Thursday, February 24, 2011

kreatif sungguh cikgu ini...

sebenarnya gambar ni aku ambil semasa mesyuarat di satu sekolah di Kuala Kubu Bharu. memandangkan aku tersampai awal untuk mesyuarat, aku pun round2 di sekitar sekolah tu sementara menunggu mesyuarat bermula.

aku lalu di depan satu bilik yang dinamakan bilik pendidikan seni. di sekolah aku, takde bilik camni. so, aku macam batak la sikit nak tgk dalamnya. tapi bilik tu berkunci, tak dapat masuk melawat.

tapi kat luar bilik ni ada hasil kreativiti warga sekolah tu dalam memanfaatkan barang2 terbuang. sila lihat gambar yang sempat aku snap.

kayu2 yang digantung ni adalah penyandar kerusi pelajar yang dah patah. penyandar ni dicantum2 untuk menghasilkan tempat menggantung hasil2 seni diorang. kat gambar ni mungkin tak jelas sangat apa yang digantung sbb aku ambik gambar ni sebab nak tiru. hehehe.

ni yang paling aku suka. tadi dia guna penyandar kerusi. sekarang ni dia guna plak kaki kerusi untuk buat hiasan pasu. pada mata aku, memang cantik la benda ni.

tahniah la kepada cikgu yang buat projek ni. korang memang superb la! tapi, kepada murid2 sekolah, korang jangan nak ngada2 lak rosakkan kerusi sekolah untuk buat benda2 ni. be creative in your own ways. gud luck!

3 comments:

Cetusan said...

Mana pic setipunya seGIMIKNYA
sesekali nak tengok Terbenar terbybk

jeBateja said...

uikk...mana aci tiru2....ahakz....buek dgn idea sendili laaa

iDAN said...

Saya pun jenis suka buat benda semacam ini maka itu semua barangan terbuang saya nampak ada nilainya... kesudahannya mmg asyik kena bambu; baik di ofis dulu mahu pun di rumah...

"Semua beda nak simpan sampai tak ruang pula jadinya"

Masalah juga ni...

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.