Thursday, July 30, 2009

aku menjadi maskwomen..

alamak..terasa hilang keanggunan aku bila memakai mask ni..

ada tak orang jual mask ikut warna baju? aku nak beli semua warna la. senang matching dengan baju.

hehehe...

takpela..kesihatan lebih penting.

kalau baca dengan nada wonderpets..
"apa yang penting?"..."kesihatan!"

jerebu la plak..

gambar ni aku amik pukul 7.40 pagi tadi sebelum aku masuk makmal.

sebenarnya gambar yang aku cuba capture adalah gambar matahari yang bulat dan berwarna oren gelap. mungkin jadi camtu sbb jerebu.

tapi mana ntah gi gambar matahari tu. tak nampak la plak. aku cakap kat murid2 aku pasal gambar aku hilang.

diorang balas apa.. "cikgu beli la kamera lagi mahal. baru gambar tu boleh nampak"

aik??aku plak yang bersalah? aku pun balas " korang ingat saye ni cameraman ke?? dah, gi buat latihan saya bagi tadi! sedap2 je kutuk kamera cikgu."

dan kitorang pun ketawa bersama2.



SARINGAN H1N1


Hari ni sekolah aku didatangi oleh kumpulan doktor dan pegawai kesihatan dari klinik kesihatan daerah kuala selangor.
adoi...kena saringan la plak sebab dah tiga hari van sekolah aku ni berulang alik hantar budak demam dan batuk. hari ni pun kitorg dah kena pakai mask and glove masa masuk dewan tu.
aku pun dah seriau2 ni sebab malam rabu lepas, masa duty warden, aku kena hantar 2 trip pelajar aspuri ke hospital. sepanjang jalan aku hantar budak gi hospital tu, tak tau la berapa banyak doa yang aku baca. sampai tersasul baca doa makan sekali. hahaha.
hari ni tekak sakit lak. tak tau la pasal jerebu ke apa sebab harini jerebu agak teruk kat tempat aku ni. pagi tadi aku nak ngajar pun susah sbb rasa susah nak bernafas.
apa2 pun...jangan la sampai ada pelajar yang kena H1N1. kena tutup lak sekolah aku ni...

Wednesday, July 29, 2009

MOTIVASI BERSAMA DR. ABD. AZIZ SAHAT

Semalam (29/7/09), student form 3 & 5 sekolah aku mengikuti program motivasi bersama Dr. Abdul Aziz Sahat. gambar kat atas ni aku amik lepas habis program. Masa program berlangsung, aku tak sempat amik gambar sebab terlalu asyik mendengar kata2 dia.


overall, motivasi dengan dia sangat best. even the students pun cakap camtu. ada yang cakap tak cukup (nak lagi la kononnya).


program ni start 8.15 pagi dan habis pukul 4.30 ptg. bagus Dr ni. time management dia mmg bagus. sharp ikut tentatif. aku yang tercongok dalam dewan tu dari awal sampai habis tak terasa masa berlalu. student pun aku tengok takde yang mengantuk.


banyak gak info2 baru yang aku dapat and nak aku kongsi kat sini. tapi notebook aku dalam keta lak. atas permintaan kawan2 yang tak dapat join program tu, nanti aku buat post khas utk isi kandungan program tu. baca jangan tak baca!

Friday, July 24, 2009

KARNIVAL SAMTK

Aku baru je naik dari melawat tapak pameran kat bawah. penat. bukan penat berjalan tapi penat makan.

penat makan?? bukan ada orang belanja tapi aku belanja diri sendiri.

hari ni sekolah aku buat hari terbuka. cikgu wajib beli kupon paling sikit RM10. ako beli rm50.

tau2 je la bila anak murid berniaga, kita kena la bagi sokongan moral. tapi bukan dengan kata2 hikmat tapi dengan membeli kat gerai diorang.

aku ngajar 5 kelas. so,setiap gerai diorg tu aku kena beli. dah beli kena la makan. tgk kat gambar tu, berapa byk aku dah beli.

last2, bila dah tak tau nak beli apa, aku bagi je kupon tu kat mana2 student yang score subjek aku. siap pesan, nnti masa percubaan, score banyak2 ek??

malam nanti kena datang lagi. ada forum perdana lak. aku in charge bahagian dewan.

tiba2 aku terfikir sesuatu. rasanya sekolah aku ni hampir setiap sabtu ada program. bengkel la, motivasi la, perkembangan staff la.. yang aku tak faham tu, kenapa orang cakap cikgu banyak cuti ek?? mungkin sbb diorang tengok budak sekolah banyak cuti kot.

eh..dah lari tajuk ni. rasanya aku kena wat post lain ni.

Thursday, July 23, 2009

TV3 datang umah aku..

hehehe..bukan tv3 sbnrnya tapi just keretanya je.

tapi aku pelik sket la, apsal dia parking tak pasal2 kat depan umah aku plak??

nak kata nak interview aku, takde la plak. nak kata parking dah penuh, lapang je masa ni. nak kata ada kes di kawasan berhampiran, lagi la takde. paling2 pun, kes hilang anak kucing je kat kawasan taman aku ni. lagipun, siasat kes tu kan keje polis.

hmmm...mungkin kereta ni terasa aura orang popular kat taman ni kot.

sape ek?? aku la...

Tuesday, July 21, 2009

DILARANG MEMOTONG

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Monday, July 20, 2009

khas untuk encik alidyangon

kepada rakan2 lain yg pelik dengan pesen tajuk post kali ni, jangan repair wireless korang lak ye??

first of all, thanks untuk semua yang melawat blog ini. diriku memang suka dengan kawan-kawan baru.

kenapa plak ada nama alidyangon ni?? hehehe.sebab tadi try bukak blog dia tapi rupa-rupanya untuk yang diinvite sahaja. alamak..tak dapat bukak la plak..ingatkan dapat tgk gambar motor ke dalam tu.

baru tersedar satu perkara..rupa2nya belum cukup terrer lagi guna blog ni.. takpe,belajar lagi.

kepada encik alidyangon, ajar la saya camne nak tgk blog encik tu ye??

Monday, July 13, 2009

kereta dan keberkatan

aku rasa terpanggil nak bercerita tentang kisah ni sbb ada seorang saudara tu baru je mengalami eksiden. alhamdulillah aku jarang eksiden (sape yang suka eksiden). harap2 tak eksiden lagi.

bukan nak kata aku hebat sangat memandu. biasa je. belum sampai tahap F1 pun. hehehe. lagi2 sekarang drive kelam kabut dengan anak yg suka menyibuk time memandu. memang sangat2 bahaya.

tapi org yg aku sebut tadi, sepanjang aku kenal dia, dari kereta buruk, ke kereta bapak dia, ke kereta baru, asyik eksiden je. aku kenal dia dalam 3 tahun, lebih tiga kali dia eksiden.

nak kata tak mahir, dah lama ada lesen. tapi, aku rasa ni ada kaitan dengan keberkatan hidup.

dulu, masa aku baru beli kereta, abang aku pesan apa tau..suruh baca surah Yasin (lebih bagus kalau wat dalam kereta tersebut) di depan sebotol air. lepas dah selesai, siram air tu ke seluruh bahgian kereta. kononnya lebih berkat.

macam kelakar kan. tapi aku wat gak. alhamdulillah la. tak pernah langgar benda pelik2. pernah sekali je eksiden. tu pun org langgar aku. jadi aku claim insurans dia. hehehe.

tapi, sebenarnye bukan setakat yasin je. sbnrnye, kita gak kena pastikan hidup kita berkat. disebalik keberkatan tu la Allah bagi kita perlindungan.

camne nak hidup yang berkat...baca la kat mana2. nnti aku jumpa aku buat post baru..
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.