Thursday, July 30, 2009

SARINGAN H1N1


Hari ni sekolah aku didatangi oleh kumpulan doktor dan pegawai kesihatan dari klinik kesihatan daerah kuala selangor.
adoi...kena saringan la plak sebab dah tiga hari van sekolah aku ni berulang alik hantar budak demam dan batuk. hari ni pun kitorg dah kena pakai mask and glove masa masuk dewan tu.
aku pun dah seriau2 ni sebab malam rabu lepas, masa duty warden, aku kena hantar 2 trip pelajar aspuri ke hospital. sepanjang jalan aku hantar budak gi hospital tu, tak tau la berapa banyak doa yang aku baca. sampai tersasul baca doa makan sekali. hahaha.
hari ni tekak sakit lak. tak tau la pasal jerebu ke apa sebab harini jerebu agak teruk kat tempat aku ni. pagi tadi aku nak ngajar pun susah sbb rasa susah nak bernafas.
apa2 pun...jangan la sampai ada pelajar yang kena H1N1. kena tutup lak sekolah aku ni...

No comments:

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.