Monday, September 14, 2009

aku dan seorang budak india



semenjak nak dekat2 raya ni, aku agak sibuk la dengan persiapan nak beraya. bukan setakat untuk umah sendiri je, umah mak sekali aku kena fikir. maklumla, dalam ramai2 anak mak, aku la yang paling dekat dengan mak. dahla keje kat sini, kawin pun orang sini. hehehe..
minggu lepas, mak aku suruh aku jahitkan baju kurung dia sebab dia tak sempat tempah kain yang kakak ipar aku bagi. memandangkan benang yang matching dengan kaler baju tu takde, maka aku pun pergi la ke satu kedai untuk membeli benang tu.
bila aku masuk je kedai tu, aku di sapa oleh sorg budak india. aku rasa umur dia dalam 8 @ 9 tahun. "cari apa kak?". aku pun cakap aku cari benang. masa tu aku dukung anak, so, dia la kena carikan benang tu.
masa tu, ada orang lain tgh pilih benang. so, aku pun saje la cari idea borak dengan budak kecik tu. sebagai cikgu, soalan yang biasa aku tanya pada seorang budak kecik ialah, "adik sekolah mana?" dia geleng kepala. aku tanya la dia tak sekolah ke? dia angguk.
aik? tak sekolah? kan darjah satu sampai 6 tu pendidikan wajib? aku tanya lagi, " umur berapa tahun?" masa tu dia tengok bos kedai tu. pastu dia cakap, " dengan india boleh cakap. dengan melayu tak boleh."
aku jadi bertambah pelik. apsal lak camtu ek? pilih2 bangsa lak. lepas pilih2 benang, aku pun chow. kesian aku tgk budak tu. muka dia baik je.
semalam, aku pegi lagi kedai tu. nak beli span bunga. masa tu pukul 7.05 ptg. aku selisih dgn budak tu nak beli roti. dia dah pegang pun roti tu. tapi bila nampak aku masuk kedai dia, terus dia tinggal dan follow aku.
aku cakap kat bos dia tu aku nak span. dia pun suruh budak tu amik. kesian aku tgk budak tu. kepala dia tampal koyok. aku teringat tadi dia nak beli roti. so, lepas aku bayar span tu, masa aku nak keluar, aku bagi dia rm5.
agak2nya dia amik tak duit tu? tak..dia tak amik. dia geleng je. alamak, apa aku nak wat dengan duit ni? terpaksala aku jadi buruk siku. amik balik duit tu.
last2, aku jadi pelik, sayu dan kagum sendiri.
pelik sebab aku tertanya2 siapa budak tu? sayu sebab aku rasa dia macam susah tapi tak dapat tolong. kagum sebab dia tak nak amik duit yang aku bagi. sikit kot.. tapi, kalau nak murid aku kat sekolah ni, aku bagi rm1 pun berebut.
siapa la agaknya budak india tu ek?
* gambar di atas tiada kena-mengena dengan citer ni.

11 comments:

areQue said...

HUHUH...pelik eh nape die tak amik duit tuh..

susah kot hidup tp still try bljr tk nk susahkan orang..

tak ramai budak mcm tu..slalunya dpt duit, rembat jer terus...kekkekke

rq dah bls komen akak kat entry akak smlm..dah bg alamt kat ctu..sbtu ni rq balik phg kak..huhu..smpt ke..pepun..tq kak..

cek komen kat entry akak yg smlm tau..

asilahmuhajer said...

tak ramai budak camtu. pandang duit macam pandang angin sepoi2 bahasa je. tu yang buat akak teringat2 kat dia.

dah check. dah tulis pun alamat.apsal balik sabtu? kereta baru kan ada? balik la awal..boleh tolong pasang langsir..

sI tEDI said...

budak itu betul2 berbudi bahasa. betul tahu erti hidup susah.

kalau budak lain dah lama rembat dah..

ainShahajar said...

rasa mcm mak pak budak tu tak syg budak tu.. biar je budak tu tertekan jiwa dan raga.. ni Malaysia la.. bukan afrika, nigeria yg budak2 dia kene keje usia muda... penderaan mental tu

kesian.. kehidupan zaman kanak2 dia dirampas.. ntah pape je.. walau sy tak tahu cite sebenar.. tp tetap nk kate bos dia tu zalim..

hope budak tu tak tersalah jalan.. biar jalan yg lurus.. moga diberi Sinar Islam padanya..

marahnya

zeqzeq said...

sedekah kan jer RM5 tu ke surau..

atau sedekahkan saya..

cikgu kan baik hati

asilahmuhajer said...

ain;
tak tau nak komen camne sebab tgk gaya bos dia tu baik dan ramah. mgkn ada masalah lain yang kita tak tau.

zeqzeq;
sedekah kat surau..hmm..betul gak tu. tq atas cadangan. memang ada terfikir pun.

zeqzeq said...

dengar cerita bos dia tu sepupu sedara RQ,,

dah niat sedekah, ..anggapkan benda/wang tu dah disedekahkan..

sama jer niat sedekah untuk budak tu, saham akan tiba di sana..

Basuh Baju said...

respek sama budak itu!

touching gak kesah ni.. :)

asilahmuhajer said...

zeqzeq;
aik? areque lak yang kena? ingatkan sedara zeqzeq?
hahaha.

basuhbaju;
touching ke? mungkin juga. sebab saya pun hari2 teringat budak tu.
harap2 lepas ni kalau pegi kedai tu, saya tak jumpa budak tu lagi. harap2 dia gi sekolah.

amalhaj said...

SPI Bil. 14/2002 perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia.

asilahmuhajer said...

amalhaj;
thanks kerana sudi singgah.
wow..siap bagi pekeliling lagi. mesti PTK dapat IV ni...

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.