Sunday, August 23, 2009

TIBA-TIBA...

ntah kenapa, tiba2 aku terasa boring dengan aktiviti kat blog ni.

rasanya ni kali kedua terjadi kot. dulu pernah gak jadi cenggini. lama gak aku nak menghilangkan kebosanan tu.

kepada semua yang sudi melawat blog ni selama ini, terima kasih. jumpa lagi selepas semua kebosanan tu menjauhi diri aku.

selamat beramal di bulan ramadhan.

selamat hari raya (in advance). kot2 sampai raya pun aku tak check blog ni. hehehe.

salam sayang utk semua.

Thursday, August 20, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

Cuti sabtu ahad yang lepas, aku abiskan masa dengan membaca buku ni.

nota hati seorang lelaki oleh Pahrol Mohd Juoi. terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. ISBN 978-967-5102-48-6. aik? no siri pun bagi? ni request dari seorang teman..

my first impression about this book, hmm.macam bosan je? maklumla, aku kurang minat penulis lelaki. macam2 aku fikir. buku ni novel ke, cerpen ke, buku agama ke??

nasib baik si penjual buku bagi aku bukak plastic seal buku ni. maka dapat la aku tgk sekali imbas. terus aku beli.

buku ni ada banyak kisah. kisah yang ditulis dari perspektif seorang anak, suami, bapa dan da'i (pendakwah). walaupun dia tulis dari perspektif lelaki, isi kandungannya related gak dengan aku sebagai seorang wanita.

gaya penyampaian penulis mudah difahami. jadi aku cepat abis baca buku ni.

aku pinjam sket kata2 ada depan buku ni :

hati seorang lelaki
kekadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti selembut sutera
lelaki..
jika jiwamu tulus kerana ALLAH
pasti lurus perananmu sebagai lelaki..

** part yang aku suruh suami aku baca.. sebelum bisikan menjadi jeritan.

**cerita yang aku paling ingat, kisah kucing dan ibu kucing..

selamat membaca..aku dah berjaya pengaruh 6 orang kawan aku beli buku ni. nasib baik takde komisyen. kalau tak, sure tahun depan boleh beli caldina. hahaha.


aku dan kawan2




Cantik sangat ke van tu sampai kitorang suma sibuk2 amik gambar kat van tu??
hahaha..orang kalau dah letih tahap sangat2, mula la jadi "kureng" sket.
actually, semalam aku menjadi AJK program kempen menangani gejala disiplin murid daerah kuala selangor 2009. program ni anjuran majlis aspirasi pemangkin nasional (MAPAN) dan KPM (van kat atas tu adalah van MAPAN). program tu mula 7.30 pagi sampai 6.30 ptg. pagi sampai tengahari untuk sekolah rendah. tengahari sampai petang untuk sekolah menengah.
walau aku jadi AJK pendaftaran je bersama kak mila (wanita anggun dalam gambar), tapi atas semangat setiakawan yang tinggi, kitorang wat keje utk semua bahagian bersama2.
gambar2 di atas kitorang amik dalam pukul 6. masa ni tengah program penutup. bila dah penat, mula la release tension dengan sesi tangkap2 gambar. dengan van MAPAN pun jadi la. masa ni, kawan2 yang lain pun ada gak tapi malu2 konon nak amik gambar dengan van. hehehe.
encik razak (pegawai PPD- lelaki tembam dalam gambar-hahaha jangan marah) kata, aku tak pernah letak gambar dia dalam blog aku. so, sebagai memenuhi permintaan dia, aku letak la gambar dia.
en razak, dah..jangan nangis ye. gambar dah masuk dah. program lain kali jangan lupa panggil ye??

Thursday, August 13, 2009

ceramah cegah jenayah


aku sebenarnya mengantuk ni. keje banyak tapi belum ada mood nak mula.
aku baru je naik dari surau sekolah. bukan gi solat kat sana tapi mendengar ceramah cegah jenayah di kalangan wanita.

ceramah ni berlangsung masa pelajar lelaki solat jumaat. takkan nak biar diorang ni makan tido je kat hostel sedangkan boys dgr khutbah kat masjid kan? so, nak bagi adil la kononnya, diorang pun kena dgr ceramah gak.

penceramahnya ialah inspektor haziawati bt mustafa. dari IPD kuala selangor. tak silap aku, ini kali kedua dia di jemput memberi ceramah ni. dia datang sekolah ni dah banyak kali la sebab dia pegawai seranta bagi sekolah aku.

ceramah dia banyak berkisar tentang kes ragut, rogol, cabul, buang bayi dan lesbian. sebab dia ni polis, ayat dia memang straight la. takde lapik2. so, student memang gelak2 la sepanjang ceramah. bagusla dari tido.

dia pun ada bg panduan apa yg kita kena buat kalau kena rogol. selalu dengar perkara ni.contohnya, jgn mandi, terus gi balai atau klinik supaya sample yang berkaitan dapat diambil. kalau dah mandi, dah ilang la suma tu.

tiba2 aku terfikir, kalau kat tv, aku selalu tengok, budak yg kena rogol mesti pegi tempat lain dulu. dah lama baru nak report. tak pun, dia meratap hiba, berkurung sambil membasahkan diri dalam bilik air. takde pun citer tv yang tunjuk adegan gi balai lepas kena rogol dengan badan yang busuk tak mandi tu. adegan trauma yang di lebih2kan.

aku boleh bayangkan dan aku faham orang kena rogol mesti la trauma. tapi citer2 camtu tak educate budak2 perempuan tu tentang hak diorang dan apa yang diorang boleh buat untuk membantu siasatan untuk menangkap penjenayah tu. maka terlepas la penjenayah tu dengan sukacitanya. cis...

hmmm..dah emo ni. baik aku gi solat..

Tuesday, August 11, 2009

buatmu wanita

sepanjang cuti H1N1 aku yang baru je abis lastweek, memang banyak buku yang aku baca.

buku yang baru aku abis baca malam tadi ialah buku ni. penulisnya ialah sorang bekas peguam syarie yang sekarang jadi kaunselor keluarga. dekat bloglist aku ada alamat blog dia.

aku memang selalu membaca artikel2 dia dalam majalah dan aku memang suka cara penulisan dia yang santai.

masa mula2 aku jumpa buku ni, aku tak minat sangat beli sebab aku tak sedar itu buku dia. bila aku tersedar dia publish buku, aku terus order by post.

bila aku baca, aku rasa terkilan. bukan sebab tak best, tapi aku terkilan sebab aku tak jumpa buku ni 5 tahun lepas. kenapa?? beli and baca sendiri. hehehe.

untuk semua wanita, especially yang belum kawin, yang baru bertunang, yang akan jadi isteri orang, buku ni sangat2 aku suggestkan.

walaupun buku ni bukan novel, ada part yang aku rasa macam nak nangis baca. ish3x..touching la plak.

selamat membaca ye?

kecik2 dah sakit kaki


tu la..sape suruh ligat sangat, kan dah sakit kaki!
nasib baik papa ada mesin urut kaki. boleh tumpang pinjam.
tapi camne ni? betis je dapat. tapak kaki tak dapat...
alahai si kecik ni..apa orang buat, suma dia nak tiru.

Monday, August 10, 2009

nasi ambeng modified



firstly, nak ucap terima kasih kepada pemilik blog http://www.myqza.blogspot.com/ yang membuat entry tentang "nasi ambeng orang jowo" ni. aku ada cakap kat situ tentang nasi ambeng fesyen sekarang yang telah diubahsuai ikut gaya kenduri sekarang.
kebetulan lastweek kat kampung ada orang kenduri arwah, so, dapatla aku amik gambar nasi ambeng mini tu.
macam yang aku cakap, selalunya nasi ambeng ni di serve dalam talam besar. lepas habis baca doa, orang kenduri akan pecah nasi ambeng tu kepada 4 @ 5 bahagian untuk di bawa balik dan dimakan bersama family.
so, daripada susah2 nak pecah2, maka ada la orang kampung aku ni yang kreatif dan ubahsuai sket. dia belikan besen kecik, isi nasik dalam tu. pastu, isi lauk pauk nasi ambeng tu atas nasik yang telah dilapik dengan daun pisang.
time orang nak balik, tuan umah akan bagi sorang satu. so, masa kenduri tu diorang makan la makanan lain yang ringan2. mihun sup ke, soto ke.
lepas ni aku tak tau la apa modification yang akan berlaku kepada nasi ambeng ni. tapi bagi aku, nasi ambeng ni tetap best dinikmati bersama kawan2, makan ramai2 sambil borak2. selamat mencuba!

renang @ tido gaya bebas??

masa cuti H1N1 ari tu, keje aku ialah menjadi suri rumah sepenuh masa. nasib baik seminggu je. kalau tak, terpaksa la aku tukar title blog aku ni daripada teacher's life menjadi housewife's life.

anak aku yg tersangat aktif ni memang sangat suka berada dirumahnya. sebab..dia boleh buat apa je aksi dia suka. ye la..kat umah orang tak leh buat cenggitu sebab kena jada tatasusila. kalau tak, nnti bakal mertua tak suka. hehehe.

ada satu hari tu aku tgh sibuk2 wat keje, tiba2 aku rasa umah aku macam sunyi je. aik? pelik lak. mana si budak aktif tu pegi. dan aku pun gi jenguk. ini la aksi beliau. nak kata berenang, takde air. tapi gaya macam berenang.

so, kesimpulan yang aku buat, inilah yang dipanggil "BERENANG GAYA BEBAS DI SOFA".

Kepada mana2 orang Malaysia book of record tu, bolehla listkan anak aku ni sebagai pencipta rekod terbaru. barula sejuk perut aku mengandung. hehehe.

Monday, August 3, 2009

TUTUP GAK AKHIRNYA SEKOLAH AKU

selepas sample diambik dari beberapa pelajar yang demam jumaat lepas, dengan rasminya sekolah aku ditutup mulai 3/7/09 sampai 9/07/09.

kat sekolah aku ada 4 orang yang positif. aku rasa lebih dari tu sebab sample yang diambik cuma yang demam hari jumaat je. sedangkan budak2 dah beramai2 demam since hari rabu.

aku pun ntah2 ada (nauzubillah..mintak dijauhkan). sebab aku dahla join motivasi hari rabu lepas dengan budak2 tu. pastu, malam rabu tu aku duty asrama. aku la antara warden pertama yang hantar budak2 tu gi hospital malam rabu tu. malam rabu lepas la antara duty aku yang terpenat sekali sebab bukan je penat menghantar budak gi spital berkali2. tapi penat gak tepon parents diorang suruh amik anak malam tu gak. sebab bilik sakit dah penuh. kredit pun habis gak. hahaha. takpe, elaun ada.

tak pernah2 aku balik duty asrama aku mandi. tapi malam tu aku mandi. campur dettol lagi. hahaha. tau takut.. ye la, kesian anak aku kecik lagi.

tapi alhamdulillah sampai hari ni aku ok. harap2 terus ok. student yang positif tu pun, dah sihat pada hari sekolah diumumkan tutup. mesti dia tak sangka. kesian aku tengok..kawan2 sekelas diorang siap menangis lagi kat belakang kelas.

hmm..apa aku nak buat sampai seminggu kat umah ni?? mau mati kutu aku dibuatnya. takkan asyik tengok barney je dgn anak aku??

takkan asyik gi umah mak je?? adik aku yang kat Utem melaka pun balik gak. tempat dia pun tutup pasal H1N1.

hmmm...nasib badan. kena beli buku la ni. baca buku. dari sabtu sampai semalam je pun, dah 2 buah buku aku baca abis. lepas ni aku boleh apply masuk MHI la. slot satu hari, satu buku. hahaha.
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.