Thursday, October 29, 2009

besday itu kesyukuran? kesyukuran itu besday?


sempena besday aku yang ke 28 yang berlaku dalam minggu ni, aku mengadakan sikit jamuan untuk kawan2. bukan aku yang masak, tempah je. kalau aku yang masak, aku kena cuti 5 hari lebih awal. hehehe. teruk betul..

ada cikgu baru yang tanya aku,"akak memang tiap2 tahun besday buat jamuan nasi beriyani ke?"

tergelak aku dibuatnya. nasib baik dia cikgu baru. maka, aku takdela gelak sangat2. nanti sedih lak dia. maka aku pun jawab yang aku buat jamuan besday plus kesyukuran sebab aku lulus PTK. (PTK= penilaian tahap kecekapan)

PTK ni soalan dia jawapannya ABC je. senang kan? tapi nak lulus punya la susah (kata kawan2 dan senior2). ada yang dah berkali2 amik tapi tak lulus2 lagi. jadi, kakak aku kata, wajarla aku bersyukur sebab dah lulus dengan sekali amik je. lepas ni boleh naik gaji. so, kena kerja dengan lebih cemerlang lagi.

bukan sebab tu je, jamuan ni juga diadakan sebab aku ada cakap dengan kak wani yang aku akan wat jamuan nasi beriyani kalau aku lulus. kak wani lak nak wat nasi hujan gerimis. tapi nampaknya belum ada rezeki kitorang nak makan nasi hujan gerimis. mungkin tahun depan.

aku anggap lulus PTK ni sebagai hadiah paling best aku dapat tahun ni. hadiah yang tak boleh beli di mana-mana. azam aku, tahun depan nak amik TK2 lak. moga2 boleh naik gaji lagi. amin..doakan aku.

16 comments:

Anonymous said...

sampai ati tak ajak... hu... sedih

zeqzeq said...

APA kata kenduri tiap bulan heee

ajak anak murid..

asilahmuhajer said...

anonymous;
apsal tak cakap? kita mana kenal sape tuan hamba.

zeqzeq;
kenduri tiap bulan?? boleh..tapi kenduri gula2 je. hehehe. kenduri makan angin boleh?? jahatnya cikgu ini.

eelobor said...

laaa....dh 28 rupanya, hehehe.
jamuan terbuka tak?

sI tEDI said...

bila besdey ko ???

ekekekekke..nasi beriani.. wat sendiri ke? ekekeke

28 ek?

aduhaiiii! tuanya aku!!
sob sob sob..

jeBateja said...

Wakakakakakakakaka...tua dah weh...errr....tahun depan kalau buat kenduri naik gaji...jemput bloger mcm kami plak erk....

JMR said...

selamat ulangtahun kak..smoga trus bhgia&cemerlang..

Congratz lulus ptk..bl la nak merasa ns briyani tu gk..:-)

Fatt Chin Choy said...

naik gaji blh ke aku cukai sikit? hehe

amalhaj said...

semoga Allah merestui usia cikgu

zeqzeq said...

ada sama tak??
bila kenduri makan?? bila makan kenduri
bila dating makan, bila makan dating??

ainShahajar said...

wah.. nasi hujan panas kalo org utara cakap..hehe

akak wat baik2 kak.. naik gaji wat kenduri steak lak..hehe

asilahmuhajer said...

eelobor;
jamuan mestila terbuka. kalau tak terbuka, camne nak cedok nasi. hehehe.

sitedi;
masak sendiri? hehehe. setakat ni pandai masak nasi putih, nasi lemak dengan nasi planta je. beriyani belum pandai.

jebateja;
insyaAllah..kena tunggu TK3.

JMR;
thanks.doakan ye??

fatt chin choy;
nak cukai?? sila mintak sket kat LHDN.

amalhaj;
thanks..

zeqzeq;
bunyi macam sama tapi maksud lain sket kot.

ain;
steak? kena fikir dulu tu. kawan2 kat sini ramai yang diet.

Y A Y A N said...

akak......
saya nak tanya la....
sklh akak tu sklh SABK kan....
ade x subjek pendidikan seni kat sklh SABAK....

TQ....

asilahmuhajer said...

Yayan;
sekolah kitorang memang SABK.
ada subjek seni tahun ni. tapi tahun depan mungkin takde kot since now maximum subject 10 je.

iDAN said...

... saya pernah ambik PTK masa kerja dedulu, soalannya umumnya tu peliklah amat tak kena mengena dengan kerja pun...

macam mana nak susun bendera kat tiang tu! ada tiga tiang, malaysia kat belah mana, negeri sel belah mana & jabatan kat mana?...

soalan macam tu memang ramai kantoi! kalau jaga tu memanglah tahu sebab dia yang selalu naikkan bendera tu.

sudah tu bukan boleh salah banyak, tapi saya sekali ambil sahaja semua lulus!.

asilahmuhajer said...

iDAN;
wah..amik sekali boleh lulus? hebat2. nak berguru la camtu. bab bendera2 dengan kedudukan vip tu memang tak best. protokol2 ni sesuai utk org2 yang memang keje dia handle protokol. tapi nak wat camne kan..kena la gak amik tau. nnti tak lulus lak..

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.