Monday, November 9, 2009

kereta rosak, kursus & kes disiplin.


aku sampai dari langkawi pukul 12.35 tengah malam semalam. pagi tadi sebenarnya aku sangat mengantuk sebab tak cukup tido. bukan setakat sebab sampai lewat tapi sebab anak aku ajak main. dia rindu aku kot..
tapi oleh kerana aku kena gi kursus kat Jeram ari ni, aku gagahkan jugak diri aku ni gi keje. elok2 aku nak start keta, bateri kong plak. adoi..dah la aku dah lambat. tempat tu jauh lak tu. aku call urusetia, bgtau aku lambat.
dah sampai tu, masa aku tengah kursus, ramai lak yang tepon aku tanya itu ini. salah seorangnye ialah paie. dia suruh aku key in data kes disiplin yang baru. ada 4 pasangan merpati dua sejoli ditangkap dating kat kelas.
ni aku baru siap key in kes tu dalam SSDM (sistem salah laku disiplin murid). 4 pasangan tu suma student yang aku ajar. tapi aku bukan la ajar diorang dating. aku ajar diorang sains je.
sambil key in data tu, aku baca la pengakuan yang dibuat oleh pelajar tu. aku nak share dengan pengunjung2 disini.
pengakuan beliau: saya dengan pasangan saya berdua-duaan bersama pasangan2 yang lain. ketika itu kami bersembang-sembang. tujuan kami berjumpa untuk melepas rindu maklumlah nak cuti kan. kami ditangkap semasa dating pada pukul 12.40 tghr.

adoi..lucu betul. pandai lak melepas rindu. geli geleman cikgu baca.
satu lagi pengakuan yang lucu bagi aku.(memang tak matang betul la budak2 ni. tapi pandai lak main cinta): pada ...hari...di kelas ..., saya dan pasangan saya...telah berjumpa dengan tujuan ingin bertanya khabar dan mengambil duit.di samping itu. saya telah menolong pasangan saya mengemas buku untuk di bawa pulang kerumah. dan pasangan saya memberi saya hadiah sebagai tanda sayang.


aku tersenyum sorang2 membaca pengakuan2 budak yang dating ni. aku tengok masa aku ngajar budak2 yang kena tangkap ni punya la ganas2 mukanya. tapi tak sangka, disebalik keganasan rupa paras tu, terselit hati yang ada "bunga". hihihi.

fitrah manusia ingin dicintai. tapi kenapa la terlalu awal perasaan tu datang.

14 comments:

Nur Laila said...

salam wbt..
cikgu, rasa mau gelak golek2...
dak2 zmn skg..
zmn sy camtu gak..
alhamdulillah, terKECUALI..

Anonymous said...

budak2 sekarang jiwang x rock ler

p/s: apakah word verification aku ni... ROMEN... wakakaka

eelobor said...

best baca pengakuan buadak² tu, nti kalau ada yg lain plk jgn lupa post lg...hehehehe

ejal said...

wakakaka...lawak sungguh mendengarnya.Tp dulu rasanya masa sekolah ni kat jln bomba tak pernah la plak tgk ada geng couple2 ni..tp ntahler kot teman tak nampak..maklumla makcik teman pun cikgu kan..mana berani bt pasal..maunya kn pelangkung..ekekeke..

Cetusan said...

pelajar yang
ada kemajuan bila operasi lebihlagi, kemajuan perut..

amalhaj said...

balik dari kursus, anak ajak main? isk..isk.. intro yang baik. itu cintan student ngan student. ade student ngan cikgu maaaaa main cintan.......... yang best student tu laki, cikgu tuh pompuan...

Cetusan said...

Amalhaj.

itu cinta pucuk muda, ubah selera

qah qah pengalaman Amal

chemil ila said...

adoi la...jujur sungguh anak murid mu itu...hehehe...malu sy membacanya...hahaha

semutapi said...

cikgu,
berdasarkan pengalaman gua..muka yg nampak ganaz ni la yang cintan lebih... kunun rock tp cintan tahap santan basi meleleh...

pi cakap dgn depa macam tu..apa dia respon nnt..

asilahmuhajer said...

qah qah qah (tiru gelak zeqzeq,kena bagi kredit ni).

macam2 kan perangai mereka ni.

tapi ada betulnya kot cakap semut api ni. selalunya yang muka ganas + karat ni lebih diminati.

tak pasti la meminati atau diminati.

Anonymous said...

hauhauhuahuahau

selalunya nakal tu yg jiwang kak...kekekekekek

Cetusan said...

landing gaya Mamanya masa kecil

iDAN said...

Pengakuan jujur tu!,

Bila cinta sudah berbunga dia bukan kira usia.. kan?.

Alahai!.

akumohdrazmansuhairi.blogspot.com said...

ala aku rase cikgu dia pun macam tue dulu.huhuh

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.