Friday, April 16, 2010

hadiah, laptop dan budak sekolah

sekarang pukul 3.15 petang. aku baru je bangun selepas terlelap atas lantai simen atas bilik guru ni. hahaha. buruk betul perangai aku. atas lantai pun boleh tertido. tapi malu sangat rasanya sebab masa aku bukak mata tu, cikgu said betul2 depan aku. ahh..buat muka seposen je la. dah penat & ngantuk. nak wat camne?

hari ni sekolah sibuk dengan persiapan hari kecemerlangan pelajar atau nama senangnya, hari penyampaian hadiah. sebagai ketua unit hadiah, aku memang agak sibuk la. ye la, kalau orang lain ada tapi hadiah takde, maunye majlis kena cancel! so, raptai tadi, aku sibuk memantau proses memindahkan hadiah ke dalam dewan, memantau anak buah aku menyusun pelajar yang terima hadiah, mengajar penerima hadiah supaya ikut protokol masa amik hadiah dan macam2 lagi. penat gak berlari kesana sini. rasa turun 5kg ni! bestnye..

hari kecemerlangan tahun ni melibatkan 181 buah hadiah dan 140 orang penerima. statistik tak rasmi. hehehe. tapi pelik sket budak2 ni. yang tak dapat hadiah sibuk nak datang majlis ahad ni. yang dapat hadiah plak sibuk tanya boleh tak kalau tak datang?

dalam kesempitan waktu ni, aku sempat gak curik2 online dengan blog ni. dah lama tak bukak ni. ramai yang dah boring tengok asyik citer wang pos je. siap kena tegur dengan seorang member masa aku kursus kat shah alam rabu lepas. hehehe. ni dah update yea!

tadi aku terbaca kisah laptop anak en.iDAN yang hilang. teringat lak aku pada perkara yang diutarakan masa meeting warden asrama semalam. kisah budak tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang bawak laptop ke sekolah. to be spesific, ke asrama.

gambar aku (tudung merah) dengan warden2 dan exco aspuri 2006

buat pengetahuan, laptop adalah barangan larangan ke sekolah dan asrama. nak dijadikan cerita masa meeting tu, ketua warden menyatakan yang dia telah menangkap dua orang pelajar membawa laptop ke sekolah.

kes pertama, seorang pelajar lelaki tingkatan 5. bila ditanya alasan kenapa bawa laptop ke sekolah, dia jawab "SAYA BAWAK LAPTOP NI SEBAB USTAZAH NAK PINJAM." semua warden kat meeting tu gelak. alahai..cikgu mana la yang gaji tak cukup ni sampai laptop pun nak pinjam kat student. hahaha. rasanya semua guru ada laptop sendiri. kalau ye pun nak cover kesalahan, cari la alasan lain yang logik sket.

kes yang kedua plak, pelajar perempuan tingkatan 3. alasan dia, " DALAM BUKU PERATURAN SEKOLAH, TAKDE PUN CAKAP TAK LEH BAWAK LAPTOP?". sape kata takde? ada la... sila rujuk kod kesalahan 336 ye? laptop tu termasuk dalam barang2 elektronik.

bila aku fikir2 balik, loaded2 betul pelajar sekarang. kebanyakan dah ada laptop sendiri. siap boleh bawak gi sekolah lak tu! jangan sampai bawak broadband sekali sudah. alamat tak tido la diorang.

buat pengetahuan pelajar2, setahu aku tak banyak tugas yang diberikan meminta korang menggunakan komputer. kalau ada pun, pelajar2 diberikan masa untuk membuatnya semasa cuti balik kampung setiap dua minggu.

selain tu, pelajar2 juga kena ingat, bila bawak barang2 yang camtu, sape yang akan bertanggung jawab sekiranya apa2 berlaku? lu fikirla sendiri...kata nabil.



9 comments:

maam_zubair said...

wah2....knpe la ayatnye macamtak logik 2...
spe ye bdaknye tu....

fieza said...

dasyatnye mereka nie... buat ape bwk laptop, cube ckgu carik lagi, mne tau ade broadband..huhu..
ckgu, post yg sy buat tu mmg ade "sesuatu".. pham2 jelah..hihi

eelobor said...

ehehehe, cikgu dia selalu bg alasan tak logik gak kut masa ngajar. sori yer cikgu, gurau jer.

seventeenbatch93 said...
This comment has been removed by the author.
Atiqah said...

hehehehe~

amalhaj said...

assalamualikum cikgu!
fuyoooooooooooo merah sesangat le mak ngah....

asilahmuhajer said...

zubair;
saya tak ingat sape budaknya. boleh rujuk ketua warden. kenal kan??

fieza;
diorang pun nak wat blog kot. hahaha. bukan tak boleh cuma tempat tak sesuai.jangan lupa story kat saya pasal "sesuatu" tu ye??

eelobor;
mungkin logik gak alasan yang en. eelobor bagi tu. tapi kan, mengikut pemerhatian saya, bila kita pandai loyar buruk dengan student, student takkan berani loyar buruk dengan kita.

tapi itu cuma pandangan saya la. hehehe.,

atiqah;
heheheh je?? tak nak komen??

amalhaj;
merah tanda garang. hehehe.

iDAN said...

Cikgu,

Bila dah masuk U atau belajar di Poli macam anak saya tu Labtop ini sudah satu kemestian. Tanpa dia macam mana nak buat kertas kerja atau cari bahan di internet.

Saya menguruskan makmal komputer lebih dari belasan tahun; memang ada bahan songsang diakses pelajar tapi peratusannya amat kecil. Payah nak sekat bebenda karut dari internet ini; Buat kata Mantan PM.

"Internet ibarat pisau, nak guna untuk bedah orang atau nak bunuh orang terpulang pada diri!"

Nak nak jaga Laptop ini susah; rajin amat kena curi. Maka itu saya sering berpesan dengan anak-anak. Jangan mencuri; hukuman mencuri dalam Islam potong tangan.

Jika tangan tak ada bagaimana nak suap nasi, nak cari nafkah. hakikatnya undang-undang ini tak dilaksanakan tapi apa pandangan Islam dengan di pencuri ini yang terlepas hukuman ini. Halalkah nafkah yg dicari dengan tangan yang sepatutnya tiada@kudung ini.

Laptop buat masa ini sekitar RM2,000 dah canggih tetapi akan naik dengan model barunya lagi anggun & laju.

iDAN said...

Emmm! tak puas nak komen... nulis lagilah Cikgu;

Katanya turun berat badan... nampak dalam gambar tak macam dulu. Dulu saya perasan cikgu nampak lagi langsing macam peragawati!.

Mesti hati selalu senang!.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.