Wednesday, May 6, 2009

ISU YANG SENSITIF..(sensitif..jgn tak sensitif)

actually, masa aku edit post2 kat blog aku ni, aku tgh chatting dgn kwn2 lain kay my yahoo. ramai yg kata aku buang tebiat ke sbb tiba2 buat tazkirah kat blog ni. hehehe. sori la geng..adik aku kata, kita kena tazkirah diri kita setiap 3 hari sbb kalau tak hati kita boleh mati.

bayangkanla adik aku yg ala2 poyo tu pun boleh cakap camtu. so, aku terima la dgn hati yg positif. sbb dia memberi teguran yang betul. mak aku selalu pesan , " untuk nasihat atau tegur orang, kita tak perlu jadi ustazah dulu. kalau betul orang tu wat salah, kena tegur. kalau org tegur kita wat salah, kalau betul apa yg dia cakap, kita kena ikut".

apa yg membuatkan aku terpanggil utk bercerita kat sini ialah kisah yg kak wani citer kat aku tadi. buat pngetahuan suma, kak wani ni dok sebelah meja aku. adik dia nak kawin bulan 7 ni. tapi yg kitorg borak tadi, kisah sedara bau bacang dia kat kampung dia kat sawah sempadan.

sedara dia tu takdela close sgt dgn family dia. biasa2 je. cuma jiran sekampung je. tapi, bila si pengantin tu pakai seksi,diorg yg rewang2 tu tegur pengantin tu. sampai pengantin tu malu and sanding kat atas je bersama keluarga terdekat. kak wani kata, itu baru bau bacang, kalau anak sendiri yg buat, alamat kena campak kat sawah la baju tu.

kira sadis gak la kisah dia ni. tapi bagi aku wajar even aku sendiri tak sampai seberani itu. nak wat tindakan camni kena bkerjasama.

aku sendiri pernah menghadapi keadaan camni tapi Allah je yg tau perasaan aku. tegur salah, tak tegur lagi la salah. last2 aku cuma berdoa je la supaya aku tak involve dalam dosa2 yg mgkn ada kat majlis tu. dalam hadis pun ada cakap, selemah-lemah iman, tegur dgn hati.

aku ingat lagi masa aku balik umah mak aku, ipar2 aku suma tanya aku ada buat teguran tak? curious btl diorg ni. diorg cakap, kalau ko tak tegur, ko dapat "saham" sekali. tapi takpela. perkara2 tu dah aku simpan dalam lipatan sejarah hidup aku.

kawan2 aku yg tau kisah ni selalu tanya apa progress kes ni. aku cakap aku dah tak amik tau dan tak nak amik tau. org yang tak tau akan anggap aku selfish, rasa diri bagus sangat. tapi bukan tu sbnrnye. aku tak nak close sgt dgn individu dalam kes tu sbb bagi aku tak guna kita close kalau kita tak dapat memperbaiki kelemahan @ kesilapan dia.

org gak akan kata, kenapa biarkan org tu terus buat salah? jawapan aku, aku dah pernah cuba. tapi bila nmpk mcm takde respon and gaya macam takde perubahan, aku rasa dah malas nak layan. byk lagi keje lain.

tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa pedih yg amat sgt bila ingatkan individu tu. bukan sbb aku benci dia tapi sbb sayangkan hidup dia. hidup dia kat dunia dan akhirat. dan jugak hidup org2 yg ada disekeliling dia. aku, kadang2 bila nak wat something yg berdosa, aku selalu terbayangkan bapak aku, mak aku and suami aku. aku tak nak diorg ni tersekat masa nak masuk syurga sbb dosa yg aku buat. tak patut kan??..bila kita yg wat dosa, org lain dapat akibat. org lain yg terkait sama.

hmmm..panjang sungguh kisah ini. ntah sape la nak baca. apa2 pun, walaupun aku dulu xsuka parents aku sbb diorg garang giler, tapi aku tabik sbb didikan diorg aku jadi mcm sekarang.
walaupun tak tahap warak, aku bersyukur sgt2 dgn lindungan yg Allah bagi dalam hidup aku.

semoga aku akan jadi org yg lebih baik di masa akan datang. dan utk individu tu, walaupun dia rasanya tak akan terbaca blog ni, aku doakan satu hari nnti dia akan berubah. mgkn jauh lebih baik dari diri aku dan mgkn akan jd penasihat lak utk aku...amin..

5 comments:

AjemiPutraNobita said...

mak ada slalu pesan cam tu ker??? aku xtau pon???haha

bedah_chemong said...

betul..setuju...bukan mudah unuk memberi teguran or nasihat kepada individu yang terang2 membuat salah...nanti pasti kite akan terpikir, kite sendiri bukan baik n selalu wat silap nak pi tegur orang...
emmm sebenarnye pemikiran ni salah...kalau orang wat salah, kite tegur...n kalau kite salah orang tegur...baru aman hidup ni...kan3x

ainShahajar said...

sebab.terigt gak rasul kita penah ckp

kalo tak leh tego guna perbuatan..tego guna kata2...kalo tak mampu gak...cukup membenci dln hati..supaya kita tak terikot dan dpt tego org2 yg kita mampu tego..

mcm bedah chemong ckp..susah nak menegur2 org

chemil ila said...

alamak...
smoga org y dimaksudkn dlm post nih diberi petunjuk...
ameen....

asilahmuhajer said...

adik..ko memang la tak pernah dgr mak pesan camtu sbb ko asyik mengeram dalam bilik je. tak pun mengeram kat cc...

mak memang la tak kuarkan ayat bulat2 camtu, yg ada ni aku ringkaskan...

harap maklum ye encik ajemiputranobita.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.