Monday, April 19, 2010

Nak Pakai Apa Ye??

hari ni sekolah aku bercuti sebab semalam (ahad) sekolah aku ada hari penyampaian hadiah. tapi aku duty asrama hari ni. jadi cuti2 pun terpaksa gak gi sekolah.

apa yang aku nak kongsi di sini ialah satu perkara yang berlaku semalam. tentang pakaian menghadiri majlis rasmi ataupun ke tempat2 yang rasmi.

aku tak taula apa sebenarnya masalah yang berlaku. tak reti atau buat2 tak reti.
untuk pelajar2 tahun ini dan tahun2 akan datang, tolong ambil perhatian untuk perkara ini.

bab berpakaian ni memang tak di ajar secara formal di kelas. zaman aku sekolah dulu pun takde diajar. tapi perkara ni korang boleh belajar sendiri berdasarkan pemerhatian korang terhadap apa yang berlaku di sekeliling korang. sometimes, sesetengah program dah bagitau siap2 apa yang korang kena pakai. tapi ada gak yang suka langgar guideline yang diberi.

contohnya semalam. dah tau nak gi majlis amik hadiah, ada YB lak tu, pakaila pakaian yang sesuai. lelaki, kemeja dengan slack atau berbaju melayu. yang perempuan, berbaju kurung.

tengok ni, budak kecik pun tau pakai kemeja. jangan la dah elok2 pakai kemeja, pakai lak yang bawah ni..jeans.

kalau korang bukan berbangsa melayu, alternatif yang ada adalah seperti di bawah ni. hehehe.

macam yang aku dah sebut tadi, bab2 berpakaian ni memang tak diajar secara formal dalam kelas. so, kita kena alert dengan majlis yang kita nak gi.

aku pun tak tau kenapa ada sebahagian budak zaman sekarang ni kurang alert dengan benda2 camni. macam semalam, budak2 yang datang dengan seluar jeans kitorang terpaksa arahkan supaya tukar seluar sebab kalau pengetua nampak, mesti "maut" kitorang. pelik, sedangkan dalam surat jemputan dah bagi garis panduan pakaian.

nasihat aku, walau branded mana pun baju korang and jeans korang, bila masuk kawasan sekolah, pakai la pakaian yang sesuai. kalau datang untuk majlis2 rasmi, berkemeja + seluar slack. kalau nak masuk pejabat, kalau rasa berkemeja terlalu formal, boleh pakai t-shirt berkolar. jangan tshirt kolar bulat.

tapi kalau acara sukan, jangan plak korang berbaju kurung, berbaju melayu atau berkemeja. nanti orang kata mat belia mana yang sesat ni! kan aku dah cakap tadi, tengok la keadaan.

samala macam kita nak gi pasar malam. takkan nak pakai kemeja, seluar slack siap tuck-in lagi. nak gi temuduga pun kena rasmi gak, ok?

selamat mengikut etika berpakaian..

6 comments:

fieza said...

ckgu terima kasih atas nasihat yg diberikan kt post sy tu. jasamu amat dikenang :)

amalhaj said...

assalamualaikum cikgu!
peratikan bukan melayu urusan di pejabat kjaan camner deme pakai? ade yg pakai sluor pendek dgan baju tanpa lengan(amoi selalunyer)

eelobor said...

eelobor suka simple jer bab berpakaian. tp kenalah sesuai dengan keadaaan sesuatu majlis. betul tak cikgu?

ainShahajar said...

sampai masuk U pun kalo akak nampak. orang still pandang enteng pasal pemakaian ni

pemakaian jugak tande kta hormat majlis atau org..

semua kene bagi tau skang ni..hehe..

-= teringat dulu penah jumpa pengetua pakai selipar besar.. tak sangke pengetua nak jumpa.. padahal dtg skolah amek sijil je..haha..

asilahmuhajer said...

fieza;
sama2.

amalhaj;
amoi ni pun satu kes. especially yang jd dealer atau supplier barang kat sekolah. selambe je kan??

eelebor;
sangat betul. tengok kesesuaian.

ain;
letih kan bila semua nak diberitahu. macam ada otak tapi tak nak guna. bosan betul..

iDAN said...

Cikgu

kalau di Poli anak sy belajar memang masuk kelas harian pun tak boleh pakai jeans;

tapi pelajar di Fak Kejut belasah; sampai kena buat kempen tak boleh ronakan rambut pelbagai!

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.