Thursday, February 11, 2010

Lari! Jangan jalan!

hari ni sekolah aku ada program merentas desa peringkat sekolah. tapi yang kena lari ialah pelajar2 je. cikgu tak payah sebab masa sekolah dulu dah lari dah. hehehe.

aku kena jaga checkpoint 3 dengan seorang kawan. tapi kawan tu MC plak ari ni. jadi aku jaga la sorang2. checkpoint yang berdekatan dijaga oleh cikgu lelaki. so, terpaksa la dengar citer2 versi lelaki. motor la, bola la. adoi..

group pertama yang dilepaskan adalah lelaki bawah 15 tahun. lepas tu lelaki bawah 18 tahun. lepas tu baru perempuan lak. trek untuk lelaki lebih panjang dan menyongsang dari trek untuk pelajar perempuan.

tengah2 pelajar lari tu, motor seorang cikgu yang peronda ni rosak la plak. dahla motor dia ni besar. last2, budak2 yang kena tolak.

ni muka orang motor rosak tunggu spanar. ada ke dia tanya spanar motor aku. motor aku kecik je...
basikal pun digunakan untuk meronda. lucu aku. cikgu ni bawak basikal ni dalam kereta dia. semangat betul nak meronda.

ni wajah2 yang kepenatan. tahun ni agak berbeza dari tahun lepas. selalunya pelajar perempuan yang lambat habis. tapi tahun ni budak lelaki yang lambat abis. jauh beza lak tu. so, budak2 yang lambat abis ni la yang kena denda tolak motor rosak. hehehe. bukan denda..memberi pertolongan.






5 comments:

sI tEDI said...

kalau aku lah yg berlari. mla2 mmgh semangat. x cukup kaki mak lari.. suku jalan dah kendur. mencungap!! ekekek

jeBateja said...

Patutnya cikgu pun sama2 larik...baru le kureng sket lemak2 tepu tu...ahakz

amalhaj said...

kalo cikgu lari teman mesti kene kejor

iDAN said...

Syok berlari sekitar kelapa sawit. Kat Kajang kena lari sekitar rumah & jalan raya yang berdebu.

Tak kena nak sebut lari merentas desa lagi!

asilahmuhajer said...

sitedi;
sama la kita. itu ok lagi awal2 ada semangat. kalau saya, ntah2 dari awal sampai akhir berjalan. hahaha.

jebateja;
la..kenapa bagi cadangan lambat? kalau tak, boleh saya lari sama2 diorang. hehehe. lemak tepu ye?? macam tau2 je?

amalhaj;
kalau tak lari, tak boleh kejo ke yeop?

iDAN;
betul. kena tukar nama tu. merentas taman perumahan. sesuai tak. kajang? ada makcik kat sana. taman west country.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.