Thursday, May 13, 2010

menuai padi

post aku kali ni langsung tak berkaitan dengan kerja aku sebagai guru. masa aku gi umah mak aku selasa lepas, mak aku suruh antar dia gi sawah.

actually masa ni musim menuai dah lepas. tujuan kitorang datang ke sawah ni adalah untuk memotong padi2 yang tak dituai oleh mesin untuk bagi ayam kat umah mak aku makan.

kat umah mak aku tu ada banyak bela ayam kampung. sesapa berminat nak beli, boleh contact aku. hahaha.

gambar2 di bawah diambil oleh adik aku menggunakan handset canggih beliau (ni ayat dia ni).

ni ialah padi yang tak dituai oleh mesin sebab dia tumbuh kat tepi sangat. macam kita punya printer la. tak masuk margin gitu. adik aku ni, gambar camni pun dia amik.

ni gambar mula2 dia amik. masih memakai baju kerja (ye la..masa ni baru balik sekolah). makcik aku cakap, aku gi sawah macam nak gi kl. baju tak sesuai. hahaha. kat belakang, sebelah kiri nampak tak bumbung umah? itu umah pusaka mak aku. sesapa nak rasa dok umah kat tengah2 sawah, boleh datang. umah tu kosong.aku lepak situ time boring2 je.


memotong padi sambil senyum gembira la konon.nampak tak laluan mesin kat tepi tu?? apa la mesin tu, ketepi la sikit lagi. boleh tuai sekali padi yang banyak2 depan aku tu..

adik aku suruh pose sikit. bila senyum memang tembam. hahaha.

27 mei sampai 31 mei ni aku akan kursus BTN kat Maran, Pahang. harap2 lepas kursus tu, aku berjaya menurunkan beberapa kilo. hihihi. kawan aku cakap, kat kursus tu tiap2 hari lari 2 km. wish me luck ye? lepas lulus kursus tu, boleh la gaji aku naik lagi..amin..



10 comments:

sI tEDI said...

aku kursus BTN sehari je kena lari 2km.

he he he he

lama x nampak sawah secara live

maam_zubair said...

amboi teacher...
umpama gadis melayu turun ke sawah berbaju kurung....
haha...jgan marah...

eelobor said...

selamat hari guru.....

iwanrizu91 said...

firstly nk ucap selamat hari guru cikgu,,
sorry,x dpt nk kasi adiah..
nk tnye umah mk cikgu kt new..

Abd Razak said...

Salam...

Selamat Hari Guru..
Jasamu tetap dalam ingatan..

fieza said...

ckgu, pasni sawah umah saye plak yer...hehe...

anyway, happy teacher's day teacher asilah! *kali ni eja dgn betol*hehe

zeqzeq said...

selamat hari guru..


ehem macam kenal jer rumah satu tengah baruh..

mOEha Aziz said...

salam cekgu,

berbahagialah hendaknya di hari khusus meraikn kalian ni...

bestnye... dah lame tak ke bendang... terlalu lame...

iDAN said...

Cikgu bolehlah buat Homestay... kalau ada rumah kat sawah padi rasanya ramai yang teruja nak ke sana!

ainShahajar said...

haha.. betul ckp zubair tu
bestnya. ain lum penah ade peluang mcm tu

sebab mak kat kelapa sawit..he

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.