aku rasa terpanggil nak bercerita tentang kisah ni sbb ada seorang saudara tu baru je mengalami eksiden. alhamdulillah aku jarang eksiden (sape yang suka eksiden). harap2 tak eksiden lagi.
bukan nak kata aku hebat sangat memandu. biasa je. belum sampai tahap F1 pun. hehehe. lagi2 sekarang drive kelam kabut dengan anak yg suka menyibuk time memandu. memang sangat2 bahaya.
tapi org yg aku sebut tadi, sepanjang aku kenal dia, dari kereta buruk, ke kereta bapak dia, ke kereta baru, asyik eksiden je. aku kenal dia dalam 3 tahun, lebih tiga kali dia eksiden.
nak kata tak mahir, dah lama ada lesen. tapi, aku rasa ni ada kaitan dengan keberkatan hidup.
dulu, masa aku baru beli kereta, abang aku pesan apa tau..suruh baca surah Yasin (lebih bagus kalau wat dalam kereta tersebut) di depan sebotol air. lepas dah selesai, siram air tu ke seluruh bahgian kereta. kononnya lebih berkat.
macam kelakar kan. tapi aku wat gak. alhamdulillah la. tak pernah langgar benda pelik2. pernah sekali je eksiden. tu pun org langgar aku. jadi aku claim insurans dia. hehehe.
tapi, sebenarnye bukan setakat yasin je. sbnrnye, kita gak kena pastikan hidup kita berkat. disebalik keberkatan tu la Allah bagi kita perlindungan.
camne nak hidup yang berkat...baca la kat mana2. nnti aku jumpa aku buat post baru..