Wednesday, November 12, 2008

pengawas vs PRS

aku baru je abis wat interwiew utk cari calon pengawas utk tahun dpn.
mcm2 pe'el ada. ada yang nak, ada yang tak nak.

dlm byk2 kerenah dan jawapan yang diterima, aku tertarik utk bercerita kat sini tentang jawatan pengawas n pembimbing rakan sebaya atau lebih glamer dipanggil PRS.

kebykn budak2 yg ditemuduga lebih suka jadi PRS. katanya jawatan tu lebih senang dan lebih mesra pelajar berbanding pengawas yang secara zahirnya kena nampak garang dan keras.

jawapan diorg tu aku tak salahkan. itu hak diorg. cuma aku rasa apa yg diorg fikir tu kureng sket. aku ada sebut pada sorg candidate tu, suruh dia hayati perkataan PENGAWAS dan PEMBIMBING tu.

bagi aku, tugas pembimbing tu lebih berat. bukan senang nak bimbing orang. sbb aku sendiri pun sbg guru kdg2 rasa susah nak bimbing pelajar2 ni walaupun aku seorg guru.

pengawas bagi aku simple je. kalau ada yg tak kena, tegur dgn baik. kalau tak jalan gak, report je pada yg lebih berkuasa eg: cikgu ke atau senior ke..

tapi ye la kan.. budak2 tak berani tanggung risiko utk jd sasaran kutukan org. takpela...

No comments:

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.