Thursday, February 18, 2010

Bahasa SMS

aku baru je abis marking paper ujian penilaian kurikulum kelas form 5. pening otak aku tengok jawapan budak2 ni. macam biasa la, yang ok selalunya terus ok. yang tak ok ni kena bagi perhatian betul2.

lepas abis marking tadi, aku pun bukak la internet. biasala tgk entry di blog2 lain. di samping tu, blogwalking gak di blog2 baru. ntah kenapa hari ni aku banyak blogwalking di blog2 student aku.

bagus gak budak2 ni. daripada korang merempit tak tentu pasal, baik korang buat entri kat blog korang. apa yang aku perasan, kebanyakan mereka ni menulis mengenai apa yang berlaku dalam hidup diorang. pasal sekolah, pasal family..(sebenarnya aku pun sama. tulis pasal tu gak. hehehe). tak sangka gak, dari blog ni baru aku tau pasal hidup diorang. ada yang hidup sorang2, ada yang suka shopping, ada yang suka buat lawak dan sebagainya.

tapi ada satu persamaan yang aku tengok dalam blog2 diorang ni. BAHASA SMS! tak tau la nak kata salah ke tak. aku faham yang zaman sekarang ni bahasa camtu dah boleh dianggap biasa. cuma untuk diorang2 ni, aku takut diorang terbawak2 dalam penulisan diorang masa jawab periksa nanti. bahaya tu. sebab sebagai cikgu, aku memang selalu jumpa jawapan pelajar yang guna bahasa sms ni. nasib baik aku tak ajar BM. kalau tak, terpaksa la potong markah. pastu terpaksa gi hospital sebab sakit jantung.hihihi.

so, kepada pelajar2 sekolah yang membaca entri ni, gunala blog kamu tu sebagai satu tempat kamu berlatih menulis (bukan tulis guna tangan,hehehe). walaupun ada orang guna istilah "blog aku, sukahati aku", tapi takde ruginya kan kalau kita guna bahasa yang lebih senang difahami? lagi2 orang yang tua macam aku ni. kasihanila aku...huhuhu.

15 comments:

nor_anifa said...

salam cg..suka entry cikgu kali ni..
nak baiki jugalah penulisan di blog saya tu..bimbang juga takut2 terbawa2 ke exam..huhu

fieza said...

ckgu, yg suke shopping tu saye ke???hihi...
nt sy baiki penulisan di blog sy,, bg ckgu pham satu2....

jeBateja said...

Adehhhh...bukan sahaja cikgu je hadapi masalah macam tu. Kat tempat kerja den pun, ada bebudak baru kerja tulis report guna bahasa SMS...oleh kerana mereka bukan lagik di sekolah...so kena lah tahan telinga kena maki hamun.

Bukan sahaja untuk exam...bila mana mereka disektor pekerjaan mereka perlu guna bahasa Malaysia untuk membuat report, kalau kerja macam den laaa....

cerpelai said...

Kehkehkeh..
Perkara ni pernah ditekankan oleh seorang member blog gua iaitu Alidyangon (member teh tarik Mazidul)... Malah dia cukup menentang penggunaan bahasa SMS ni...

Ada juga sorang dua cikgu-cikgi yang gua nampak selalu guna SMS style... Nak kata apa? Cikgu borek, murid kapal korek.........

amalhaj said...

ssalamualaikum cikgu!
terlalu banyak perkara yang boleh merosakkan bahasa masa kini. buku "mengapa kami bantah" tulisan prof. dr. abdullah Hassan wajar dibaca.

asilahmuhajer said...

nor anifa;
saya baru singgah di blog anifa. kira ok la tu. takde la teruk sangat.ayat saya pun camtu juga.

fieza;
yang suka shopping tu ada sorang lagi. awak punya ok lagi.hehehe.
nak baiki ek?? bagus2. boleh baca komen balas dari en. jebateja dan en.cerpelai dalam entri saya kali ni. pengalaman orang dah kerja tu...

jebateja;
saya pun alami benda yang sama gak bila pelajar hantar report kat saya. dia ingat report tu untuk saya suka2 baca kot?

cerpelai;
ada..memang ada cikgu yang guna bahasa camtu. kira kaya la anak murid tu sebab ada kapal korek ye?
kalau karam singh walia baca ni, mesti dia marah. rosak peribahasa.

amalhaj;
buku tu terbitan syarikat apa? tak pernah jumpa pun. nak gak baca..macam menarik je.

cik qil said...

cg,,sayalah insan yang selalu ditegur oleh cg..ok lah saya da amik ni sebagai satu pengajaran..saya akan perbaikinya..hihi..tp saya x suke bace blog2 bdk samtk sekarang yang lebih banyak memburukkan sekolah di blog mereka..x baek utk sekolah..x berkat ilmu..betul x cg??saya harap cg dpt amik tindakan pada mereka yang mengutuk samtk sebelum menjadi lebih teruk..ia boleh mencemarkan name baik sekolah..

1tomyam said...

bagus sekali, sepatutmya blog digunakan untuk latih menulis, sama ada utk bahasa ataupun english..ni latih wat benda lain....huhuhu

Ah Fatt said...

betol tu cikgu

asilahmuhajer said...

cik qil;
blog kutuk sekolah? ada ke? bgtaula blog mana satu. boleh saya tengok. setakat yang saya jumpa, kutuk peraturan sekolah ada la. biasa la tu. pelajar selalunya tak memahami kenapa sesuatu peraturan diwujudkan.

1tomyam;
pelajar selaunya guna blog untuk luah perasaan. kita yang dah tak sekolah ni yang guna blog untuk berlatih menulis. hehehe.

ahfatt;
mungkin betul dan mungkin tak betul. pilihan di tangan kita sendiri.

ainShahajar said...

hehe..sejak berblogig ni..

dalam sms pun dh tulis panjang2.. dah lupe nak pendek2 kan

sampai kawan cakap..

ko ni tak reti pendek kan ke..

bagos saya ni =p

asilahmuhajer said...

ain;
kalau perkataan tu panjang kita singkatkan bagi akak tu ok lagi. contohnya : untuk jadi utk

tapi yang jadi pening tu bila:

aku jadi aq
bila jd ble
semua jd sme

tapi tu la, penerimaan setiap orang adalah berbeza.

cik qil said...

cg;kutuk peraturan sekolah tu dikira kutuk sekolah..seolah-olah sekolah yg salah..sbnrnye semua sekolah same je..kalau cg da pernh bce ok r tu..erm,,papepn saya ttp x suke org yg buat macam tu kat sekolah..org lain boleh ikut nape dye x boleh ikut??jadi itu salah diri sendiri bkn salah sekolah..sy pn pernh sekolah tapi sy boleh je ikut!erm,,whatever lah..

iwanrizu91 said...

best la bce post cikgu ni..nk tegelak pn ade..

iDAN said...

Cikgu,

Saya tak pernah sekali pun masuk kelas sastera, malahan saya memang bukan pun pelajar aliran Melayu semasa sekolah dulu... jauh sekali pandai berbahasa secara baku apatah lagi belajar suku kata bahasa sastera segala...

Tapi sejak sekolah rendah lagi saya suka menulis terutama penulisan puisi; dalam hati kecil saya amat terkilan tenguk blog kita jadi bahasa rojak, bahasa sms & banyak lagi pencemaran bahasa.

Bagi saya cukuplah sekadar di telefon kita berSMS begitu... sebab nak ringkas & cepat.

Bahasa blog janganlah begitu, ianya diklik semua bangsa lain. Ramai di benua ini ingin mempelajari Bahasa Melayu kita. Kena ingat Bahasa Melayu adalah bahasa keenam ramai penggunanya; malu kita jika bahasa ibunda ini tercemar & bunyinya pun amat pelik jika bercampur dengan bahasa SMS.

Dua perbedaan ketara

SMS untuk peribadi, hanya untuk diri sendiri.

Blog adalah wadah umum terpapar seantero dunia.

Sayang sangat kita comotkan ruang yang ada ini sebagai contengan sahaja.

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.