Monday, February 22, 2010

VANDALISM

Entri aku sebelum ini tentang "bahasa sms" mendapat banyak reaksi daripada anak murid dan bekas anak murid aku. disamping tu, ada gak yang bagi maklumat konon-kononnya ada student yang kutuk sekolah dalam blog mereka. tapi, aku belum jumpa lagi la blog2 seperti itu.
kenapa mesti kutuk sekolah sendiri? itu kan tempat menimba ilmu. aku pun tak dapat nak pastikan aspek apa yang menjadi bahan kutukan diorang tu. kutuk pasal sekolah ke, atau kutuk pasal cikgu ke, aku teringin nak tau. bukannya nak tau sebab nak balas dendam. tapi untuk buat penambah baikan untuk kelemahan yang ada.
tadi aku jaga exam di kelas 4 jamaah. apa yang aku jumpa? sila lihat gambar di bawah.

ini ialah muka depan sebuah novel yang aku jumpa. tajuk asalnya ialah "bunga". tapi dah berubah jadi " bila bunga di petik betik". gambar muka depan ni pun dah di conteng2. takde kerja kot budak2 ni. mula2 aku ingat itu buku diorang. aku pun selak muka sebelah dalam.

bila selak sebelah dalam. aku bertambah terkejut sebab dalamnya ada cop pusat sumber sekolah. ya Allah..buku hak milik sekolah pun jadi camni? melampau betul rasanya. siap ada perkataan "bodo" lagi. kalau ye pun nak bergurau senda, janganla buat ke atas harta sekolah.

bila aku serah buku ni selepas aku scan tadi pada guru pusat sumber, mengucap panjang dia. nasib baik dia tak bersalin terus. maklumla, dia tengah mengandung. dia pun nampak kecewa sangat melihat keadaan buku tu.

bila aku kaitkan keadaan buku tu dengan kes pelajar yang kutuk sekolah tu, aku rasa sedih sangat. kenapa la pelajar yang kita didik dan kita disiplinkan dengan susah payah jadi camni? benda yang kita ajar, dia tak mau ikut. yang tak di ajar, cepat je dia buat.

adakah kami sebagai guru ni yang salah. sampai sekarang aku tak habis fikir lagi.

8 comments:

fieza said...

apsal la dorg conteng2 mcm tu... rndu betik ape ke??huhu... dari mne ckgu dpt mklumat psal blog tu?? ckgu explore la new2 blogger SAMTK...

Q said...

haha..ade jugak yg minat kat betik tu..hihi..betul tu cg..saya sokong ckp fiza..cg jangan bace entri skrg..bace entri yang lps2..baru cg akan jumpe..bagi sy agak melampau la..

cimut;aku lah yg bgtw cg..tapi x bgtw spe..hihi..nantilah aku dtg skola aku inform kat cg spe orgnye..sbb entri dye da lme sgt..tkut da buang plk post dye..kne cari bukti..walaupn x ramai yg taw blog dye..huhu.. aku ttp syg SAMTK..tmpt ak dpt ilmu..

fieza said...

hahaha.. cikqil rupenye.. aku baru nk wat report...huhu..
betol tu ckgu..bace entry yg lepas2... nt cik qil copy wat bhan bukti...

Cetusan said...

kalau sekolah buka mcm lincon corner boleh ka?..bina papan putih besar2 hhee tempat luahan rasa..

asilahmuhajer said...

fieza & cik qil;
email je kat email saya link blog tu. nnti saya google la. kalau saya buka blog student slalunya saya akak baca skali previous2 entry. tapi kalau nak tunjuk bukti lagi bagus. lagi best. hehehe.

zeqzeq;
kalau kita sediakan corner camtu, nanti lagi bertambah kontroversi rasanya. maklumla, tak semua orang boleh terima.

Anonymous said...

jiwa budak2 memang memberontak kan cikgu

Q said...

fieza;memandai je..ak nak copy..hahaha
cg;insyaALLAH sy akn cbe membuktikannya..haha

iDAN said...

...saya lebih kepada didikan di rumah sebermulanya kelakuan anak-anak kita, dalam kitap ku sering sebut, dalam perut lagi kita boleh bentuk jiwa anak-anak...

buku itu gedung ilmu, tak kiralah komik novel atau buku kartun pun; jika seseorang yang sayang buku, bukan conteng lipat pun dia tak sanggup... sayang amat buku tersebut...

zaman sekarang buku pun bukan semurah dulu!... kita didik dari rumah lagi.

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.