Thursday, October 22, 2009

Ragam budak sekolah a.k.a anak murid aku

hari ni tiba-tiba aku terfikir beberapa ragam student form 5 kat sekolah aku ni. tahun ni tahun pertama aku jadi SU SPM. jadi, bila nak dekat SPM ni, aku mula la memikirkan risiko2 dan masalah2 yang mungkin timbul masa exam sebenar nanti.

sebelum terlupa..ini gambar aku dengan asyraf dan rafie. batch 2006. tiada kena mengena dengan kisah ini.

tahun ni aku ada 4 orang student yang aku target dan berjaga-jaga. semuanya lelaki.

berdasarkan trial exam yang lepas, 3/4 orang pelajar ni dah jadi macam biskut chocfudge. kejap ada, kejap takde. yang sorang plak, org periksa pukul 8, dia datang pukul 9. dia mungkin lupa yang bapak dia belum buat sekolah sendiri lagi. hehehe.

kes pelajar 1: beliau sangat bercita-cita tinggi. kalau boleh nak amik 20 subjek. berminat menjadi angkasawan (dia cakap dengan aku aritu). pernah pindah sekolah lain sebab nak amik science stream. tapi akhirnya sekolah lain tu pulangkan balik kat sekolah aku sebab dia ni berpindah tidak mengikut prosedur dan ada masalah2 lain.

di sekolah aku sekarang ni, dialah calon spm yang amik paling banyak subjek. itu tak menjadi masalah. sijil kan sijil terbuka. masalahnya, dia selalu ponteng sekolah. kerja kursus pun cikgu terpaksa kejar suruh buat. kalau pening kepala sket, tak nak datang sekolah. adoi..kaunseling pun tak jalan dengan dia ni. penat aku refer kat kaunselor.

kes 2: beliau ni pun pelajar yang selalu ponteng. masalah keluarga. pernah kena tangkap dengan dato noh kat cc pakai baju sekolah. huhuhu. sayang, kelas pandai tapi ...susah nak cakap. tak nakal tapi unpredictable.

kes 3: budak yang ok kot sebenarnya. tapi lepas kena tangkap sebab berdua-duaan dengan makwe kat belakang dewan, terus jadi macam2 masalah. yang awek dia lagi teruk. PMR pun tak datang. budak lelaki ni kena buang asrama lepas kes tu. tumpang umah tukang kebun. kat situ lak buat hal gak, tak sedar diri tumpang umah orang. trial pun tak datang. dengar berita, katanya eksiden. hospital bagi cuti 4 hari je. tapi sampai sekarang tak datang2.

hmmm...aku pun dah tak tau la camne nak wat dengan budak 4 orang ni. diorang yang nak periksa, aku yang seram sejuk. leceh la nak jawab dengan pengetua pasal budak2 ni...

19 comments:

Anonymous said...

kak...haahahahhaahah
elak besar baca kisah mngkuk 4 budak2 tuh...
takpe kak..

nmpk je nakal tu...
tp baik n rajin sbnrnya..

adik kite pon cm tu gak...tp result power....

doakn je dorg ok exm nnt...tk caye kte tgk...
huaakakakaka;))

Cetusan said...

dalam hati anak murid tu kata,,cikgu saya CUN..

Cetusan said...

.apa-apa pun selamat berjaya..ke dalam kerjaya..

anak-anak murid akan mengenangmu
kenang kerana baik .,,atau rajin ngajar

amalhaj said...

itu cikgu ker? huhuhuhuhuhu patutle ramai murid meragam sebab pinta dipujuk cikgunyer. teman pun ingin nak jadi murid..............

myQza said...

lor.. kenapa budak yg 1st tu.. mcm x sedar diri jek.. nam ambil byk subjek tp x mo buat keje segala

jeBateja said...

tak pe arr...bagi den je ambilkan exam depa2 tu....confirm....lingkup....

asilahmuhajer said...

miss jane;
budak 4 orang ni rasanya tak sama dengan adik jane...

kalau ada yang sama pun, mungkin pelajar kes 1 kot.

akak memang sentiasa berdoa. bukan sahaja utk diorang tapi diri sendiri gak. kalau diiorg wat hal, keje akak gak yang sangkut.

asilahmuhajer said...

zeqzeq;
ni dah kira tahap mahaguru ni. boleh tau apa dalam hati org. hehhe. setakat cikgu biasa2 macam saya ni, belum pandai lagi nak baca2 hati orang.

terima ksih atas doa. kalau diorang sentiasa mengenang saya itu satu bonus la. yang penting, amalkan apa yang diajar. itu lagi satu bonus.

asilahmuhajer said...

amalhaj;
saya kurang pandai memujuk. hehehe. tapi kalau nak jd anak murid, dipersilakan. pendaftaran SPM tahun depan tarikh tutup dia bulan 4 kalau tak silap.hehehe.

asilahmuhajer said...

jebateja;
janganla merendah diri sangat. silap2 bukan lingkup, tapi flying colours. hahaha.

eelobor said...

dulu masa kelas cikgu lawa....mmg kopem aku x ponteng kelas. hehehe, skrg anak murid dh terlebih "advance"

asilahmuhajer said...

eelobor;
sekarang dah ramai sangat cikgu lawa kot. sbb tu jadi advance. hahaha.

bagi saya, diorang ni tak rasa betapa bernilainya peperiksaan sebab banyak benda free. seminar free, yuran free..

eelobor said...

free? atas kertas je yg free kan? di "top up" pula pd "sumbangan" PIBG. pi mai pi mai...tang tu gak

eelobor said...

Kita dengan tok guru, harus mengunjunginya sebelum dipanggil;
Kita dengan tok guru harus memberi sebelum dia minta;
Kita dengan tok guru mengakulah kesalahan sebelum ditanya;
Kita dengan tok guru mengalahlah meskipun kita merasakan benar;
Kita dengan tok guru biarlah kita menanti kehadirannya jangan dia menuggu kemampiran kita;
Kita dengan tok guru selamanya tidak akan menang kerana kita adalah muridnya.
Demikian akal budi dan teladan murid yang geliga kepada tok gurunya yang mursyid.

MSO - Merah Tinta

Di pinjam dari tuan MSO, mmg puitis

asilahmuhajer said...

eelobor;
yang saya maksudkan free tu ialah yuran peperiksaan awam utk peperiksaan SPM, PMR dll. kalau ikutkan, utk amik spm kena bayar dalam rm140++.

yuran PIBG tu kalau tak bayar macam tak patut. itu utk pembangunan pendidikan.nanti, kalau budak datang sekolah belajar dalam kelas je, orang komen tak wat aktiviti lak.hehehe.

eelobor said...

hehe..rilek la cikgu. maksudnya pihak sekolah kena mencari sumber sendiri utk merancang pelan pembangunan utk pendidikan murid² tak kira la aktiviti luar kelas ke, sumber mesti cari sendiri? betul? kalau slah...tlg betulkan yer.

asilahmuhajer said...

eelobor;
hehehe..nampak macam tak rilek ek?? saya biasa2 je. dah banyak menghadapi pandangan2 camtu.

bercakap tentang sumbangan yang dicari sendiri, ikut pengalaman dan pemerhatian saya, sumbangan memang ada diterima tapi nilainya sangat la kurang especially untuk program2 yang besar dan banyak.

ada juga penjaga yang bagi sumbangan hanya utk program yang anak dia sertai je. so, alang2 camtu, baik ibubapa sendiri yang sumbang utk anak sendiri. senang citer, sendiri punya anak, sendiri punya yuran. so, pi mai pi mai, tang tu gak. kena gak bayar yuran.

mencari sendiri sumbangan, itu salah satu pilihan yang ada sekarang ni. tapi tu la, ada sesetengah penjaga ni, nak datang mesyuarat PIBG pun tak nak.tapi mintak macam2.

so, moral of the story, pihak sekolah dengan ibu bapa kena bekerjasama. baru boleh memahami masalah masing2.

eelobor said...

hehehe...sudah jelas. thanx asilah. sbb sblm ni, sya cuma hnya mendgr dri sebelah pihak je iaitu ibu-bapa. so, sya nk la jgk dgr pandangan pihak yg mewakili guru@sekolah. apa yg penting, ibubapa & guru adalah penggerak atau yg mencorakkan masa depan anak bangsa.

nota:setiap menjelang "hari guru" sya akan terkenang jasa² bekas guru yg telah memberikan ilmu kepada saya selama ini. keluarga sya ramai juga di kalangan para pendidik.

asilahmuhajer said...

eelobor.
sama-sama.
saya pun sentiasa ingat jasa guru saya. bukan sebab saya jadi cikgu tapi atas jasa bakti yang telah diberikan.

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.