Wednesday, November 4, 2009

sebelum menjadi incredible hulk..


aku pun tak tau kenapa aku pilih tajuk ni. belasah je.
aku amik peluang berkipas sekejap sebab baju aku dah basah dengan peluh. keje banyak nak siapkan ni. esok sampai ahad aku kena gi langkawi. bawak budak2 asrama yang dapat result cemerlang masa exam mid-year aritu. semua warden kena gi. yang tak gi ialah k.jem-bersalin, ustaz dzul-gi haji.
isnin dan selasa lak kena gi kursus pembugaran SAP-HC. mesti dapat makan sedap ni. barulah boleh bugar.hehehe. apsal makin nak abis sekolah, makin banyak keje??
tapi yang aku takleh lupa ialah apa yang aku wat semalam. semalam aku jaga exam kat kelas form 4. kat bangunan sebelah, kelas budak form 1 bising sangat2. tapi budak2 ni pandai berpura2 la. bila aku round, kelas senyap. lepas 5 minit, bising balik.
geram betul aku. diorang ni tak reti ke guna waktu tu utk studi. kan nak exam?? maka aku pun denda beberapa budak yang tak reti duduk diam. aku pun membebel kat budak2 ni. cikgu pempuan memang suka membebel.
tengah aku membebel tu, aku terdengar suara balik pintu kelas sebeleh yang mengajuk sebijik2 apa yang aku bebelkan. amboi..ini kes berani. dah la kelas bising. siap ajuk cakap cikgu lagi.
aku pun gi kelas sebelah. aku tanya sape yang ajuk cakap aku tadi. takde sapa ngaku.
aku pun cakap, kalau takde sapa ngaku, semua orang bangun dan berkumpul kat padang sekarang! pastu, sorang budak perempuan pun bangun dan ngaku. bila budak tu datang dekat aku, aku tengok dia tak pakai lencana sekolah. lengan tangan berlipat sampai siku. kat hujung jari dia disalut dengan celophane tape. aik? fesyen apa lak dia ni?
aku tanya dia, kenapa dia tiru cakap aku? kenapa dia tak pakai lencana? kenapa salut2 jari dengan celophane tape? jawapan dia..saje cikgu. ni fesyen saya.
best kan jawapan dia?? depan dia, aku baca bismillah, pastu aku tampar pipi dia. pastu aku suruh dia duduk. aku pun, balik ke kelas yang aku tengah jaga exam tu.
itula sejarah aku jadi cikgu. sepanjang 5 tahun aku jadi guru disiplin, ini la first time aku tampar budak. time tu aku bukan marah. cuma aku tak suka jawapan yang kurang ajar.

15 comments:

GiGGLe GaL said...

abis tu ko tak amek apape tindakan ke kat budak tu? hish..klu aku, aku rebus je dlm kawah dodol..

tu pasal la aku tak leh jadik cikgu..sbb aku ni tak penyabar dengan orang.. klu dgn anak seniri..aku lemau..waakakka..

amalhaj said...

maner pegi guru yg patut masuk kelas tuh? ponteng? jawabler nanti kat saner

Anonymous said...

Takutnya.... Kalau kiter wat salah kat Cameron sok jgn tampar ye....

n@m@n said...

begitulah kehidupan cikgu kan??

sI tEDI said...

serius ke ko tampo dia??

mak bapak sekarang pantang anak kena tampo.. nanti kuo surat khabo.

satu lagi budak2 skarang pun mmg dha berani..

jaga2.. takut dia panggil kuncu dia balas dendam.. segalanya berkemungkinan.. pernah terjadi kat tempat keje lama aku dulu..

malaun tu gores kete cikgu disiplin dengan paku .. pergHhh.,..
persona baru tu...

Fatt Chin Choy said...

budak sekarang manyak kurang ajar

M-Yusof said...

biasalah tu..

gua banyak dah jumpa budak kurang ajar nih..

jalan singkat, kita bagi jer pelempang dia akan senyap dan takut dgn kita - ini yg selalu kita pilih bila berhadapan bdk2 mcm nihkan..

cuba kita telusuri mengapa budak tu boleh jadik macam tuh..

adakah sebab persekitaran ataupun sebab genetikal atau sebab pemakanan atau sebab pengaruh ibubapa@kwn2 atau masalah rumahtangga atau trend budak2 zmn sekarang mmg kurang ajor..

pesanan gua kat budak tuh: Gua dulu pun sekolah jugak, jiwa anarkis jugak, tapi gua sentiasa hormat guru-guru gua..

semut api said...

tahniah...
untuk pengajaran kena buat...

iDAN said...

Ala! tampar cikgu tak kuat mana pun!... dah degil cam tu, biadap lagi! cikgu elok sedia rotan sahaja!

Cikgu rotan murid tu biasa!, kalau tak sampai bila-bila pun anak bangsa kita kurang ajar!. Saya dulu pun pergi kena rotan, tak marah pun pada cikgu tu; sebab sedar diri monteng siap pergi ke sekolah orang lagi!. Kes ikut kawan samsenglah.

cik qil said...

bt0l3...len kli cg tampar jew bdk2 f.1 n f.2 yg kuaang ajar tu..klu ngan cg pn x hormat apa lg ngan pengawas..da lme da sabar..!papepn best kew g langkawi???nak coklat!

fieza said...

sape la plak bdak yg kuang aja nie... sy pun nk coklat jgak ckgu...hehe

zeqzeq said...

saya takut cikgu..

janji..tak buat

eelobor said...

emm...cikgu displin kt sekolah sya dulu adalah bekas askar. tp tetap gak kena penumbuk ngn budak². hehehe, teruk tul la budak² yg kurang ajar ni. kt metro lak, ustaz menumbuk seorang pelajar sehingga berdarah.

asilahmuhajer said...

giggle gal;
rasanya boleh jadi cikgu tu. baru budak2 berdisiplin. hehehe.

amalhaj;
time tu study leave sebelum masuk exam. mungkin cikgu tu tengah amik kertas soalan kot. kan banyak benda nak sign2.

naman;
kehidupan cikgu takde la hari2 menampar budak. hehehe. kehidupan cikgu mungkin lebih kepada melayan kerenah budak2. budak2 plak melayan kerenah cikgu.hehehe.

sitedi;
kes budak2 bawak geng, kes budak2 calarkan kereta, suma tu dah pernah saya rasa. kereta first saya dulu siap kemek lagi dibuat dengan diorang. buat selamba je. Niat yang baik, mesti Allah bantu.
suami saya kata, takkan miskin punya setakat nak tukar cat baru kereta tu. hehehe.jawapan orang separa berlagak. bab saman2 ni pun malas nak layan. kat sekolah ni ada je anak lawyer. tapi anak dia la yang banyak masalah. nak kata apa?

asilahmuhajer said...

m-yusof;
ayat yang sama saya cakap pada student2 saya. nakal takpe tapi jangan kurang ajar dengan guru.

semut api,thanks ye. memang untuk pengajaran.

iDAN,
memang tak kuat mana pun tamparan saya aritu. rotan ada gak atas meja ni. bawak cuma untuk kasi takut je. belum rotan betul2 lagi.

cik qil,fieza;
nak coklat?? tunggu jamuan kelas korang la..sure ada coklat2. aritu time jamuan pengawas kan dah ada coklat??

zeqzeq;
takut konon. qih qih qih..

eelobor;
memang ada banyak kisah. saya harap kisah saya ni takde la sampai camtu. kalau sampai budak berdarah. itu namanya tempah bala. jangan wat tindakan yang membahayakan diri sendiri.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.