Thursday, October 1, 2009

Susun-menyusun



orang kata aku akan cepat kaya bila tengok anak aku suka main susun-susun ni.
mana tak cepat kaya, dia tak nak main permainan kanak-kanak. suka main dengan benda2 biasa yang ada kat sekeliling dia.

setakat ni, rekod dia boleh susun 4 botol. itupun sebab dia dah tak sampai. kalau dia tinggi lagi, mungkin dia boleh susun lebih banyak botol.

kalau gi beraya rumah orang, dia tak makan biskut raya. tapi dia gi susun bekas kuih kat rumah orang. adoi..

biskut raya aku tahun ni cepat habis bukan sebab di makan tapi sebab dah jadi serbuk. kenapa? bila bekas yang disusun tu jatuh, hancur la biskut di dalamnya.

suami aku kata, ada orang tua yang boleh baca tabiat kanak2 camni. agaknya apa ek?

12 comments:

house for shopper said...

hye,do visit my blog for online shopping..there are alot of item u can found;)thanxs

iDAN said...

Kreatif, rajin mengemas, teliti, selalunya kanak-kanak begini pintar dalam mengira.

Tapi botol tu cikgu, nampak macam kaca aje!. Emmm! hati-hati, jangan biarkan dia bermain seorang.

asilahmuhajer said...

iDAN;
dia memang rajin "mengemas".hahaha.

botol2 tu memang kaca. alhamdulillah setakat ni takde yang pecah. dia memang sentiasa dalam kawalan.

sI tEDI said...

alahai... kreatifnya.. tak pecah pulak tu..

boleh jadi arkitek ni...

zeqzeq said...

aminnnnnnn

mudahan..benar dan makbul..
..boleh tumpang semangkuk..
Asilah akan kaya..rezeki bertambah..

rasanya adik ini kena masuk jabatan arkitek..mana tau bila besar boleh bina plan masjid..

amalhaj said...

ini tandanye nak beradik lagi... huhuhuhuhuu

cerpelai said...

Gua belum tua jadi gua tak buleh baca makna tersiratnya.. Kehkehkeh..!!

Pada gua senang je.. Tu maknanya otak dia sedang meneroka dan meneroka setiap butir di sekelilingnya dengan cara seronok.. Biarkan dia belajar tapi jangan biarkan dia terbiar.. Pantau dan gua rasa sis buleh saksikan keajaiban yang hanya ibubapa je buleh nampak.. Betul tak?

ainShahajar said...

comelnya.. bila la nk de anak..hehe

susun2 tu kan banyak guna otak kiri...mcm cik idan ckp.. kira2 kot

Basuh Baju said...

dah sampai 88 botol boleh masuk rekod Mas..haha

asilahmuhajer said...

sitedi;
arkitek? aminn..

zeqzeq;
bina pelan masjid ye?? masjid untuk solat takpe. jgn tolong ayah dia bina "masjid" dah la. nanti dapat mak baru lak.

amalhaj;
adik? sedang dalam proses. hahaha. wait n see ya?

cerpelai;
kata2 mu itu membuatkan aku rasa seperti membaca majalah Pa&Ma segmen psikologi anak2 la. hahaha. anyway, tq.

ain;
cepat2 la bertemu dgn si dia. akak doakan. amin..

basuh baju;
88 botol?? kena kumpul botol dari sekarang. hahaha.

chemil ila said...

bagus aizul...nanti mama kaya...acik ila tumpang...aizul jd arkitek, dah kaya...pun acik ila tumpang dua kaki jugak...hehehe

atong said...

wah cepat lar korang g aji yer.sbb boleh save duit tak beli barang mainan anak

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.