Sunday, October 25, 2009

warna-warni & bowling


kepada sesiapa yang menggosok-gosok mata untuk memahami gambar di atas, gambar sebelah kiri adalah gambar bola boling. sebelah kanan adalah kasut untuk main boling.
persamaan pada kedua-dua gambar adalah kedua-duanya berwarna-warni. tiba-tiba aku teringat lak open day pejabat pelajaran daerah yang aku gi rabu lepas. booth utk unit prasekolah tu sangat ceria dan berwarna-warni. sama seperti apa yang ada dalam gambar di atas.
aku tak dapat nak tepek gambar aku disini. bukan sebab aku pemalu tapi takde sape nak amik gambar aku. buat pengetahuan sesiapa yang tak tahu, sabtu lepas aku menghantar AJK redaksi sekolah bermain boling kat Klang Parade. gembira sungguh budak2 tu main boling. untuk fiza dan cik qil, korang ni sibuk amik gambar je. tapi bila baling, asyik "bersihkan longkang". hahaha. jangan marah.
alang-alang hantar bebudak ni bergembira, aku pun amik peluang untuk berlatih utk pertandingan esok. Esok?? alahai...malas sungguh nak pegi.
kerana nak pertandingan esok la, malam2 buta camni ni aku terpaksa tercongok kat sekolah sebab nak siapkan bahan2 untuk mesyuarat esok. so, kalau tak sempat balik untuk mesyuarat, bahan2 tu akan bermesyuarat tanpa aku. hehehe.
tapi sekolah aku ni memang hebat la. aku ingatkan aku sorang je datang sekolah malam2 camni. rupa-rupanya ada ramai lagi datang malam ni. bagus..bagus..tahun depan boleh dapat APC. amin..
APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

10 comments:

myQza said...

eh eh... sebiji lah warna owl dengan kasut tu. ekekekek..

good luck untuk esok.. jgn sapu longkang juga. ekekekek

amalhaj said...

kerje-kerje jugak, kesihatan jage jugak kene. ape2 pun teman ucapkan selamat maju jaya.

Cetusan said...

promosi yang menarik minat..

nanti ada masa

Anonymous said...

hehehehhe

akak pon layan boling ker???

gud luck juga kak

asilahmuhajer said...

sitedi;
kasut boling sekarang memang fancy2 sket la kaler dia. hehehe.

amalhaj;
tq. saya tak jadi la kursus kat genting. silap maklumat la. kat cameron sbnrnya.

zeqzeq;
ada masa kita gi sama2 ek? ajak adik jane sekali.

jane;
layan..memang suka main boling. cuma tak sampai tahap beli bola dengan kasut boling sendiri je. hehehe.

chemil ila said...

adoiiii....
buat keje lebih tuk dpt APC ke???

hehehe...niat biar ikhlas...

asilahmuhajer said...

chemil ila;
bila sebut "keje lebih" tu,ikhlas tak ikhlas hanya Tuhan yang tahu. tapi kalau tak ikhlas, takkan la wat keje lebih. kat kerajaan ni takde sape yang bagi overtime. hehehehe.

APC tu pun bukan kita yang bagi diri sendiri. pentadbir yang tentukan berdasarkan SKT. so,kalau dapat, tu rezeki.

PAP said...

bila cikgu main boling.
indah sungguh.

asilahmuhajer said...

pap;
saya main sabtu dengan isnin lepas.

jom main lagi?

Q said...

alamak cg..ade jew pic cg tgh mkn kat mcd n tyme baling boling..walaupun bersihkan longkang sy strike 2 kli taw!hihihi...

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.