Monday, November 2, 2009

Itu Pun Nak Tanya Aku??

aku pun tak tau wajar atau tak aku geram. sila beri pendapat anda..

apabila kerajaan tetapkan hanya 10 subjek je boleh di ambil utk SPM 2010, sekolah aku terpaksa la gugurkan satu subjek yang lebih. masalah timbul bila subjek yang dipilih tu bertindih lak dengan subjek lain.

lepas refer PPD, PPD suruh buat surat kepada lembaga peperiksaan supaya buat pindaan atas jadual.

itu baru intro. apa yang aku geramkan bukan pasal tu.

sekolah aku ni ada 2 orang typist. aku pun bagi tau suruh wat surat yang aku cakap di atas. dia kata ok. aku siap bagi point penting lagi utk surat tu. pastu, tak lama lepas tu, GPK aku panggil suruh aku wat draf surat tu. laaa...kan aku dah cakap tadi! takkan la surat gitu pun tak leh wat. dulu masa amik SPM tak lulus BM ke?

dari aku draf, baik aku wat sendiri. bukan susah. tapi, kalau aku wat sendiri, apa guna ada typist?? selepas aku membebel, maka typist tu pun wat surat tu. aik?? boleh la plak buat ayat...

tak lama lepas tu, pengetua aku lak tepon. mintak alamat lembaga peperiksaan. ya Allah, apasal sekolah aku ni?? takkan la alamat lembaga peperiksaan pun nak mintak kat aku? memang la aku ada, tapi takkan la benda sempoi camtu pun tanya aku. kan boleh refer dekat surat masuk!

adoi..hangat sungguh rasanya hati aku walaupun duduk dalam aircond.

sabar...sabar....sesungguhnye mereka hendak melihat kesabaran aku. setakat ni kulit aku masih berwarna coklat. belum menjadi hijau. hehehe..

16 comments:

Anonymous said...

Kalau hijau tak nak bwk gi Cameron. Kang tak dpt bezakan sayur ke orang. Hehehe...

zeqzeq said...

ala ajak minum jerr bodek ..
qah qah ini zaman belanja..

amalhaj said...

sebab deme dah tahu mike tuh dah lulus PTK huhuhuhuhuhuhu

jeBateja said...

Ahakz...kalau susah2 lantik kita je jadi typist...kita buat partime kat sekolah tu....err..kira mcm ne erk...satu huruf 2 sen...ok kah..???

asilahmuhajer said...

anonymous;
apsal xbagi nama ni? tapi aku tau ini sape. mesti darling ni..hehehe.

zeqzeq;
kalau rajin kerja, ok la gak nak belanja. ni kerja ntah apa2. buang duit je. nanti menggalakkan dia buat keje harap balasan lak. baik sedekah orang miskin.

amalhaj;
pasal tu ek?? qah qah qah..(tiru gelak zeqzeq.)

jebateja;
satu huruf 2 sen?? bengkrap la kerajaan...
camtu nak wat part time la. jd typist.

zeqzeq said...

nanti cikgu masuk bab pentadbiran baru tau susah woo..
jadi PK nanti..

qeh qeh (tiru Amalhaj)

asilahmuhajer said...

zeqzeq;
bila lak amalhaj ketawa gitu?
gelak guna huruf Q ni, yang saya kenal cuma tuan hamba je. qihqihqih.

harap2, bila saya jadi pentadbir nanti, saya jadi pentadbir yang baik dan sistematik. amin..

M-Yusof said...

hahaha..

blog cikgu2..

jgn pertikai kerajaan nanti kna buang keje..

iDAN said...

Biasalah cam itu cikgu, saya pun dulu kerja gomen;

dr, prof pun terkadang rujuk pada kita, kita ini taklah sepandai mana cuma tahulah sikit di bidang kerjaya yang kita buat.

masing-masing ada kelebihannya.

ada setengah tu malas & manja bukan tak reti sebenarnya!..

saya pun rasa pening-pening lalat ni, kenangkan tampuk pemerintah kita telah bertukar; banyak amatlah benda mengguris hati...

ini org kata lain padang lain belalang; kita telah masuk padang lainlah ni kut!...

semut api said...

hangin jugak cikgu ni kan...
bonus tahun depan dapat...jgn risau..


:)

asilahmuhajer said...

M-yusof;
selamat datang dan berkenalan.
hihihi..ada unsur2 pertikaikan kerajaan ke?? takdela.

iDAN;
betul la kot. bukan tak tau tapi manja.hihihi. mungkin ada kelebihan dimana-mana.

semut api;
memang hangin la time tu agaknya. dahla tengah sibuk2, ada plak orang mintak benda yang boleh dicari sendiri. hmm..sabarla hati.

miss jane said...

kak...

kite pling tak suke dorg hadkn subject spm 10 je...

mcm ne otak budak2 nk brkembang>>>
lagi satu, kalo budak2 yg sekolah agama, gile susah nk pilih subjek mana dorg nk amik...

lai satu..kalo budak aliran sains n syariah cam adek aku, mcm ne dorg nak amik dua2...

aiyooo...ni 1 st time bile aku dgr cadangan pm aritu wat aku naik darah...

malah ade org ckp ni cdgn pling bodoh dlm sjarah pndidikn negara..

adeh...

tk phm aku..

nk negara smkin mmbngun ke nk smkin mundur dgn hadkan subjek????

huhuhuhuhu

asilahmuhajer said...

utk student sekolah akak, limitation yang dibuat tu tidak menhasilkan apa2 masalah.

tapi untuk student2 sekolah asrama penuh, limitation ni memang tidak membantu diorang ni berkembang.

sayang bila pelajar yang mampu disia-siakan.

GiGGLe GaL said...

hish.sabor..sabor cikgu..sabor.. aku yg membaca ni pon menggigil geram kat typist ko yg banyak tanya tu.. wakakak..

eelobor said...

emm...smua kan dh ada bidang tugas masing². x kn x de fail meja & senarai tugas? dgr² cerita dr radio karat....kadang² la (bukan niat nak mengutuk...terpulang pada penilaian masing² yer), kerani kt pejabat (sekolah) lebih tnggi gred dr guru kumpulan pengurusan & professional. ntah betul atau tidak radio karat tuh. drpd penilaian cerita cikgu nih, mgkn ada betulnya kan?

asilahmuhajer said...

giggle gal:
memang sabar la ni. malas nak gaduh2. kita kan nak keje dengan dia bertahun2 lagi?

eelobor;
entah2 fail meja pun tak pernah bukak. asyik sibuk mekap je. pernah sekali tu, diorang saling mekap memekapkan antara satu sama lain. rasa macam kat bilik pengantin lak. adoi..

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.