Tuesday, February 16, 2010

Demi Masa

cuti tahun baru cina aku tahun ni cuma 4 hari je. ada sekolah yang cuti seminggu. tapi tak kisahla. cuti tak cuti, sama je bagi aku. cuti panjang sangat pun bosan gak. lainla aku banyak duit. cuti panjang boleh gi melancong plus shopping2. hahaha.

macam biasa, bila cuti, hobi aku ialah membaca buku. buku pilihan aku kali ni bertajuk "Demi Masa". pertama kali tengok buku ni, rasa kurang minat untuk beli. pertama sebab design cover dia simple. tapi orang kata don't judge a book by its cover. so, tgk penulisnya plak. aku tak kenal nama ni. tapi bila tgk biografi kat belakang, menarik..

so, aku beli la buku ni. ayat yang ada kat cover depannya agak berat. "haruskah melayu terus bertongkat untuk menruskan cabaran masa depan...atau harus ditongkatkan agar sedar daripada alpa yang panjang??"

aku tak pernah baca buku jenis camni. tapi aku baca gak la sebab nak tau apa kandungannya. tak sangka aku dapat baca buku ni dengan cepat. bila aku baca buku ni, baru aku rasa yang aku ni memang kurang berjiwa patriotik. kurang berjiwa melayu. tak macam penulis buku ni.

penulis buku ni berjaya membuat aku nampak benda2 yang selama ni aku tak nampak dan aku tak terfikir. contoh-contoh serta perbandingan yang diberi dalam topik2 yang diutarakan tu memang jelas. (tapi aku tak tau la kalau orang lain baca camne plak persepsinya. hehehe).

kalaula semua budak2 muda plus mat2 rempit tu baca buku ni, aku rasa diorang jadi insaf sket kot. tapi kena baca dengan mata hati la. baru boleh nampak apa yang tersirat didalamnya. kalau baca gitu2 je, kira kirim salam la.. tak pun, hai-hai bai-bai. hehehe.

11 comments:

cerpelai said...

Gua ada baca buku Teh Tarik Kurang Manis... Isinya ringan tapi seronok dibaca... Cuba laa jenguk..

asilahmuhajer said...

Cerpelai;
saya dah ada buku tu. buku abdul jalil ali kan?? itu buku kedua dia. tak silap saya, buku pertama dia tajuknya "asam garam gula kopi". sekarang pun dah ada yang ketiga. tak ingat tajuknya apa. kalau tak silap, ada perkataan kopi.

mungkin lepas tu, buku keempat dia guna perkataan neslo plak. hehehe.

asilahmuhajer said...

Cerpelai;
saya dah ada buku tu. buku abdul jalil ali kan?? itu buku kedua dia. tak silap saya, buku pertama dia tajuknya "asam garam gula kopi". sekarang pun dah ada yang ketiga. tak ingat tajuknya apa. kalau tak silap, ada perkataan kopi.

mungkin lepas tu, buku keempat dia guna perkataan neslo plak. hehehe.

cerpelai said...

Haa.. Betul laa nama penulis tu.. Ada menulis dalam majalah Mingguan Wanita kalo tak silap..

Agaknya dia nak promote air minuman tak?

zeqzeq said...

selamat membaca ringan dan berat tetap ada kelebihannya.

asilahmuhajer said...

cerpelai;
nak promote air minuman? hihihi. ada je idea dia ni.

zeqzeq;
dah selamat pun baca. memang ada kelebihannya.

jeBateja said...

Den baco majalah PERAJURIT je laaa...itu pun kira berat dah tu....uhukz

amalhaj said...

asslamualaikum cikgu!
Permintaan ramai adalah buku tulisan Mok Soon Sang.

ainShahajar said...

teh tarik kurang manis? asam garam?

macam menarik..

mok soon sang macam mana pulak tu?

bila sy mahu baca..ekekeke

asilahmuhajer said...

jebateja:
majalah perajurit? alamak, eden tak ponah dongar la pulak.

amalhaj;
masa amik dip ed dulu, mok soon sang memang femes. nak amik PTK pun mok soon sang juga. mesti dah kaya mok soon sang ni dengan duit cikgu2. hehehe. bila amalhaj nak kuarkan buku lak?? nak beli ni.

ain;
kalau ada rezeki buat kpli nanti, ain akan "bercinta" dengan mok soon sang. hehehe.

nor_anifa said...
This comment has been removed by the author.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.