Monday, May 9, 2011

teknik terkini membuang sampah di sekolah..

zaman aku sekolah dulu, cikgu ajar, kalau nak buang sampah, buang la ke dalam tong sampah ( bukan luar tong sampah ye?? ). rasanya sampai sekarang pun masih di ajar benda yang sama.

tapi sekarang ni mungkin pelajar dah terlebih kreatif kot. maklumla..takkan nak ikut cara ortodoks tu lagi. tak canggih la kan.

so, baru-baru ni aku dapat mengambil gambar berkaitan teknik terbaru membuang sampah di kalangan pelajar ni. nak kata terbaru, tak jugak. tapi baru dapat amik gambar. kebetulan masa lepas abis kelas, aku terjumpa dan kebetulan time tu aku bwk kamera.

tapi teknik ni takde la di amalkan oleh semua pelajar. cuma segelintir pelajar yang "baik, rajin dan kreatif terlebih" sahaja. mari kita lihat.



di atas ni adalah tangga yang ada di sekolah aku. nampak biasa kan?? tangga je?? itu pun pelik ke?? mana sampahnye?? mari kita zoom ke arah besi pemegang kat tangga tu. yang melekat dengan dinding koridor. (starting point)


untuk pengetahuan, tangga sekolah ni takde la magik sangat nak bagi jajan free kat pelajar. tapi pelajar2 (sesetengah) ni yang terlebih magik sbb bagi sampah kat pemegang tangga tu. mungkin pelajar ni terlebih empati kat besi ni kot sebab tak dapat makan jajan. dalam hati beliau mungkin berkata dengan dialog ini


" kesian besi pemegang tangga ni. tak dapat makan jajan. takpela, meh aku bagi plastik jajan ni. makan diam2 tau. jangan bagitau cikgu..."

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.