak silap, masa ni gigi aku rongak.

dua orang budak lelaki yang berdiri tu, salah seorangnya adalah si asparados. sorang lagi abangnya.

asparados, ko mesti tak sangka aku ada gambar ni kan?? hehehe.

Tuesday, September 29, 2009

Jamuan Hari Raya dan Majlis Khatam Qur'an



hari ni sekolah aku mengadakan jamuan hari raya dan majlis khatam Qur'an yang tertangguh masa bulan Ramadhan yang lepas.
tahun ni, majlis khatam Qur'an di ubahsuai sket. selalunya murid2 je yang khatam. tahun ni, ada guru dan murid. tapi guru lelaki je.
lepas abis majlis khatam, sesi bermaaf-maafan lak. si Qila dgn fieza sibuk suruh aku masukkan gambar diorang kat blog aku ni. tapi gambar qila je. fieza punya tak clear.
lepas salam2 tu, aku cepat2 basuh tangan. budak2 tanya kenapa basuh tangan? kotor ke cikgu?
hehehe. bukan kotor la..takut H1n1 gelombang kedua.
sekarang ni ramai yang dah tak ingat pasal h1n1 ni. aku pun ingat balik sebab fedtri yahya sebut masa MHI pagi tadi.
sekian entri utk hari ni. nak balik sidai baju ni. dah dua hari hujan. baju kotor dah melambak.
**cikgu sebelah aku yang pakai spec tu ialah cikgu sains aku masa aku form1 dan form 2 dulu.
aku sekarang ngajar di sekolah aku dulu. so, cikgu2 aku suma jadi rakan sekerja aku lak. dan aku sekarang ajar anak2 cikgu aku lak. agak2nya, anak aku nnti diajar oleh anak2 cikgu aku lak.. pusingan yang tiada henti...

Monday, September 28, 2009

Kertas Jawapan Objektif

hari ni, target aku ialah nak siapkan markah trial spm aritu.
paper 2 aku dah tanda. tinggal paper 1 je lagi.

paper 1 ni tak sampai 10 minit oleh siap semua kelas sebab tanda guna mesin. gambar yang aku upload ni adalah sample kertas jawapan objektif yang digunakan oleh calon.

bila aku tengok kertas ni, aku teringat masa aku sekolah2 dulu, aku selalu tolong abang aku tanda objective paper ni. masa tu mana ada mesin?

so, camne dia buat? kertas objektif tu dia lubangkan dengan ubat nyamuk. pastu kertas berlubang tu di padankan dengan kertas jawapan pelajar. pastu kira la satu-satu. berpinar gak mata bila nak kira banyak2.

beruntungnya la aku jadi cikgu zaman sekarang. kalau takde mesin tu, nampaknya kat umah aku sure ada stok ubat nyamuk. bukan untuk ubatkan nyamuk sakit, tapi utk lubangkan kertas objektif.

**hehe..pengetua baru lalu. dia tanya tengah watpe tu? aku senyum comel je la. ni nak kena gi SMK sungai burong ni. Dato' Noh nak bg hadiah kat budak2. cikgu tak dapat hadiah ke??

Sunday, September 27, 2009

sakit tengkok

lepas seminggu berhari raya, hari ni hari pertama bersekolah semula.
dahla raya aku tak berapa berseri walaupun baju raya banyak.
huhuhu.
pagi ni, bila bangun, tengkok aku sakit plak.
orang kata salah bantal.
apsal orang kata salah bantal ek?
sedangkan bantal tu tak wat apa2 pun kat aku.
tapi takkan aku plak yang bersalah kot??
huwaa..sedih ni.
nak reverse kereta pun susah.
huwaaa..huwaaa..huwaaa..

Tuesday, September 15, 2009

Pelajar dan Buku Teks

semalam aku mengajar di satu kelas tingkatan empat. memandangkan masa mangajar cuma satu masa je, aku sediakan worksheet sebagai latihan.

bila aku suruh keluarkan buku teks sebagai panduan, daripada 30 orang students, cuma ada seorang je yang bawak. bila tanya buku rujukan lain, cuma 3 orang yang ada.

aduss! nak marah, aku tengah puasa. maka aku pun berleter.
(kalau berleter, pahala puasa boleh berkurang tak?)

aku kadang2 jadi tak faham dengan sikap pelajar ni. bila tak dapat buku teks masa awal tahun, diorang bising, parents diorang pun bising sekali. macam2 la komen yang diberi kat pentadbir.

dulu, masa buku teks hanya diberi pada golongan yang kurang mampu, parents yang anaknya tak layak dapat buku teks bising. siap ada yang hantar sms kat surat khabar tempatan. sekarang, bila semua pelajar layak dapat buku teks, tak bawak lak gi sekolah.

pelajar yang tinggal di luar, merungut buku teks berat kalau bawak banyak2. sedangkan aku tengok, kebanyakan pelajar pergi sekolah dihantar ibu bapa. paling tak pun, naik motor. bukan kena usung sepanjang jalan?

pelajar yang tinggal asrama pun sama gak. buku teks semua tinggal kat locker asrama. locker dia yang baca kot?

bila tak dapat, merungut. bila dapat, tak guna. buku rujukan pun takde. ntah apa lagi yang diorang ni nak. kalau ye pun buku tu berat, itu kan ilmu. takkan cikgu nak ingatkan hari2 suruh bawak buku teks?

kadang2 rasa sedih tengok anak murid aku yang 100% melayu ni. tak tau nak hargai apa yang dia miliki. semoga satu hari nanti, senario ni akan berubah.

Monday, September 14, 2009

aku dan seorang budak india



semenjak nak dekat2 raya ni, aku agak sibuk la dengan persiapan nak beraya. bukan setakat untuk umah sendiri je, umah mak sekali aku kena fikir. maklumla, dalam ramai2 anak mak, aku la yang paling dekat dengan mak. dahla keje kat sini, kawin pun orang sini. hehehe..
minggu lepas, mak aku suruh aku jahitkan baju kurung dia sebab dia tak sempat tempah kain yang kakak ipar aku bagi. memandangkan benang yang matching dengan kaler baju tu takde, maka aku pun pergi la ke satu kedai untuk membeli benang tu.
bila aku masuk je kedai tu, aku di sapa oleh sorg budak india. aku rasa umur dia dalam 8 @ 9 tahun. "cari apa kak?". aku pun cakap aku cari benang. masa tu aku dukung anak, so, dia la kena carikan benang tu.
masa tu, ada orang lain tgh pilih benang. so, aku pun saje la cari idea borak dengan budak kecik tu. sebagai cikgu, soalan yang biasa aku tanya pada seorang budak kecik ialah, "adik sekolah mana?" dia geleng kepala. aku tanya la dia tak sekolah ke? dia angguk.
aik? tak sekolah? kan darjah satu sampai 6 tu pendidikan wajib? aku tanya lagi, " umur berapa tahun?" masa tu dia tengok bos kedai tu. pastu dia cakap, " dengan india boleh cakap. dengan melayu tak boleh."
aku jadi bertambah pelik. apsal lak camtu ek? pilih2 bangsa lak. lepas pilih2 benang, aku pun chow. kesian aku tgk budak tu. muka dia baik je.
semalam, aku pegi lagi kedai tu. nak beli span bunga. masa tu pukul 7.05 ptg. aku selisih dgn budak tu nak beli roti. dia dah pegang pun roti tu. tapi bila nampak aku masuk kedai dia, terus dia tinggal dan follow aku.
aku cakap kat bos dia tu aku nak span. dia pun suruh budak tu amik. kesian aku tgk budak tu. kepala dia tampal koyok. aku teringat tadi dia nak beli roti. so, lepas aku bayar span tu, masa aku nak keluar, aku bagi dia rm5.
agak2nya dia amik tak duit tu? tak..dia tak amik. dia geleng je. alamak, apa aku nak wat dengan duit ni? terpaksala aku jadi buruk siku. amik balik duit tu.
last2, aku jadi pelik, sayu dan kagum sendiri.
pelik sebab aku tertanya2 siapa budak tu? sayu sebab aku rasa dia macam susah tapi tak dapat tolong. kagum sebab dia tak nak amik duit yang aku bagi. sikit kot.. tapi, kalau nak murid aku kat sekolah ni, aku bagi rm1 pun berebut.
siapa la agaknya budak india tu ek?
* gambar di atas tiada kena-mengena dengan citer ni.

Sunday, September 13, 2009

Apa dah jadi?

kepala otak aku tengah pening2 lalat menanda kertas exam trial spm student2 aku ni.

apa la nak jadi dengan anak2 murid aku ni. nak kata tak belajar, aku dah ajar. nak kata tak tau teknik menjawab, aku dah ajar teknik menjawab. nak kata kurang latihan, aku rasa dah berbakul2 latihan aku dah bagi..

aku rasa tahun ni aku letih sangat dengan kerenah budak2 ni (sepatutnya cikgu takleh rasa letih mendidik anak murid). ada je benda pelik2 yang aku tak ajar tapi dia buat.

pastu, yang aku tak faham sekali, kenapa tak nak jawab soalan?? masa menjawab 2 jam 30 minit. tapi 2 jam tu digunakan untuk tido.

ish3x..apa aku nak buat lagi ni. aku yang salah ke, diorang yang salah?

Tuesday, September 8, 2009

rindunya nak mandi laut


bila tengok gambar ni, rasa rindu lak nak mandi laut.
hmm..bila la nak ada masa gi mandi laut ni.
lepas ni dah busy marking paper trial spm lak.
boleh tak kalau time raya2, gi bercuti kat mana2?
agak2, kat mana lagi yang best ek??
pulau perhentian ok kot...

Thursday, September 3, 2009

Al-Quran Terjemah Per-Kata


hari ni aku nak share tentang tafsir al-Quran baru yang aku beli ni.
walaupun aku dah ada banyak kitab tafsir al-Quran ni, tapi yang baru ni ada tarikan sendiri.
terjemahannya di buat bagi setiap perkataan. so, kita boleh tahu makna bagi setiap perkataan tu. tafsir yang biasa akan bagi terjemahan dalam bentuk ayat.
secara peribadi, aku nak ucap tahniah untuk individu yang beri idea untuk hasilkan tafsir seperti ini. sekurang2nya, aku boleh ingat2 balik bahasa arab yang aku pernah belajar dulu.
harganya tak mahal sangat. rm140 je. hard cover.
semoga kita sama2 amalkan baca al-Quran di bulan Ramadhan dan bulan2 yang seterusnya. selagi kita hidup. amin..


Wednesday, September 2, 2009

TRIAL SPM 2009


Mulai 02.09.09, seramai 148 orang student form 5 sekolah aku menduduki trial exam. tengok ni, masing2 terlentok2 ke sana ke mari menjawab.
masa aku round tadi, macam2 benda kelakar aku jumpa. ada ic yang dah terbelah dua, ada ic yang masuk mesin basuh!
yang paling tak tahan, ada yang guna ic fotostat warna yang di laminate. bila tanya mana ic, jawapannya, kat emak. tak berani pegang sendiri. alahai..dah 17 tahun pun tak berani pegang ic sendiri. camne nak kawin ni?? hehehe. gurau je.
good luck untuk semua calon SPM SAMTK.

Wajah Blogger SAMTK


Aku baru naik ke bilik guru ni. tadi kena jaga SPM trial exam. ngantuk giler rasanya.
round dewan sudah, check ic pun sudah. adoi..boringnye. calon pun takde yang angkat tangan mintak kertas lebih ke..
tiba2 aku terfikir nak amik gambar blogger2 yang aktif kat sekolah aku ni. cik Qil and fieza. hehehe. diorang mesti tak sangka aku snap gambar diorang. alamak, menyalahi etika jaga periksa ke tak ni ek?? tak kot..aku tak kacau diorang. sambil2 round je.
cik qil dan fieza, do the best ok??

Tingkatan 5 Jamaah 2004


Dua tiga menjak ni aku tengok ada beberapa orang student lama aku yang melawat blog ni. thanks ye sebab masih ingat lagi cikgu korang ni. aku amat menghargainya.

untuk azie dan ucu fafa, aku scan gambar kelas kita dulu. actually ada gak gambar masa kita buat jamuan kfc masa akhir tahun tu. tapi tak bawak lak masa ni. upload lain kali ok??

ini la batch sulung yang aku ajar di sekolah ni. ni la first time aku jadi guru kelas. tak tau la camne gaya aku jadi guru kelas time tu. syukurla budak2 ni ok. senang aku menjaganya. hehehe.

ada dua student dalam gambar ni yang dah berkahwin. tak silap dah ada anak pun. hmm..dah jadi "nenek" la aku.

kenapa jadi "nenek"?? ye la...diorang ni "anak" murid aku. so, anak diorang ialah cucu aku.

tiba2 aku terfikir..kenapa panggil anak murid?? bukan adik murid? aku dengan diorang ni beza 6 tahun je?hahaha...sendiri fikir, sendiri jawab.

Sunday, August 23, 2009

TIBA-TIBA...

ntah kenapa, tiba2 aku terasa boring dengan aktiviti kat blog ni.

rasanya ni kali kedua terjadi kot. dulu pernah gak jadi cenggini. lama gak aku nak menghilangkan kebosanan tu.

kepada semua yang sudi melawat blog ni selama ini, terima kasih. jumpa lagi selepas semua kebosanan tu menjauhi diri aku.

selamat beramal di bulan ramadhan.

selamat hari raya (in advance). kot2 sampai raya pun aku tak check blog ni. hehehe.

salam sayang utk semua.

Thursday, August 20, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

Cuti sabtu ahad yang lepas, aku abiskan masa dengan membaca buku ni.

nota hati seorang lelaki oleh Pahrol Mohd Juoi. terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. ISBN 978-967-5102-48-6. aik? no siri pun bagi? ni request dari seorang teman..

my first impression about this book, hmm.macam bosan je? maklumla, aku kurang minat penulis lelaki. macam2 aku fikir. buku ni novel ke, cerpen ke, buku agama ke??

nasib baik si penjual buku bagi aku bukak plastic seal buku ni. maka dapat la aku tgk sekali imbas. terus aku beli.

buku ni ada banyak kisah. kisah yang ditulis dari perspektif seorang anak, suami, bapa dan da'i (pendakwah). walaupun dia tulis dari perspektif lelaki, isi kandungannya related gak dengan aku sebagai seorang wanita.

gaya penyampaian penulis mudah difahami. jadi aku cepat abis baca buku ni.

aku pinjam sket kata2 ada depan buku ni :

hati seorang lelaki
kekadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti selembut sutera
lelaki..
jika jiwamu tulus kerana ALLAH
pasti lurus perananmu sebagai lelaki..

** part yang aku suruh suami aku baca.. sebelum bisikan menjadi jeritan.

**cerita yang aku paling ingat, kisah kucing dan ibu kucing..

selamat membaca..aku dah berjaya pengaruh 6 orang kawan aku beli buku ni. nasib baik takde komisyen. kalau tak, sure tahun depan boleh beli caldina. hahaha.


aku dan kawan2




Cantik sangat ke van tu sampai kitorang suma sibuk2 amik gambar kat van tu??
hahaha..orang kalau dah letih tahap sangat2, mula la jadi "kureng" sket.
actually, semalam aku menjadi AJK program kempen menangani gejala disiplin murid daerah kuala selangor 2009. program ni anjuran majlis aspirasi pemangkin nasional (MAPAN) dan KPM (van kat atas tu adalah van MAPAN). program tu mula 7.30 pagi sampai 6.30 ptg. pagi sampai tengahari untuk sekolah rendah. tengahari sampai petang untuk sekolah menengah.
walau aku jadi AJK pendaftaran je bersama kak mila (wanita anggun dalam gambar), tapi atas semangat setiakawan yang tinggi, kitorang wat keje utk semua bahagian bersama2.
gambar2 di atas kitorang amik dalam pukul 6. masa ni tengah program penutup. bila dah penat, mula la release tension dengan sesi tangkap2 gambar. dengan van MAPAN pun jadi la. masa ni, kawan2 yang lain pun ada gak tapi malu2 konon nak amik gambar dengan van. hehehe.
encik razak (pegawai PPD- lelaki tembam dalam gambar-hahaha jangan marah) kata, aku tak pernah letak gambar dia dalam blog aku. so, sebagai memenuhi permintaan dia, aku letak la gambar dia.
en razak, dah..jangan nangis ye. gambar dah masuk dah. program lain kali jangan lupa panggil ye??

Thursday, August 13, 2009

ceramah cegah jenayah


aku sebenarnya mengantuk ni. keje banyak tapi belum ada mood nak mula.
aku baru je naik dari surau sekolah. bukan gi solat kat sana tapi mendengar ceramah cegah jenayah di kalangan wanita.

ceramah ni berlangsung masa pelajar lelaki solat jumaat. takkan nak biar diorang ni makan tido je kat hostel sedangkan boys dgr khutbah kat masjid kan? so, nak bagi adil la kononnya, diorang pun kena dgr ceramah gak.

penceramahnya ialah inspektor haziawati bt mustafa. dari IPD kuala selangor. tak silap aku, ini kali kedua dia di jemput memberi ceramah ni. dia datang sekolah ni dah banyak kali la sebab dia pegawai seranta bagi sekolah aku.

ceramah dia banyak berkisar tentang kes ragut, rogol, cabul, buang bayi dan lesbian. sebab dia ni polis, ayat dia memang straight la. takde lapik2. so, student memang gelak2 la sepanjang ceramah. bagusla dari tido.

dia pun ada bg panduan apa yg kita kena buat kalau kena rogol. selalu dengar perkara ni.contohnya, jgn mandi, terus gi balai atau klinik supaya sample yang berkaitan dapat diambil. kalau dah mandi, dah ilang la suma tu.

tiba2 aku terfikir, kalau kat tv, aku selalu tengok, budak yg kena rogol mesti pegi tempat lain dulu. dah lama baru nak report. tak pun, dia meratap hiba, berkurung sambil membasahkan diri dalam bilik air. takde pun citer tv yang tunjuk adegan gi balai lepas kena rogol dengan badan yang busuk tak mandi tu. adegan trauma yang di lebih2kan.

aku boleh bayangkan dan aku faham orang kena rogol mesti la trauma. tapi citer2 camtu tak educate budak2 perempuan tu tentang hak diorang dan apa yang diorang boleh buat untuk membantu siasatan untuk menangkap penjenayah tu. maka terlepas la penjenayah tu dengan sukacitanya. cis...

hmmm..dah emo ni. baik aku gi solat..

Tuesday, August 11, 2009

buatmu wanita

sepanjang cuti H1N1 aku yang baru je abis lastweek, memang banyak buku yang aku baca.

buku yang baru aku abis baca malam tadi ialah buku ni. penulisnya ialah sorang bekas peguam syarie yang sekarang jadi kaunselor keluarga. dekat bloglist aku ada alamat blog dia.

aku memang selalu membaca artikel2 dia dalam majalah dan aku memang suka cara penulisan dia yang santai.

masa mula2 aku jumpa buku ni, aku tak minat sangat beli sebab aku tak sedar itu buku dia. bila aku tersedar dia publish buku, aku terus order by post.

bila aku baca, aku rasa terkilan. bukan sebab tak best, tapi aku terkilan sebab aku tak jumpa buku ni 5 tahun lepas. kenapa?? beli and baca sendiri. hehehe.

untuk semua wanita, especially yang belum kawin, yang baru bertunang, yang akan jadi isteri orang, buku ni sangat2 aku suggestkan.

walaupun buku ni bukan novel, ada part yang aku rasa macam nak nangis baca. ish3x..touching la plak.

selamat membaca ye?

kecik2 dah sakit kaki


tu la..sape suruh ligat sangat, kan dah sakit kaki!
nasib baik papa ada mesin urut kaki. boleh tumpang pinjam.
tapi camne ni? betis je dapat. tapak kaki tak dapat...
alahai si kecik ni..apa orang buat, suma dia nak tiru.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.