Monday, November 16, 2009

menternak..

lama sungguh tak melawat blog sendiri. 2 minggu terakhir persekolahan ni agak sibuk bagi aku. aku sendiri jarang ada kat sekolah. nasib baik sekolah tak roboh dibuat oleh budak2.

jumaat lepas aku gi kedai tayar kat tempat aku ni untuk isi nitrogen dengan wat balancing. stereng asyik gegar je bila bawak laju. memandangkan aku nak gi kursus kat cameron esok, aku kenala memastikan kereta aku elok utk kesana. lagi2 sekarang ni musim ujan.

kedai tayar yang aku gi ni memang aku suka kerana kejujurannya. dari kereta first sampai la kereta yang sekarang ni, aku wat kat situ. cina tu bukan setakat peramah, keje dia pun tip top la bagi aku. kalau kerosakan tu dia takleh wat, dia takkan wat.

macam semalam tu, tayar aku tu kena letak ring utk bagi dia balance. tapi kat kedai dia tu takde ring yang betul2 fit dengan saiz tayar aku tu. oleh kerana benda tu cuma berharga rm10 satu, aku suruh dia letak je ring yang boleh masuk. tapi cina tu tak nak. dia kata, dia hanya akan letak ring tu kalau betul2 fit je. so, dia suruh aku gi kl. buat kat sana.

so, sementara aku tunggu dia pasang balik tayar tu, aku round2 sekitar klinik tayar dia tu. sampai la bahagian belakang. ini ialah apa yang aku jumpa.

sorry, gambar kurang jelas. ini kolam ikan yang terletak di tepi umah dia. dalam kolam ni ada banyak ikan talapia merah (aku ingat ikan koi. nasib baik aku sempat tanya dia) yang dia bela untuk di makan.

ayam2 kampung yang dibela oleh beliau. ayam tu jauh kat tengah. sebab berebut makan.

beliau juga turut menternak itik. byk betul itik dia. ini yang lepak kat tepi pagar.

bila aku perhati dan fikirkan, cina ni memang ternak sendiri apa yang dia makan. bagus betul la. dah la bisnes besar, kos makan rendah plak tu. pastu, ternakan tu mesti kurang bahan2 kimia kan?? patutla tokey tu walau dah beruban, masih tegap dan kuat. hehehe..

aku minat gak ternak2 ni. tapi takde kawasan la. hmm...kena beli tanah nampaknya ni.hehehe.

9 comments:

Cetusan said...

yes ..nanti boleh culik di perjalanan ke kursus..huhuu

eelobor said...

bole bg alamat dia...hehehe, nk gi servis kt kedai dia jgk ler

iDAN said...

Cikgu .. kalau pergi Cameron saya suka ikut Simpang Pulai, kampung saya dekat Gopeng tu! Kota Bharu, ingat nak duduk saya tapi kena tangguh dulu org rumah masih nak jadi org bandar lagi. Kalau tak nak ternak ayam itik ikan semua tu tak jadi hal.

Dari kampung nak ke Cameron sejam dua sampailah ke puncak sana.

Ikut Tapah jalannya berliku tajam; cumanya saya perasan di sebahagian tempat jika kita ikut Simpang Pulai punyalah seram; jalannya dibina main tarah sahaja bukitnya tak ada pun pokok keliling untuk kuatkan tanah tu!. Isk! memang mencabar nak ke Cameron itu.

Saya suka beli sayur di sana, lebih murah beli di sepanjang jalan, bukan di puncaknya. Samalah teh lebih baik beli di Giant atau TESCO dari beli di puncak sana.

Hari ini cikgu telah berada di sana! selamat bercuti!.

amalhaj said...

nih mesti keter evo nih... cikgu kursus kat maner? maner tau kut2 teman tersesat kat saner 2 - 3 ari nih......

cerpelai said...

Gua pun suka membela-bela ni.. Lagi selamat dari risiko suntik-suntikan.. Tapi takdelah sampai teringin nak membela makhluk bukan-bukan..
Kehkehkeh..

asilahmuhajer said...

Zzeqzeq;
ada gak orang yang sudi culik orang macam saya ni. hehehe.

eelobor;
kat tanjong karang ni, kedai dia kat batu 6. kedai tayar michelin.

iDAN;
saya pernah kursus di cameron tahun 2006 dan 2004. 2004 lalu tapah. 2006 lalu simpang pulai.
betul seperti yang en.iDAN cakap. jln simpang pulai memang kurang curam,jln pun lebar. tapi kurang pokok besar. so, memang seram.harap2 selamat pegi dan balik. insyaAllah.

amalhaj;
wanita anggun lagi ayu macam saya tak sesuai la pakai evo. evo tu idaman suami saya. saya pakai mpv biasa je. saya kat rosa pasadena. kalau datang, bgtau ye?

cerpelai;
saya pernah bela arnab. tapi tak sampai hati la nak makan. terbayang2 kecomelannya..

myQza said...

amboi ai.. ternak menternak.. maju kehidupan beliau.. :)

selamat bercuti

Anonymous said...

Kita lak suka menternak badan....
Dah jgn cakap bukan-bukan pasal nak naik cameron. Kang tak pasal2 kita berdua jadi tajuk paper. Nauzubillah....

Basuh Baju said...

ternak? haha

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.