Sunday, February 27, 2011

Biasiswa Kena Tarik??

ini bukan tajuk berita tapi kes yang menarik gak la pada pandangan mata aku.

pada suatu hari dalam minggu lepas, pentadbir sekolah aku bising2. katanya ada penjaga yang mengadu kepada pegawai khas bagi ADUN kawasan aku ni tentang biasiswa anaknya kena tarik. untuk pengetahuan, pelajar itu sekarang berada dalam tingkatan 5. "Z" namanya.

bila bercakap pasal biasiswa kena tarik, itu satu kes yang hangat. untuk pengetahuan, bukan senang proses untuk menarik balik biasiswa yang dikenakan. kalau pihak sekolah nak tarik biasiswa pelajar atas kes disiplin, paling2 kena ada 3 laporan disiplin dgn rekod kaunseling baru boleh tarik. tapi selalunya jarang berlaku.

oleh kerana bos dah kecoh2 mana datangnya citer ni, maka "Z" pun dipanggil.. apakah jawapan "Z"???

cikgu: pengetua kata ayah awak mengadu biasiswa awak kena tarik?? tapi dalam rekod, sejak form 1 sampai sekarang biasiswa awak tak pernah kena tarik?? camne boleh timbul citer ni??

Z: cikgu, saya dgn kakak saya buat rancangan nak buat surprise kat mak sempena birthday dia. kakak suruh cakap yang biasiswa saya kena tarik.

cikgu: surprise?? awak tau tak yang sebab kejutan yang awak nak buat ni, ayah awak dah report kat Dato "N". tak pasal2 sekolah dapat malu.

Z: sob..sob...sob..

tak sangka lak aku, camni rupanya bentuk birthday surprise masa kini. takde ke idea lain yang tak menyusahkan orang lain.

penjaga dia pun satu hal. kalau ye pun tak puashati, cuba datang sekolah dulu tanya keadaan sebenar. ni tak, main report je kat orang atas. kadang2 hal camni la yang merosakkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa.

sehingga hari ini, aku belum dengar lagi penjaga itu memohon maaf kepada pihak sekolah. rasanya, pegawai khas ADUN tu pun tak dimaklumkan hal sebenar. maka, pihak sekolah la yang terus nampak bersalah.

"Z" pun akan berkata dalam hati .... ala cikgu ni, kan dah mintak maaf?? itu pun kecoh.

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...
power laa bebudak skrg ni...camtu cara wat suprise yee...huhuh
kelakar dan sian pn ade...
adoyaiii..apelaa bbdak ni...

iwanrizu91 said...

sabo je la cikgu..sape yg handle biasiswa student..cikgu norlia lg ke..

maam_zubair said...

siapakah gerangan pelajar itu....
lain kali buat la suprise yang kate kene buang sekolah..biar terus buang je...

ainShahajar said...

pulak dah
patotnya kene pergi sekolah dulu
kenapa bulat2 nak percaya cakap anak tu

adoiyai..
moga segalanya tamay dgn cara baik

asilahmuhajer said...

iwan: skrg cikgu supiah handle
jeber: namanya start dgn huruf Z. cari sendiri.
ain: belum tamat tp citer ni dah mula dilupakan. buang yg keruh amik yg jernih, ngeh3x..

iDAN said...

Cili mulut budak ni cikgu... hari ini buat surprise yg tidak-tidak! esok dah besar entah apa lagi benda surprise yang tak akal akan dilakukannya... ish!

eelobor said...

biasa lah tuh cikgu, ego ibu-bapa yang malu, maunya nak datang mohon maaf. bukan pinta sembah kaki apa pun. cuma sekadar bersikap matang, jangan dok melatah tak bertempat. paling benci orang yang menggunakan saluran politik untuk mengadu.

amalhaj said...

biasiswa? kan ker utk oghang semekin? kalo dah ader kek aghi jadi tuh kighe hebat ler.... oghang kaye pon idak buat kek aghi jadi.....

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.