aku rasa terpanggil nak bercerita tentang kisah ni sbb ada seorang saudara tu baru je mengalami eksiden. alhamdulillah aku jarang eksiden (sape yang suka eksiden). harap2 tak eksiden lagi.
bukan nak kata aku hebat sangat memandu. biasa je. belum sampai tahap F1 pun. hehehe. lagi2 sekarang drive kelam kabut dengan anak yg suka menyibuk time memandu. memang sangat2 bahaya.
tapi org yg aku sebut tadi, sepanjang aku kenal dia, dari kereta buruk, ke kereta bapak dia, ke kereta baru, asyik eksiden je. aku kenal dia dalam 3 tahun, lebih tiga kali dia eksiden.
nak kata tak mahir, dah lama ada lesen. tapi, aku rasa ni ada kaitan dengan keberkatan hidup.
dulu, masa aku baru beli kereta, abang aku pesan apa tau..suruh baca surah Yasin (lebih bagus kalau wat dalam kereta tersebut) di depan sebotol air. lepas dah selesai, siram air tu ke seluruh bahgian kereta. kononnya lebih berkat.
macam kelakar kan. tapi aku wat gak. alhamdulillah la. tak pernah langgar benda pelik2. pernah sekali je eksiden. tu pun org langgar aku. jadi aku claim insurans dia. hehehe.
tapi, sebenarnye bukan setakat yasin je. sbnrnye, kita gak kena pastikan hidup kita berkat. disebalik keberkatan tu la Allah bagi kita perlindungan.
camne nak hidup yang berkat...baca la kat mana2. nnti aku jumpa aku buat post baru..
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WELCOME TO MY BLOG!
Enjoy surfing my blog
please leave your comment after reading the post. tq.
please leave your comment after reading the post. tq.
5 comments:
ooo.. petua yg elok gak tu.. kira mcm kita berusaha.. yg lain tawakal
setiap kali drive.. bace lah doa.. aminnn
Salam Cikgu
Baru je baca entry Cikgu ni...
Bagus tu ada petua yang boleh kita ikut
Sekian
Cikgu
Mana mana blog saya baca
mesti ada komen, betul tak?
Ramai yang menaip gunakan short form
macam tulis sms
Dan ramai yang tak faham apa yang hendak disampaikan.
Persoalannya:
1. Adakah mereka tak pandai mengeja?
2. Nak jimat ruangan ('space'), padahal kita boleh menulis komen sehingga 2000 perkataan..betul tak?
3. Nak jimat masa menaip
4. tidak pandai menaip, ayam patuk padi lebih laju daripada mereka
5. Mereka rabun warna
6. Mereka menaip dalam keadaan kelam kabut, takut Boss nampak dan kena marah dengan Boss mereka.
7. Anak mereka menangis nak susu semasa mereka menaip komen.
8. Mereka memang tidak pandai mengeja dan failed Ejaan.
he he he
Jemputlah baca entri di bawah dan lihat apa pandangan anda.
link:
http://manis18.blogspot.com/2009/07/filem-rempit-yang-seksipatut-pun.html
Terima kasih.
em...nnt dpt kreta nk buat la...
harap2 x belaku mcm sedara k. sila tu ye...(",)
Post a Comment