Wednesday, May 26, 2010

sekitar hari guru SAMTK 2010

tak sempat nak update blog sangat sekarang ni. kerja menimbun macam gunung everest. entah bila nak abis. tu yang aku jadi pelik bila orang kata jadi cikgu ni keje paling lepak. nak je aku tau cikgu mana yang macam tu. aku nak mintak pindah sekolah situ. hehehe.

so, di kesempatan yang ada ni aku nak share sedikit gambar masa sambutan hari guru di sekolah aku. tak sempat nak upload banyak2.

ni gambar perlawanan bola jaring antara cikgu2 lama dan cikgu2 praktikal. cikgu2 praktikal ni main lemah lembut gila. memang penuh dengan sifat2 kewanitaan. sebab tu kalah dengan team aku 7-1.

alamak..sampai aku dah abis taip pun gambar masih belum dapat di upload. aku chow dulu la. rabu depan ( lepas abis kursus kat maran) harap2 dapat update blog dengan story pasal maran. by!

Thursday, May 13, 2010

menuai padi

post aku kali ni langsung tak berkaitan dengan kerja aku sebagai guru. masa aku gi umah mak aku selasa lepas, mak aku suruh antar dia gi sawah.

actually masa ni musim menuai dah lepas. tujuan kitorang datang ke sawah ni adalah untuk memotong padi2 yang tak dituai oleh mesin untuk bagi ayam kat umah mak aku makan.

kat umah mak aku tu ada banyak bela ayam kampung. sesapa berminat nak beli, boleh contact aku. hahaha.

gambar2 di bawah diambil oleh adik aku menggunakan handset canggih beliau (ni ayat dia ni).

ni ialah padi yang tak dituai oleh mesin sebab dia tumbuh kat tepi sangat. macam kita punya printer la. tak masuk margin gitu. adik aku ni, gambar camni pun dia amik.

ni gambar mula2 dia amik. masih memakai baju kerja (ye la..masa ni baru balik sekolah). makcik aku cakap, aku gi sawah macam nak gi kl. baju tak sesuai. hahaha. kat belakang, sebelah kiri nampak tak bumbung umah? itu umah pusaka mak aku. sesapa nak rasa dok umah kat tengah2 sawah, boleh datang. umah tu kosong.aku lepak situ time boring2 je.


memotong padi sambil senyum gembira la konon.nampak tak laluan mesin kat tepi tu?? apa la mesin tu, ketepi la sikit lagi. boleh tuai sekali padi yang banyak2 depan aku tu..

adik aku suruh pose sikit. bila senyum memang tembam. hahaha.

27 mei sampai 31 mei ni aku akan kursus BTN kat Maran, Pahang. harap2 lepas kursus tu, aku berjaya menurunkan beberapa kilo. hihihi. kawan aku cakap, kat kursus tu tiap2 hari lari 2 km. wish me luck ye? lepas lulus kursus tu, boleh la gaji aku naik lagi..amin..



Monday, May 10, 2010

Komen Yang Aku Suka

komen ni aku amik dari blog mazidul akmal yang aku baru visit tadi. ada beberapa komen yang aku suka. antaranya yang ini.

antara rotan atau tak rotan, antara tembak tak tembak, yang pasti remaja zaman sekarang bukan lagi macam remaja zaman dulu.

apa peranan kita ye? tengok saja atau do something?

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.