Thursday, August 13, 2009

ceramah cegah jenayah


aku sebenarnya mengantuk ni. keje banyak tapi belum ada mood nak mula.
aku baru je naik dari surau sekolah. bukan gi solat kat sana tapi mendengar ceramah cegah jenayah di kalangan wanita.

ceramah ni berlangsung masa pelajar lelaki solat jumaat. takkan nak biar diorang ni makan tido je kat hostel sedangkan boys dgr khutbah kat masjid kan? so, nak bagi adil la kononnya, diorang pun kena dgr ceramah gak.

penceramahnya ialah inspektor haziawati bt mustafa. dari IPD kuala selangor. tak silap aku, ini kali kedua dia di jemput memberi ceramah ni. dia datang sekolah ni dah banyak kali la sebab dia pegawai seranta bagi sekolah aku.

ceramah dia banyak berkisar tentang kes ragut, rogol, cabul, buang bayi dan lesbian. sebab dia ni polis, ayat dia memang straight la. takde lapik2. so, student memang gelak2 la sepanjang ceramah. bagusla dari tido.

dia pun ada bg panduan apa yg kita kena buat kalau kena rogol. selalu dengar perkara ni.contohnya, jgn mandi, terus gi balai atau klinik supaya sample yang berkaitan dapat diambil. kalau dah mandi, dah ilang la suma tu.

tiba2 aku terfikir, kalau kat tv, aku selalu tengok, budak yg kena rogol mesti pegi tempat lain dulu. dah lama baru nak report. tak pun, dia meratap hiba, berkurung sambil membasahkan diri dalam bilik air. takde pun citer tv yang tunjuk adegan gi balai lepas kena rogol dengan badan yang busuk tak mandi tu. adegan trauma yang di lebih2kan.

aku boleh bayangkan dan aku faham orang kena rogol mesti la trauma. tapi citer2 camtu tak educate budak2 perempuan tu tentang hak diorang dan apa yang diorang boleh buat untuk membantu siasatan untuk menangkap penjenayah tu. maka terlepas la penjenayah tu dengan sukacitanya. cis...

hmmm..dah emo ni. baik aku gi solat..

18 comments:

<< s| tED| >> said...

betul lah asilah.. sepatutnya bila kena rogol je.. langkahpertama terus ke balai. sbbnya masa bahan bukti masa ada di tubuh

melaiinkan yg buat dengan rela.. lantaklah!!

fieza said...

sy x de time ceramah nie..rugi plak asenye xde time nie... time2 cm nie la nk sket mte..huhu.. nseb baek ade journalist bebas kt samtk nie..hehe..bley la taw information wlaupun x g skolah..

asilahmuhajer said...

sitedi;
yang geramnye bila dah tau pun buat2 tak tau. buat sakit hati je. yang rela..lagi la tak tau nak kata apa!

fieza;
ni kira murid derhaka ni. oo..ponteng ceramah ye?

ainShahajar said...

hah!!!. itulah dia.. tak mendidik betol drama2 nih...(bukan sume lah..hehe)

tak dpt bayang kalo diri ni kene.. maybe otak jd jem.. tatau nak pikir ape.. nauzubillah

asilahmuhajer said...

nauzubillah..jangan la kena pada sapa2 pun. tapi kalau terjadi, jangan biarkan diri jadi mangsa semata2. hak diri kena dipertahankan.

abuamin said...

Salam.. jangan terkejut...
Maaf ye...saya dtg tak di undang.
Cikgu rupanya puan ni...ke ustazah? Ngajar kat SAM Seri Desa ye..

Kita sebenarnya sama profesyen.. Saya pun guru juga. Saya nampak cikgu aktif kat blog mazidul..so tergerak hati nak tau siapa orgnya... tak salah kan?

Dulu ada gak cikgu komen (atau kondem) :) saya dalam isu demo anti ISA.. takpe...saya biasa je...kita punya pendapat dan prinsip masing2. Normal la berbeza pendapat..kan ?

Oh ye..takyah la publish tulisan ni... saya saja nak ucap salam taaruf..

Saya sentiasa follow blog mazidul, tp hanya komen bila saya rasa terpanggil je. Selebihnya saya cuma membaca dan menilai...

Ok...selamat mengajar !

asilahmuhajer said...

salam encik abuamin.
terima kasih sebab sudi menjengah blog ni.

cikgu juga? selamat berkenalan. sekolah saya mengajar ada di bloglist saya.cikgu sekolah mana?

saya memang suka mengulas di blog mazidul. tapi selalunya saya tak berpihak di mana2. saya bercakap pun atas pengalaman saja.

mula2 dulu saya ikuti blog tu utk tahu berita2 semasa je. tapi faham2 je la bila dah ramai2 komen kat situ,macam2 pandangan la kita dapat.

saya pun nampak yang en.abuamin kena bangkang teruk kat situ. tapi saya puji cara encik berhujah. lengkap dengan fakta. pujian tu juga saya ada nyatakan dalam blog tersebut.

saya faham setiap orang ada pendapat sendiri. kalau kita yakin kita di pihak benar, jgn takut suarakan apa yang kita rasa.

selamat berkenalan.selalu2 la jenguk blog ini ye?

AzAz said...

hello... x semua org gay ni berkelakuan songsang... ada juga yg x buat perkara yg menjijikan ni cuma x de perasaan kat kaum hawa... itew pun dah kira salah ke? dlm Islam, selagi xde perkara luar tabii berlaku, xde dosa besar yg dikira... tu lah kalau namanya dah guru, tgk tgk le buku agama utk mendalami agama dulu sebelum sembur org, kan dah dpt dosa kering... xpa di padang mahsyar nanti kita jumpa!

iDAN said...

Filem kita suka yang trauma siap mandi kat bilik air memang betul. Sementelah babak begitu menarik. Agar ada pengarah yang buat slot & babak yang betul.

Selalunya mangsa rogol dikurung rasa malu, itu yang sering lambat & terkadang tak mahu ke balai. Pulak tu, jika ke balai tak selesai kalau tak ke doktor & perbagai.

Perkara malu, trauma ini yang perlu disedarkan agar mangsa jangan kasi can perogol itu lepas bebas.

asilahmuhajer said...

azaz;
apa kena mengena komen awak dengan tajuk entry saya ni??

confuse saya...

en.iDAN;
sape la agaknya pengarah pertama yang akan arah adegan yang camtu ek??

asilahmuhajer said...

azaz;
saya baru terbaca komen saudara adam tentang dua kumpulan gay tu.

komen saya merujuk kepada kumpulan gay yang pertama.

terima kasih atas teguran. saya akui,masih banyak yang saya tak tau. tegurlah kalau saya salah. selagi hidup, selagi tu kena belajar.

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

AzAz said...

erm... thanks sb nak ambil tahu... sy juga bkn dari golongan pertama tu...

AzAz said...

sebenarnya gay ni terdapat byk jenis lagi, mungkin cik abg adam tu x sempat nak kupas...

yang dlm 360 tadi tu, gay gila sex, org sakit jiwa... bukan hanya gay je, perempuan, lelaki sejati pun kalau kena reject dek org yg disayangi pun akan jadi mcm tu, kan?

mmg le gay ni ada yg baik dan ada yg jahat, kalau dah namanya manusia, mmg lah begitu keadaannya...

golongan pertama, mcm cik abg adam ckp lah tu, gay/pondan jual badan, jenis ni yg jahat tu, cari duit cara yg salah...

golongan kedua... mcm cik abg adam ckpkan itew...

golongan ke-3, mak nyah, depa ni lain tau, depa ni perempuan terperangkap dlm tubuh lelaki... depa suka pki make-up, dlm bahasa omputihnya drag queen... so jgn confuse tau...

maknyah yg dah "buang" alat mrk tu dipanggil transexual... ini pun cabang yg lain juga, depa ni dah xde perasaan nak "bersama" dgn lelaki lagi, depa suka tgk cermin, berangan 'akulah wanita sejati' gitu...

lagi gay for pay, yg ini jenis jantan str8 tapi jadi gay untuk duit, sama juga str8 for pay, jantan gay yg jadi str8 untuk duit, selalunya depa ni gigolo (lelaki simpanan) atau pelakon lucah

dan bisexual... yang ini totally lain dari gay, golongan jenis ni suka kedua2 jantina, dia x kira apa pun jenis lubang, janji dapat. Jenis ni ada juga dari kaum hawa... contoh terbaik Angelina Jolie... yg lelaki mcm John Meyer

ok?

areQue said...

salam kak asilah...
ktorg ada satu kes budak laki tu rogol pelajar OKU..

tp dia dbebaskan kerana die berkelakuan baik pd perempuan tu..

erk???buley???????

pelik kan...
kalu ada masa rq buat sbg entry

asilahmuhajer said...

azaz;
thanks sekali lagi utk penerangan panjang lebar. rasanya orang2 ni ada sekeliling saya cuma saya yang tak spesific dgn istilah2 tu.

areque;
cepatla buat entry tu. tak sabar nak baca. boleh story kat student. sebagai pengajaran.

asilahmuhajer said...

azaz;
thanks sekali lagi utk penerangan panjang lebar. rasanya orang2 ni ada sekeliling saya cuma saya yang tak spesific dgn istilah2 tu.

areque;
cepatla buat entry tu. tak sabar nak baca. boleh story kat student. sebagai pengajaran.

kelopak@gmail.com said...

Kes filem kita... saya kurang tumpuan menontonnya & tak pasti siapa Pengarah filem zaman kini yang saya minati selepas P.Ramlee. Jika kita rapat dengan mereka seharusnya kita boleh anjurkan skrip yang kita persoalkan.

Apa yang ditulis AzAz memang fakta sahih & ianya kalau kurang jelas kita boleh rujuk di wikipedia & lain-lain situs.

Bagi saya semua masalah yang dibangkitkan Sdr Mazidul itu memang masalah keruntuhan moral yang berulang dari zaman ke zaman.

Sebabnya kita tak insaf & benar-benar bertaubat. Malahan tidak mahu belajar dari sejarah. Tak mahu satu hal, kita celik sejarah tetapi tidak takut atau mengambil iktibar dari kesan sejarah itu.

Tak serik; itulah masalah jiwa kosong kita.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.