Sunday, January 17, 2010

Siapa Sangka?

aku rasa ramai yang mengalami pengalaman yang sama seperti yang aku nak ceritakan. ada dua kisah yang bila aku ingat2 balik, aku senyum sendiri dan terasa betapa hebatnya takdir Tuhan untuk hamba2 Nya.

kisah yang pertama ni berlaku masa aku balik kursus dari cameron bulan 11 thn lepas. masa tu pukul 7.45 ptg lebih kurang. lepas hantar kawan aku kat umah dia, aku buat keputusan untuk solat maghrib kat masjid berdekatan sebab aku target, kalau sampai umah pun dah pukul 8. terlalu lewat untuk solat maghrib bagi aku.

kebetulan, kat masjid tu ada buat kuliah agama. lepas solat tu aku pun layan kuliah agama tu sampai isya' sebab makin lama dengar, makin best lak. masa nak penutup kuliah tu, aku jenguk la siapa penceramahnya. bila tengok, rupanya ustaz tu adalah junior aku masa aku form 3 dulu. kitorg agak rapat dulu. kat bawah ni ada gambar aku dengan dia masa gi rombongan.

yang mana satu? yang duduk pegang bekas kamera tu. tapi sekarang saiz dia dah bertukar la. time ni dia kecik giler. aku jadi kagum dengan dia. tak sangka dulu gila2 camtu, sekarang dah jadi imam. rasa macam tak caya lak dengan usia dia yang baru 28 tahun. siapa sangka orang yang dulu aku suka usik2, dah jadi imam. sekarang mesti tak berani nak usik2 lagi.

satu lagi kisah berlaku jumaat lepas. aku dengan kawan2 gi makan mee banjir udang kat area aku ni. tempat makan tu dimiliki oleh anak murid aku. form 5 batch 2004.

mee banjir udang dan semua2 menu yang ada kat situ di masak oleh anak murid aku tu. air je pekerja dia buat. masa aku datang tu, dia agak sibuk siapkan order. lepas dah siap tu, baru dia join group aku sebab kebetulan orang dah tak ramai sangat.

bila aku tengok dia, tak sangka aku ada anak murid yang camtu. aku teringat masa dia form 5 dulu, aku ada denda dia sebab tak datang seminar SPM. masa tu, kawan dia yang sama2 kena denda tak puashati bila kena denda dengan aku. aku ingat lagi masa tu dia yang pujuk kawan dia tu supaya tak lawan aku. dia cakap dengan kawan dia tu, " apa la ko ni, dengan cikgu pun nak gaduh".

bila ingat2 balik kisah dua orang ni, siapa la sangka orang yang ada disekeliling kita ni akan jadi apa? ada yang berjaya, ada yang gagal. ada juga yang berjaya keluar dari "kotak" hidup masing2 dan jadi orang yang baru, berbeza dari apa yang kita kenali.

besar sungguh kuasa Allah.

11 comments:

Kapten Luffy said...

hmmm
harap lebih ramai yg berjaya ler

amalhaj said...

assalamualaikum cikgu!
begituler namenyer cikgu, biasenyer yg selalu cikgu marah @ dendeler yg ingat pade cikgu.
cikgu, idup & mati, oghang akan telap pannge cikgu.

sI tEDI said...

Alhamdlillah!

cikgu pastu bangga sebab dapat didik anak murid yg tahu menghargai apa yg kita ajar!

eelobor said...

yup, eelobor pn pernah jatuh & cuba utk bangun semula, Alhamdulillah...

asilahmuhajer said...

kapten luffy;
harap2 camtu la.

amalhaj;
masa denda student, saya selalu rasa sedih dan menyesal.tapi bila diorang dapat pengajaran dari dendaan tu, rasa lega balik.

sitedi;
yang penting, dia tau menghargai apa yang ada pada diri dia. kan??

eelobor;
tahniah. semoga bangun dan terus menuju puncak.

ejal said...

Wah,tu si Ashraf suarin kan...1 kelas dl..tgk dlm facebook pun giat jadi penceramah skrg ni..alhamdulillah..

abuamin said...

salam cikgu.. seorang anak murid cikgu baru je pindah ke sekolah saya.. SAFA'AQILA BT SABARUDDIN - Form 3 2010..

Sekali sekala ada gak saya jengok blog cikgu.. bila pelajar ni datang, baru saya tergerak nak tulis kat sini..

abuamin
bandar utama damansara, pj.

asilahmuhajer said...

ejal;
ko sebaya dengan asyraf & Ali sulaiman ek?? ko pun patut jadi mcm dia tau. family ko kan alim2. hehehe.

abuamin.
safa memang student sekolah sini. nama tu biasa dengar cuma muka tak ingat. terima kasih sebab sudi singgah lagi.

ainShahajar said...

wah.. best nya jd cikgu.. sebab ramai anak murid yg kenal.. pastu kuar2 je jumpa balik

dpt tgk perubahan dorang. hehe.. mak saya penah rawat cikgu dia..

ain pun menghadapai situasi yg sama erhadapt membe2 sekolah dlu..btol tu. kuasa tuhan.. siapa yg sangka

iDAN said...

Jadi cikgu senang nampak perubahan manusia...

Tapi jadi diri sendiri terasa pula tak keluar dari kotak ini... dok macam tu sahaja... tau-tau dah tua!..

Sakit kronik pula lagi.. adoi!

ainShahajar said...

sakit kronik?

kelakar idan ni.. haha

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.