Friday, February 5, 2010

Guru Bertugas?? adoi..



dah lama sungguh rasanya aku tak update blog ni. kadang2 aku terlupa yang aku ada blog. kadang2 aku terfikir, penting tak ada blog ni ye?? takpe la. sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi cerita.




aku tak tau kenapa tahun 2010 ni aku menjadi malas nak ambik gambar. selalunya, kalau tak guna handphone, dalam handbag aku mesti ada camera. tapi tahun ni tak lagi. kenapa ye? aku pun tak tau.




minggu ni aku dan lagi dua orang guru menjadi guru bertugas mingguan. satu tugas yang aku tak minat tapi kena buat gak dengan penuh tanggung jawab. pastu aku punya ketua guru disiplin plak kena cacar. mc 2 minggu. so, aku terpaksa memangku kerja2 dia.




tadi, masa perhimpunan mingguan, aku terpaksa la berucap sebagai guru bertugas mingguan + guru disiplin sekali. tak minat betul berucap. tapi bila dah pegang microphone tu, rasa tak nak berhenti lak. hehehe. over ni..

perkara pertama yang aku sentuh ialah pasal menghormati orang tua. perkara ni aku sebut sebab ada rakan guru yang komen budak2 sekarang ni tak reti respek orang tua. to be spesific, guru kat sekolah ni sendiri. ada yang tak kenal guru sekolah sendiri. ada ke cikgu tu dipanggil makcik!! dah la cikgu tu dressing lawa2. pakai nametag lagi! lain la kawan aku tu pakai kain batik + t-shirt. hahaha.

pastu kes masa buat sukantara. ada kerusi yang disediakan untuk guru bertugas mencatat markah. pelajar duduk kat situ. kalau guru takde, ampun la lagi. ni, student tu buat selamba je. cikgu yang bertugas tu, saje berdiri sebelah, tapi dia tak faham2 gak. bukan la cikgu tu nak duduk sangat tapi nak tengok camne sikap pelajar kepada guru. sabar je la.

pastu, minggu ni aku kena jadi judge untuk pertandingan keceriaan kelas. aku saje round time budak2 dah balik dari sekolah. tapi ya ampun...aku pun tak leh nak bezakan sesetengah kelas tu dengan stor barangan terpakai. bersepah macam kapal pecah.

maka time berucap tadi maka berjela la ayat aku suruh murid2 aku cantikkan kelas masing2. pening aku tengok. camne la diorang ni boleh tahan duduk dalam kelas camtu sepanjang hari. tak tension ke?? kenapa ye?? tak kan la tak boleh kemas?? setiap kelas ada at least 25 orang student. takkanla separuh pun tak care??

hmmm...pening lak aku sekejap. stop la.

13 comments:

fieza said...

rndunye nk dengar ckgu m'bebel..hihi... ketua guru disiplin ckgu paie kn?? kne dmam cacar ke?hihi.. xtaw la plak...huhu

Cetusan said...

cikgu ooo cikgu..bila nak membebel

Cetusan said...
This comment has been removed by the author.
myQza said...

dulu masa jd pengawas sekolah nak berucap sket punya gigil. ekekekekekke

asilahmuhajer said...

fieza;
awak dgn aqila memang pelik la. orang lain tak suka saya membebel, awak dgn dia suka saya membebel. orang tak suka saya marah, korang suka saya marah. pelik...

zeqzeq;
bila nak membebel ye?? tengah membebel la ni. dekat blog takde suara.

sitedi;
masa jd student saya pun camtu. tapi sekarang, gigil dah ilang. practice makes perfect. hahaha.

Q said...

aik cg??ble mse sy ske cg membebel??
ish3..fiza mmg begitu..oh..siannya kat cg paie..huhu..dye demam sbb x ade s/u cam sy n fiza kot..sbb taun lps satu ari x jumpe kt0rg idup cg paie x tng..papepn doaknlah beliau cpt sembuh n kami bley tuntut fitrah kami..hihi..kem slm kat sume cg exspecially cg paie..ckp kat beliau kami nak fitrah..

Cetusan said...

sekurangya ada gak nasihat..mana tau pelajar teringat ayat2 cikgu jadi tauladan..(dah MAK BAPAK SIBUK)makan benda manis sgt hee sebab tu jadi DEHIL..bukan degil

ainShahajar said...

hmm pas grad aritu. ramai cakap.. alaa.. jadi cikgu je senang

sape kate senang.. student skang ni nakal2 kan.. ok lagi kot nakal.. tapi kalo biadap tu.. sabar je la..

ain ajar budak tusen pun tensen.. tau la korang bayar.. ish

RABUN said...

budak budak sekarang makin nakal...betul ker cik gu?

asilahmuhajer said...

cik qil,
FYI, ketua guru disiplin hanya mengajar 12 hingga 15 masa je seminggu berbanding cikgu lain yang purata masa mengajarnya 24-31 masa seminggu. jadi, isu takde S/U tak perlu dibangkitkan sebab dia dah diberi kelonggaran waktu mengajar. yang penting, rancang masa dengan baik. baru suma keje boleh siap.

zeqzeq;
dehil tu apa? tak pernah dengar.

ain;
nak kata jadi cikgu tu senang, mungkin ye, mungkin tidak. bagi akak, tgk kepada cikgu tu sendiri. kat sekolah ni ada cikgu yang bermati-matian buat keje. so, kita mesti akan anggap keje dia susah. ada cikgu yang selamba je. tak kisah keje banyak ke sikit. kalau rasa nak buat, dia buat, kalau rasa tak nak buat, dia tinggal. kalau mcm dia ni, senang la jadi cikgu. hehehe. ain pilih nak yang mana?

indra kirana;
thanks sebab sudi singgah.
takdela nakal sangat. cuma approach kena betul. setiap pelajar lain kerenahnya.

ainShahajar said...

tapi malu la pulak bila oragn lain bnyk wat keje.. tp kita tak wat keje.. gaji same je..

kpli dah bukak.. nak try la..ekeke

iDAN said...

Bab hormati orang tu ini penting cikgu ingatkan sebab saya ini dah tua sering jumpa pelajar yang memang tak pandai nak hormat orang tua.

Satu lagi, ingat-ingatkan anak murid yang ke sekolah naik motosikal, ramai sangat tak mahu pakai topi keledar. Takutnya saya tersinggung terjatuh penat pula nak mengadap emak ayahnya.

Tiap hari saya hantar anak ke sekolah risau amat tenguk anak murid tak pakai topi keledar ini. Terbayang iklan beli tomato sos kat TV tu.

asilahmuhajer said...

ain;
try jgn tak try. dgr2 thn ni last intake.

iDAN;
iklan sos tomato tu dah takde sekarang kan? pasal budak2 motor ni, rasanya perkara yang paling selalu disebut. kesian mak bapak,belikan motor susah. tak belikan pun susah.

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.