Tuesday, September 15, 2009

Pelajar dan Buku Teks

semalam aku mengajar di satu kelas tingkatan empat. memandangkan masa mangajar cuma satu masa je, aku sediakan worksheet sebagai latihan.

bila aku suruh keluarkan buku teks sebagai panduan, daripada 30 orang students, cuma ada seorang je yang bawak. bila tanya buku rujukan lain, cuma 3 orang yang ada.

aduss! nak marah, aku tengah puasa. maka aku pun berleter.
(kalau berleter, pahala puasa boleh berkurang tak?)

aku kadang2 jadi tak faham dengan sikap pelajar ni. bila tak dapat buku teks masa awal tahun, diorang bising, parents diorang pun bising sekali. macam2 la komen yang diberi kat pentadbir.

dulu, masa buku teks hanya diberi pada golongan yang kurang mampu, parents yang anaknya tak layak dapat buku teks bising. siap ada yang hantar sms kat surat khabar tempatan. sekarang, bila semua pelajar layak dapat buku teks, tak bawak lak gi sekolah.

pelajar yang tinggal di luar, merungut buku teks berat kalau bawak banyak2. sedangkan aku tengok, kebanyakan pelajar pergi sekolah dihantar ibu bapa. paling tak pun, naik motor. bukan kena usung sepanjang jalan?

pelajar yang tinggal asrama pun sama gak. buku teks semua tinggal kat locker asrama. locker dia yang baca kot?

bila tak dapat, merungut. bila dapat, tak guna. buku rujukan pun takde. ntah apa lagi yang diorang ni nak. kalau ye pun buku tu berat, itu kan ilmu. takkan cikgu nak ingatkan hari2 suruh bawak buku teks?

kadang2 rasa sedih tengok anak murid aku yang 100% melayu ni. tak tau nak hargai apa yang dia miliki. semoga satu hari nanti, senario ni akan berubah.

18 comments:

Basuh Baju said...

buku teks adalah benda plg boring kot dlm hidup..takde org akan baca buku teks kalau bukan sebab exam..huhu

apapun ini adalah sistem pendidikan kita..

jadi sama ada kita tukar sistem pendidikan kita kpd tidak berorientasikan buku teks atau kita kena sesuaikan diri dgn sistem yg sedia ada..

berbalik kpd entry ini, saya melihat inilah kelemahan pelajar kita. sadly to say, most of them is malay. bukan nak bersikap rasis ttp pglmn sbg seorg pelajar dulu dah cukup utk memperlihatkan perkara begini.

apa yg kita boleh buat?

nak buku teks percuma- dah bagi dah. Nak yuran free- dah sediakan dah.

tapi nak belajar pun malas.

so bagaimana nak atasi?

sama ada guru cuba cari approach yg lain (mgkn bukan sekadar denda) atau pelajar tersebut ada kesedaran.

tapi bagaimana nak timbulkan kesedaran kpd mereka? kaunseling? amaran? entahlah..

ZULKIFLI said...

Salam ziarah, cikgu,
Tanggapan anak Melayu-Islam terhadap pelajaran pada masa ini sangat aneh. Mereka tidak fikir bahawa di dalam buku teks itu ada ilmu. Sepatutnya, bacalah demi ilmu bukan demi peperiksaan semata-mata. Bacalah macam baca novel atau buku cerita (buku cerita pun tak baca, habis nak kata apa?), pasti menarik. Sebab itulah buku ditinggalkan, macam peribahasa sayang anak tangan-tangankan, saya isteri tinggal-tinggalkan.

sI tEDI said...

aku dulu buku teks letak bawa meja walaupun di larang buat macam tu. \buku teks yg ade keej sekolah je aku bawa balik.

selalu gak buku teks kena 'rampas' sbb x bawak balik.

gila ke apa? banyak tau.. ingat aku g sekolah drive sendiri ke. naik bas. lepas tu kena jalan kaki dekat 1 km baru sampai sekolah atas bukit!!

jadi aku x de terlibat dgn masalah tidak bawa buku teks ke sekolah! :)

mOEha Aziz said...

salam cikgu,

kita dah gagal tanam sikap hargai dan muliakan ilmu di kalangan anak anak muda... buku adalah sumber ilmu... jd kalau tak muliakan buku , mcm mana nak muliakan ilmu?.. parents memang suka bikin kecoh... sb nak politikkan apa saja yg boleh... jd anak anak tak diasuh menghargai ilmu... sekadar gunakan anak anak untuk bikin isu... bolehlah berpolitik... :)

cerpelai said...

Gua dulu tak pernah lupa bawak buku teks.. Sebab kalo gua tinggal, mak gua lempang gua nanti..

Agaknya kena dikaji-semula enakmen penderaan.. Salah rotan kena tahan, salah maki kena caci.. Sekarang ni bila kena tengking, budak-budak tunjuk gigi.. Dulu time gua menggeletar kaki..

asilahmuhajer said...

basuh baju;
buku teks memang sedikit boring sebab presentation dia tak macam revision.

kalau di gubal buku teks tu macam revision book, mungkin penggunaannya lebih menyeluruh.

pastu, subjek yang kurang guna buku teks,baik ditiadakan je.

pasal sikap pelajar ni,saya pun tak tau nak komen camne. tak semua macam tu,cuma sebahagian je.

yang buat hal selalunya yang ada masalh dirumah. ataupun yang jenis parents sibuk keje dan tak bagi perhatian pada anak punya akademik.

nak denda pun tak jalan sangat. kaunseling pun sekarang ni kena tengok juga kaunselornya.hihihi.

asilahmuhajer said...

zulkifli;
betul tu, buku cerita pun tak baca. camne nak wat. diorang ni suka baca bahan bacaan yang bergambar.

sitedi;
kalau tinggal memang kena rampas. bukan sebab kita nak kosongkan kelas, tapi sebab malas nak layan kerenah pelajar. kadang2 tu diorang misplace kat mana2 tapi claim buku tu hilang. tu la, sape suruh tinggal? kan dah ilang?

kalau dulu lain citer sebab budak sekolah kena jalan kaki la, naik beskal la. sekarang ni, paling cikai naik motor. parking betul2 tepi blok sekolah. masalah angkat berat tu dah kurang.

asilahmuhajer said...

moeha;
saya tak salahkan parents 100% walau ada yang memang camtu.

student sekarang ni memang agak manja sket. mungkin sebab dah biasa hidup senang. semua benda pun nak senang.

cerpelai;
lama tak nampak? i love your mother la. haha.
bukan setakat tayang gigi je. buat muka seposen pun ada.

zeqzeq said...

ooooooo begitu kisahnya..

nanti saya nak jadi bapakmurid boleh??

asilahmuhajer said...

kenapa jadi bapak murid? jadila bapak cikgu. kesian cikgu takde bapak. sape la nak bagi duit raya tahun ni..hua..hua..

semutzapi said...

Salam cikgu..

ada satu kisah dulu mengenai buku tulis..kawan gua la bukan gua..
kena rotan depan assembly letak buku tulis dlm seluar...cikgu rotan dia senyum jer..

:)

selamat hari raya..jem teruk pekan tanjung la ni...adusss..

asilahmuhajer said...

semutzapi;
apsal member tu letak buku tulis dalam seluar. mak bapak tak belikan beg ke??

jln tanjung memang selalu jem. selalu ke lalu situ? meh saya ajar short cut. lalu jalan tikus.

semutzapi said...

Slamat hari raya..

buku tu utk cover punggung...so x sakit sgt klu kena rotan..

jalan tikus kalau kluar kat kedai mamak tu pun jem juga..any alternatif?

:)

asilahmuhajer said...

jalan kedai mamak tu tgk time. kadang2 tak ramai org pun.

jalan lain, lalu bagan tengkorak. tembus kat stesyen bas.

kalau nak tembus seberang jambatan, lalu sungai sireh la. tapi jauh sket. kecuali lalu belakang dari sungai besar.

zeqzeq said...

coba buka entry murid jatuh cinta cikgu wanita..


qih qih qah qah,,panaz nanti blog ini....
tak salah kan..dah cikgu cun sangat..

asilahmuhajer said...

zeqzeq;
bernas gak idea nih. tapi segan la plak nak wat entry cenggitu. nnti macam perasan lak.

lagipun, blog ni ada student tgk. kang jadi bahan lak kat kelas.

kes bertunang dengan abang student sendiri ada la. itu pun takde jodoh. huwaa..

areQue said...

ahahahahhah..mana komen aku???
tk de pon??? rq de komen entry ni dulu kak...

pesal takder

asilahmuhajer said...

areque;
tak tau apa jadi. akak tak ubah setting apa2 pun. salah tekan kot.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.