Tuesday, April 27, 2010

birthday aizul 22/02

ngantuk betul aku rasa sekarang ni. sejak air-cond kat bilik guru ni di repair, suasana menjadi sangat sesuai untuk aktiviti mata. hahaha. tidur la tu. tapi mana boleh tido time ni. rosak imej aku.hehehe.

sebenarnya masa ni aku tengah tunggu waktu untuk usrah pelajar. terfikir2 entri apa nak buat.
teringat lak gambar yang aku amik masa besday anak aku. dah lama dah. 22 february.

bukan tradisi aku sebenarnya nak potong2 kek ni. lagipun anak aku ni bukan reti makan kek. dia suka makan mister potato je. tapi kebetulan masa tu adik beradik aku semua berkumpul kat umah mak kat kampung, so, abang kakak aku sibuk mintak kek. kebetulan aku lalu secret recipe, so, belila kek satu just untuk makan2 je.

inila keknya. aku sebenarnya tak minat bunga2 tu. tau2 orang kat secret recipe tu dah letak. maka aku redha je la.

aizul posing macam dia pandai potong kek. sebenarnya dia nak korek bunga tu. kat belakang, abang aku tengah tunggu turn nak mengabiskan kek tersebut.(dia tak baca blog aku ni. sebab tu aku berani cakap camni. hahaha)

aizul, hepi birthday yang ke 3. semoga jadi anak mama yang soleh. amin..

Friday, April 23, 2010

cikgu sila

pertama kali tengok nama cikgu ni dalam shoutbox aku, aku agak terkejut jugak sebab ingatkan ada orang main2 guna nama aku. rupanya tak. hehehe.

sepanjang hidup aku, rasanya tak ramai ada nama macam aku. dan dah tentunya tak ramai nama asilah, asila, sila ni sama2 jadi cikgu macam aku.

aku pun klik link ke blog cikgu sila ni. seperti tajuknya, blog ni memberi bimbingan untuk pelajar2 yang ambik subjek prinsip perakaunan.

bagus gak idea buat bimbingan kat blog ni. since blog aku ni semakin ramai student yang singgah, boleh buat bimbingan tak rasmi. hehehe. entah bila la aku berkesempatan buat macam cikgu sila ni. tapi apa2 pun, tahniah aku ucapkan pada cikgu sila.

sekolah aku buat sekolah ganti arini. 24 april. masa aku ajar kelas 4d tadi, ntah camne aku boleh tersasul. sebenarnya aku nak tulis "metal block". tapi aku tertulis "metal blog". satu kelas gelakkan aku. mesti diorang cop aku gila blog ni. adusss...

Monday, April 19, 2010

Nak Pakai Apa Ye??

hari ni sekolah aku bercuti sebab semalam (ahad) sekolah aku ada hari penyampaian hadiah. tapi aku duty asrama hari ni. jadi cuti2 pun terpaksa gak gi sekolah.

apa yang aku nak kongsi di sini ialah satu perkara yang berlaku semalam. tentang pakaian menghadiri majlis rasmi ataupun ke tempat2 yang rasmi.

aku tak taula apa sebenarnya masalah yang berlaku. tak reti atau buat2 tak reti.
untuk pelajar2 tahun ini dan tahun2 akan datang, tolong ambil perhatian untuk perkara ini.

bab berpakaian ni memang tak di ajar secara formal di kelas. zaman aku sekolah dulu pun takde diajar. tapi perkara ni korang boleh belajar sendiri berdasarkan pemerhatian korang terhadap apa yang berlaku di sekeliling korang. sometimes, sesetengah program dah bagitau siap2 apa yang korang kena pakai. tapi ada gak yang suka langgar guideline yang diberi.

contohnya semalam. dah tau nak gi majlis amik hadiah, ada YB lak tu, pakaila pakaian yang sesuai. lelaki, kemeja dengan slack atau berbaju melayu. yang perempuan, berbaju kurung.

tengok ni, budak kecik pun tau pakai kemeja. jangan la dah elok2 pakai kemeja, pakai lak yang bawah ni..jeans.

kalau korang bukan berbangsa melayu, alternatif yang ada adalah seperti di bawah ni. hehehe.

macam yang aku dah sebut tadi, bab2 berpakaian ni memang tak diajar secara formal dalam kelas. so, kita kena alert dengan majlis yang kita nak gi.

aku pun tak tau kenapa ada sebahagian budak zaman sekarang ni kurang alert dengan benda2 camni. macam semalam, budak2 yang datang dengan seluar jeans kitorang terpaksa arahkan supaya tukar seluar sebab kalau pengetua nampak, mesti "maut" kitorang. pelik, sedangkan dalam surat jemputan dah bagi garis panduan pakaian.

nasihat aku, walau branded mana pun baju korang and jeans korang, bila masuk kawasan sekolah, pakai la pakaian yang sesuai. kalau datang untuk majlis2 rasmi, berkemeja + seluar slack. kalau nak masuk pejabat, kalau rasa berkemeja terlalu formal, boleh pakai t-shirt berkolar. jangan tshirt kolar bulat.

tapi kalau acara sukan, jangan plak korang berbaju kurung, berbaju melayu atau berkemeja. nanti orang kata mat belia mana yang sesat ni! kan aku dah cakap tadi, tengok la keadaan.

samala macam kita nak gi pasar malam. takkan nak pakai kemeja, seluar slack siap tuck-in lagi. nak gi temuduga pun kena rasmi gak, ok?

selamat mengikut etika berpakaian..

Friday, April 16, 2010

hadiah, laptop dan budak sekolah

sekarang pukul 3.15 petang. aku baru je bangun selepas terlelap atas lantai simen atas bilik guru ni. hahaha. buruk betul perangai aku. atas lantai pun boleh tertido. tapi malu sangat rasanya sebab masa aku bukak mata tu, cikgu said betul2 depan aku. ahh..buat muka seposen je la. dah penat & ngantuk. nak wat camne?

hari ni sekolah sibuk dengan persiapan hari kecemerlangan pelajar atau nama senangnya, hari penyampaian hadiah. sebagai ketua unit hadiah, aku memang agak sibuk la. ye la, kalau orang lain ada tapi hadiah takde, maunye majlis kena cancel! so, raptai tadi, aku sibuk memantau proses memindahkan hadiah ke dalam dewan, memantau anak buah aku menyusun pelajar yang terima hadiah, mengajar penerima hadiah supaya ikut protokol masa amik hadiah dan macam2 lagi. penat gak berlari kesana sini. rasa turun 5kg ni! bestnye..

hari kecemerlangan tahun ni melibatkan 181 buah hadiah dan 140 orang penerima. statistik tak rasmi. hehehe. tapi pelik sket budak2 ni. yang tak dapat hadiah sibuk nak datang majlis ahad ni. yang dapat hadiah plak sibuk tanya boleh tak kalau tak datang?

dalam kesempitan waktu ni, aku sempat gak curik2 online dengan blog ni. dah lama tak bukak ni. ramai yang dah boring tengok asyik citer wang pos je. siap kena tegur dengan seorang member masa aku kursus kat shah alam rabu lepas. hehehe. ni dah update yea!

tadi aku terbaca kisah laptop anak en.iDAN yang hilang. teringat lak aku pada perkara yang diutarakan masa meeting warden asrama semalam. kisah budak tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang bawak laptop ke sekolah. to be spesific, ke asrama.

gambar aku (tudung merah) dengan warden2 dan exco aspuri 2006

buat pengetahuan, laptop adalah barangan larangan ke sekolah dan asrama. nak dijadikan cerita masa meeting tu, ketua warden menyatakan yang dia telah menangkap dua orang pelajar membawa laptop ke sekolah.

kes pertama, seorang pelajar lelaki tingkatan 5. bila ditanya alasan kenapa bawa laptop ke sekolah, dia jawab "SAYA BAWAK LAPTOP NI SEBAB USTAZAH NAK PINJAM." semua warden kat meeting tu gelak. alahai..cikgu mana la yang gaji tak cukup ni sampai laptop pun nak pinjam kat student. hahaha. rasanya semua guru ada laptop sendiri. kalau ye pun nak cover kesalahan, cari la alasan lain yang logik sket.

kes yang kedua plak, pelajar perempuan tingkatan 3. alasan dia, " DALAM BUKU PERATURAN SEKOLAH, TAKDE PUN CAKAP TAK LEH BAWAK LAPTOP?". sape kata takde? ada la... sila rujuk kod kesalahan 336 ye? laptop tu termasuk dalam barang2 elektronik.

bila aku fikir2 balik, loaded2 betul pelajar sekarang. kebanyakan dah ada laptop sendiri. siap boleh bawak gi sekolah lak tu! jangan sampai bawak broadband sekali sudah. alamat tak tido la diorang.

buat pengetahuan pelajar2, setahu aku tak banyak tugas yang diberikan meminta korang menggunakan komputer. kalau ada pun, pelajar2 diberikan masa untuk membuatnya semasa cuti balik kampung setiap dua minggu.

selain tu, pelajar2 juga kena ingat, bila bawak barang2 yang camtu, sape yang akan bertanggung jawab sekiranya apa2 berlaku? lu fikirla sendiri...kata nabil.



Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.