Monday, May 25, 2009

MARI MAIN BOLA JARING


Aku rasa, tahun ni aku sgt kurang bersenam. so, aku menggatal suruh buat pertandingan bola jaring masa sambutan hari guru. team cikgu lawan team budak. tak aci la asyik cikgu laki je yg main. kitorg cikgu pempuan ni nak main gak. punya la semangat kitorg suma ni. siap ada baju seragam pasukan lagi. kenapa aku sorg pakai tudung hitam?? sebab aku perasan jadi kapten. hahaha. aku jadi GA tapi gagal menjaringkan sebarang gol. hehehe. kitorg dapat no 2. kalah tipis tau. yg penting, dapat hadiah hamper. kira ok la..penat giler main tanpa ada spare. penat la kononnye walaupun tak lari sgt. tahun depan main lagi ye kawan2..

HARI GURU PERINGKAT DAERAH..


21 Jun lepas, aku dan kawan2 terpaksa menjadi miss world. sila lihat gambar yg aku upload. hehehe..kena jd peserta kawad utk perarakan hari guru peringkat daerah kuala selangor. memang dahsyat2 persiapan sekolah2 lain. kalau ikut aku, malas nak beria sgt..tapi ada org yg semangat, so, kasi can la.. so, berpeluang la kitorg jadi miss world. pakai selempang2 tu. walaupun selempang macam grand, tapi takde rezeki. maka aku pun curi2 balik awal masa org tgh ucapan2. hahaha.. tu la, sape suruh tak bagi kitorg menang. kalau tak, sure aku tunggu.. hehehe. bijak tak alasan??

Thursday, May 14, 2009

Paku, tembok dan marah...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Padahari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata: "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini." "Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

pisang dan benci.

Asilah, guru sains menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Asilah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Asilah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Asilah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Asilah.

Asilah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Monday, May 11, 2009

JANGAN JADI SEPERTI GELAS

Kalau time ngajar, kadang2 budak ngantuk. so, aku pun akan buatlah sesi penglipurlara aku. aku memang suka bagi cerita2 motivasi or tazkirah pada pelajar. kadang2 sampai abis masa.. hahaha. ini pun adalah salah satu kisah yg aku cerita pada diorg..

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”

Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”

Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam.

Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.” Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya.

Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

sekian saja kisah renungan untuk kali ini.. kalau ada masalah, ingatla kisah ini.

Wednesday, May 6, 2009

ISU YANG SENSITIF..(sensitif..jgn tak sensitif)

actually, masa aku edit post2 kat blog aku ni, aku tgh chatting dgn kwn2 lain kay my yahoo. ramai yg kata aku buang tebiat ke sbb tiba2 buat tazkirah kat blog ni. hehehe. sori la geng..adik aku kata, kita kena tazkirah diri kita setiap 3 hari sbb kalau tak hati kita boleh mati.

bayangkanla adik aku yg ala2 poyo tu pun boleh cakap camtu. so, aku terima la dgn hati yg positif. sbb dia memberi teguran yang betul. mak aku selalu pesan , " untuk nasihat atau tegur orang, kita tak perlu jadi ustazah dulu. kalau betul orang tu wat salah, kena tegur. kalau org tegur kita wat salah, kalau betul apa yg dia cakap, kita kena ikut".

apa yg membuatkan aku terpanggil utk bercerita kat sini ialah kisah yg kak wani citer kat aku tadi. buat pngetahuan suma, kak wani ni dok sebelah meja aku. adik dia nak kawin bulan 7 ni. tapi yg kitorg borak tadi, kisah sedara bau bacang dia kat kampung dia kat sawah sempadan.

sedara dia tu takdela close sgt dgn family dia. biasa2 je. cuma jiran sekampung je. tapi, bila si pengantin tu pakai seksi,diorg yg rewang2 tu tegur pengantin tu. sampai pengantin tu malu and sanding kat atas je bersama keluarga terdekat. kak wani kata, itu baru bau bacang, kalau anak sendiri yg buat, alamat kena campak kat sawah la baju tu.

kira sadis gak la kisah dia ni. tapi bagi aku wajar even aku sendiri tak sampai seberani itu. nak wat tindakan camni kena bkerjasama.

aku sendiri pernah menghadapi keadaan camni tapi Allah je yg tau perasaan aku. tegur salah, tak tegur lagi la salah. last2 aku cuma berdoa je la supaya aku tak involve dalam dosa2 yg mgkn ada kat majlis tu. dalam hadis pun ada cakap, selemah-lemah iman, tegur dgn hati.

aku ingat lagi masa aku balik umah mak aku, ipar2 aku suma tanya aku ada buat teguran tak? curious btl diorg ni. diorg cakap, kalau ko tak tegur, ko dapat "saham" sekali. tapi takpela. perkara2 tu dah aku simpan dalam lipatan sejarah hidup aku.

kawan2 aku yg tau kisah ni selalu tanya apa progress kes ni. aku cakap aku dah tak amik tau dan tak nak amik tau. org yang tak tau akan anggap aku selfish, rasa diri bagus sangat. tapi bukan tu sbnrnye. aku tak nak close sgt dgn individu dalam kes tu sbb bagi aku tak guna kita close kalau kita tak dapat memperbaiki kelemahan @ kesilapan dia.

org gak akan kata, kenapa biarkan org tu terus buat salah? jawapan aku, aku dah pernah cuba. tapi bila nmpk mcm takde respon and gaya macam takde perubahan, aku rasa dah malas nak layan. byk lagi keje lain.

tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa pedih yg amat sgt bila ingatkan individu tu. bukan sbb aku benci dia tapi sbb sayangkan hidup dia. hidup dia kat dunia dan akhirat. dan jugak hidup org2 yg ada disekeliling dia. aku, kadang2 bila nak wat something yg berdosa, aku selalu terbayangkan bapak aku, mak aku and suami aku. aku tak nak diorg ni tersekat masa nak masuk syurga sbb dosa yg aku buat. tak patut kan??..bila kita yg wat dosa, org lain dapat akibat. org lain yg terkait sama.

hmmm..panjang sungguh kisah ini. ntah sape la nak baca. apa2 pun, walaupun aku dulu xsuka parents aku sbb diorg garang giler, tapi aku tabik sbb didikan diorg aku jadi mcm sekarang.
walaupun tak tahap warak, aku bersyukur sgt2 dgn lindungan yg Allah bagi dalam hidup aku.

semoga aku akan jadi org yg lebih baik di masa akan datang. dan utk individu tu, walaupun dia rasanya tak akan terbaca blog ni, aku doakan satu hari nnti dia akan berubah. mgkn jauh lebih baik dari diri aku dan mgkn akan jd penasihat lak utk aku...amin..

seloka wanita

ini pun ada satu lagi forwarded email from kwn aku kat uia.
thanks utk dia. semoga dia dirahmati dan diberkati Allah selalu.

Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,T
udung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilakhnat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Amatlah aneh bila di fikir,B
aju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilakhnat tiada guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.

TAZKIRAH UNTUK DIRIKU..

aku jumpa pantun seloka ni kat satu blog rakan. kreatif la dia. so, aku pinjam utk letak kat sini.
marila sama2 baca dan amik yg positif dari pantun ni. especially untuk student2 aku yg visit blog ni. harap-harap korg ingat selalu apa yg cikgu korang ni pesan. tutup aurat tu bukan perintah atau suruhan manusia. tapi Allah.

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis??

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang sebenarnye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Sunday, May 3, 2009

anniversary ke 3...

jeng..jeng..jeng! 29/4/09 lepas, kitorg sambut anniversary ke 3.. tahun ni sedih sket la sbb tak dapat gi holiday macam tahun2 yg lepas. faktor masa mempengaruhi. lagipun, tak tau nak gi mana la. nak gi jauh, letih..nak gi dekat2, suma dah gi rasanya. so, kitorg cadang, beli hadiah je la. tapi yg tak bestnye, citarasa kitorg berbeza. so, tak dapatla beli design yg sama. so,atas faktor perbezaan citarasa tersebut, maka kitorg decide, beli yg mana suka. so, ini la hasilnye. tak kisahla mahal asal puashati. fasha sandha punya jam pun RM9999. hehehe...

pangkor laut dan kawasan sekitarnya..














masa round kat sana, aku malas nak amik gambar sangat sbb kalau nak tgk gambar yg cantik, better tgk kat website lain. tapi aku amik la sket2 ..ekslusif dari view aku sendiri. gambar2 kat atas ni mostly gambar pangkor laut resort. aku tgk kat ole2 chef wan, resort ni memang mahal. dgr citer, paling murah, 1 malam rm1000++. dari dok sini, baik aku beli emas. bole wat aset. pastu bot tu bawak gi mana2 ntah. tgk batu penyu la (ada gambar di atas, cari la sendiri), batu paus la, batu buaya la. macam2 batu ada. aku rasa batu2 tu asalnye adalah haiwan2 derhaka yg disumpah oleh mak mereka. kiranye macam si tanggang la..derhaka then kene curse jd batu. tapi, pangkor ni bagi aku tak dapat tandingi kecantikan laut and coral di pulau redang.. apa2 pun, pangkor still cantik dan bersih. cuma kalau nak bawak anak aku, tak berapa sesuai sbb pantai dia tak landai sgt. kepada sesapa yg nak ke pangkor, selamat gi pangkor ye??

pusing2 pulau...










lepas habis sesi ceramah 4, kawan2 aku ajak gi island hopping. based on experience aku masa kat langkawi dulu, island hopping ni best. so, terus aku setuju. pukul 5 tu, kitorg dah tercongok kat jeti bot tu. ni gambar beach tempat aku naik bot tu.








sementara tunggu tekong bot tu sampai, sempat la aku posing naik buaian tepi pantai tu. rasa jadi bawang putih bawang merah lak. nak nyanyi mintak kawin anak raja tak sesuai lak sbb dah tak available.hehehehe...




bila bot dah start jalan, aku tgk semua kawan2 sibuk posing. so, aku pun join la sekali. yg kat gambar ni. kak noorul from PPD Klang. kelakar betul, tak sampai 5 minit bot jalan, dah amik2 gambar...
lepas pusing2 pulau dalam 2 jam,kitorg pun balik. sblm tanggal lefe jacket, amik gambar lagi..aku tak suka sgt gambar ni sbb aku nmpk mcm pamela anderson!! moral of the story, jgn letak handbag dlm life jacket. hahahaha...
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.