Monday, August 3, 2009

TUTUP GAK AKHIRNYA SEKOLAH AKU

selepas sample diambik dari beberapa pelajar yang demam jumaat lepas, dengan rasminya sekolah aku ditutup mulai 3/7/09 sampai 9/07/09.

kat sekolah aku ada 4 orang yang positif. aku rasa lebih dari tu sebab sample yang diambik cuma yang demam hari jumaat je. sedangkan budak2 dah beramai2 demam since hari rabu.

aku pun ntah2 ada (nauzubillah..mintak dijauhkan). sebab aku dahla join motivasi hari rabu lepas dengan budak2 tu. pastu, malam rabu tu aku duty asrama. aku la antara warden pertama yang hantar budak2 tu gi hospital malam rabu tu. malam rabu lepas la antara duty aku yang terpenat sekali sebab bukan je penat menghantar budak gi spital berkali2. tapi penat gak tepon parents diorang suruh amik anak malam tu gak. sebab bilik sakit dah penuh. kredit pun habis gak. hahaha. takpe, elaun ada.

tak pernah2 aku balik duty asrama aku mandi. tapi malam tu aku mandi. campur dettol lagi. hahaha. tau takut.. ye la, kesian anak aku kecik lagi.

tapi alhamdulillah sampai hari ni aku ok. harap2 terus ok. student yang positif tu pun, dah sihat pada hari sekolah diumumkan tutup. mesti dia tak sangka. kesian aku tengok..kawan2 sekelas diorang siap menangis lagi kat belakang kelas.

hmm..apa aku nak buat sampai seminggu kat umah ni?? mau mati kutu aku dibuatnya. takkan asyik tengok barney je dgn anak aku??

takkan asyik gi umah mak je?? adik aku yang kat Utem melaka pun balik gak. tempat dia pun tutup pasal H1N1.

hmmm...nasib badan. kena beli buku la ni. baca buku. dari sabtu sampai semalam je pun, dah 2 buah buku aku baca abis. lepas ni aku boleh apply masuk MHI la. slot satu hari, satu buku. hahaha.

9 comments:

AjemiPutraNobita said...

beli buku barney jer la...

ainShahajar said...

makin dasat la seseme babi nih

doa2 lah kak.. moga wabak ni cepak2 ilang...

<< s| tED| >> said...

erk! kena kuarantin yek?? harap2 semuanya ok!

cerpelai said...

Tajuk macam suka je sekolah kena tutup? Kehkehkeh..

Tapi bahaya jugak nih.. Kat US dah rilek tapi kat sini jadi makin serius..

chemil ila said...

adeh...akhirnye tutup jugak...
kat ukm ni xtau la...
tp member ramai demam ni...even roomate pn demam..
takut gak...tp klu bleh xmau cuti...nnt kene ganti kelas bnyak2....waaa...xsnggup..
jg kesihatan baik2 ye...

Y A Y A N said...

cekgu!!!!!! cekgu sekolah mane????

iDAN said...

Keluarga sy pun kena kuarantin & semua anak-anak masih lagi batuk & selesama...

Nampaknya Selesema B@bi ini bergantung kepada kekuatan antibody pesakit; sebab yang saya pasti ibunya yang bawa kuman itu dari hospital Ampang Puteri ketika melawat si Mas kawannya yang positif Selesema B@bi. Ibunya okey sahaja tetapi bagaimana anak-anaknya yang alahan. Semua kena & terpaksa dirawat diklinik. Doktor demam biasa. (konon?)

Awas anak-anak berumur bawah 5 tahun & warga emas 65 tahun ke atas. Begitu juga mereka yg ada sakit kronik diabetes, asma & lain-lain. Mereka ini punyai risiko tinggi payah melawan birus ini... termasukkan lah sy!

asilahmuhajer said...

ajemi : buku barney dah ada satu set la kat umah. beli kat grolier masa book fair tahun 2007. datang la umah kalu nak pinjam.hehehe.

ain: nak hilang agak susah kot sebab dia bukan macam campak. kita still ada potensi utk dapat semula even kita dah recover sebelum tu. dia tak hasilkan immunity. and the worst part is, kita tak tau sape yang bawa sebab kadang2 pembawanya adalah orang yang sihat and takde simptom.

sItEDI: tempoh kuarantin saya dah pun tamat. tapi itu bukan kepastian untuk saya bebas dari virus tu. tu yang tak bestnye.

cerpelai: tajuk macam gembira ek??
gembira dalam duka sebenarnya. sape tak suka cuti? tapi cuti yang camni langsung tak best. rasa mati kutu! untungla..tak yah beli racun kutu. tapi kepala memang takde kutu pun.

chemil ila: dalam surat PPD takde arahan suruh ganti. tapi kalau kena ganti pun, xpe. selalunya kalau ganti hari sabtu, masa persekolahan lebih pendek. nanti penjaga marah kalau anak lama2 kat sekolah hari sabtu. betul ni..

asilahmuhajer said...

yayan: kita sekolah satu daerah. blog skolah saya ada dlm bloglist saye. kindly check ye?

iDAN:betul cakap saudara iDAN tu. setiap individu ada ketahanan yang berbeza terhadap virus ini.yang saya kesalkan ialah, 28 orang student yang saya hantar ke hospital malam rabu 29/7 doktor kata cuma mengalami jangkitan tekak tanpa mengambil langsung throat swab daripada kalangan pelajar tu.

saya faham kos utk satu sample tu mencecah RM200++, at least, ambil la satu sample dari student yang ada banyak tanda2 virus tu. dah jumaat baru amik. itupun sebab kita panggil ke sekolah.

tapi takpela. dugaan dari Allah tu ada berbagai jenis. ini pun salah satu darinya.

semoga kita jadi orang yang lebih bersyukur atas kesihatan yang dikurniakan.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.