Tuesday, September 29, 2009

Jamuan Hari Raya dan Majlis Khatam Qur'an



hari ni sekolah aku mengadakan jamuan hari raya dan majlis khatam Qur'an yang tertangguh masa bulan Ramadhan yang lepas.
tahun ni, majlis khatam Qur'an di ubahsuai sket. selalunya murid2 je yang khatam. tahun ni, ada guru dan murid. tapi guru lelaki je.
lepas abis majlis khatam, sesi bermaaf-maafan lak. si Qila dgn fieza sibuk suruh aku masukkan gambar diorang kat blog aku ni. tapi gambar qila je. fieza punya tak clear.
lepas salam2 tu, aku cepat2 basuh tangan. budak2 tanya kenapa basuh tangan? kotor ke cikgu?
hehehe. bukan kotor la..takut H1n1 gelombang kedua.
sekarang ni ramai yang dah tak ingat pasal h1n1 ni. aku pun ingat balik sebab fedtri yahya sebut masa MHI pagi tadi.
sekian entri utk hari ni. nak balik sidai baju ni. dah dua hari hujan. baju kotor dah melambak.
**cikgu sebelah aku yang pakai spec tu ialah cikgu sains aku masa aku form1 dan form 2 dulu.
aku sekarang ngajar di sekolah aku dulu. so, cikgu2 aku suma jadi rakan sekerja aku lak. dan aku sekarang ajar anak2 cikgu aku lak. agak2nya, anak aku nnti diajar oleh anak2 cikgu aku lak.. pusingan yang tiada henti...

10 comments:

semutzapi said...

pusingan tu macam h1n1 gelombang ke-2 juga la..

sama sperti makcik ku mengajar di sekolah tempat dia blajar dulu...next year anak dia pulak skolah di skolah yg sama di sg besar..

macam tu la pusingan hidup...

sI tEDI said...

betullah.s emua org dah lupa h1n1..

masa aku keje kat sekolah lama dulu kes dia macam ko jugak. tapi cikgu tu panggil cikgu dia kakak. kena sound lah. bg aku x sopanlah. cikgu tetap cikgu walaupun satu hari nanti dah jd rakan sekerja.

zeqzeq said...

pusingan..oo ingat pusingan apa tadi...
mana tau pusingan kekasih ker??

asilahmuhajer said...

semutzapi;
unik kan pusingan hidup ni. syukurla dulu jadi anak murid yang baik. so, xdela segan sangat jumpa cikgu sendiri semula.sunagi besar area mana?

sitedi;
cikgu kita tetap cikgu kita. saya pun tak panggil diorang kakak even diorg suruh. tak reti la nak panggil camtu. segan pun ada.

zeqzeq;
bila dah jadi isteri orang, pusingan tu dah berakhir dah, hehehe.pusingan en.zeqzeq yang belum abis lagi kot? boleh share cerita?

amalhaj said...

cikgu boleh khatam sekali lagi mase nikah nanti... huhuhuhuhu

asilahmuhajer said...

amalhaj;
saya dah nikah pada 29/4/06. terlupa la nak wat khatam time tu. masa tu ada marhaban je untuk anak buah yang baru lahir.

tapi alhamdulillah, bulan puasa hari tu dapat khatam sekali. cuma tak berjaya mencapai cabaran mak saya. mak suruh khatam 3 kali. huhuhu...aku gagal.

iDAN said...

ibunya berjasa pada kita, kita pula berjasa pada anaknya... harap-harap anaknya begitulah akan berjasa kepada anak kita pula... sebaiknya begitu..

jika pun tidak jasa cikgu memang dikenang hingga ke akhir hayat malahan akan tertulis di alam sana...

fieza said...

ala..cik qil nie sje sabotaj pic sy..haha..
ckgu lepas nie bwk la instant hand sanitizer klo tkot kne gelombang ke-2 h1n1..hehe..

asilahmuhajer said...

iDAN;
memang konsep tu pun yang saya pegang. tak kisahla sebagai cikgu atau tidak, bila kita buat sesuatu yang baik, balasannya tentu baik.
kesan kebaikan yang diberi tu mungkin bukan pada kita tapi mungkin pada anak cucu kita.

fieza;
memang la basuh tangan guna hand sanitizer. gi jengok toilet guru tu. dettol lagi. hahaha. tapi takkan la nak bawak dalam handbag kot. besar botol tu..

cik qil said...

wahai fieza @ cimut..jgn cube menfitrah diriku ini..org yg ikhlas cm sy jew dpt msuk blog kn??hehe.. cg ti sy jd cikgu n ajar anak cg erk??doakanlah!

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.