Sunday, October 18, 2009

kreativiti @ vandalisme????

sori kalau gambar kali ini kurang terang. adjust2 la monitor sampai nampak ye?

ini gambar yang aku dapat dari atas meja seorang pelajar di sekolah yang aku outstation last week.

gambar spiderman.

nak tau cara penghasilannya?? bukan menggunakan pensel tau. tapi menggunakan pisau lipat @ blade.

kreatif ke vandalisme ek??



12 comments:

zeqzeq said...

Kreativiti datang bersama idea, jika bendung terus hilang,

ada sesiapa yang pernah tenguk torehan pisau toreh di pokok getah??
lukisan..watak insan bunga dan haiwan..

amalhaj said...

teman pun peronah menoreh tapi idak ler teman bawak pisau getah kat skolah tok toreh meje.

GiGGLe GaL said...

kreatif nyerr...kagum aku..ekekeke

cerpelai said...

Kehkehkeh..

Kata bijak pandai;

"Jika seorang remaja atau kanak-kanak melakukan sesuatu yang diluar batasan pada anggapan kita, lebih baik dibiarkan.. Kerana disitulah bermulanya kreativiti di luar jangkaan.."

Gua sampai sekarang cuba pahamkan maksud ayat tu walaupun sebenarnya ayat tu senang je..


Sebab kita ni manusia..

AjemiPutraNobita said...

Of coz la vandalisma... kreatif tu bgs tp kalau salah tempat, buruk padahnya...

sI tEDI said...

aduhai.. terlebih kreatif!!

asilahmuhajer said...

kreatif tu bagus..tapi gi la bilik pendidikan seni ke, balai seni lukis negara ke. ni atas meja. pakai pisau lak tu.
nasib baik meja tu masih boleh berfungsi.

kalau meja tu bertukar jadi transformers, kan kesian tu. kat mana nak peksa?

semutapi said...

cikgu,

kreatif yang x kena tempat...
tp gua yakin bukan senang nak buat tu. secara peribadi syabas utk beliau..

asilahmuhajer said...

semutzapi;
betul3x..kreatif tak bertempat.

syabas memang sesuai. hasil kreativiti beliau ni telah membuatkan saya memperuntukkan masa beberapa minit untuk membelek2 meja tersebut.

zeqzeq said...

penerbit filem animasi boleh bukakan peluang watak insan seperti ini,

kembangkan takperlu bayar gaji mahal..

iDAN said...

Saja nak buat gempak!

...kalau dilakukan di bilik pendidikan seni kurang perhatiannya!

...dulu ada banduan di penjara pudu memang kreatif lukis tembok penjara hanya menggunakan jari-jari tangan...

pelajar begini seharusnya dibimbing, bakatnya telah ada hanya perlu digilap!

asilahmuhajer said...

iDAN;
nasib baik ini bukan student sekolah saya. kalau student saya, sah saya akan book dia untuk lukis mural kat dinding sekolah. mesti cantik!

teringat masa awal tahun aritu, saya buat aktiviti melakar mural (tapi atas kertas dulu). budak2 tanya, cikgu, nak lukis apa?

saya cakap, lukis apa2 je yang ada kaitan dengan sains.

nak tau lukisan apa yang satu student ni buat? gambar katak mengawan!

hmm..nak marah, tapi lukisan dia cantik sangat. so, buat muka takde perasaan je la sebab tak tau ekspresi camne yang patut ditunjukkan.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.