Wednesday, March 31, 2010

WANG POS

dah lama sungguh aku tak update blog aku ni. sori la kepada

sesiapa yang singgah ke blog ni tapi asyik mengadap story2 yang lama. sesungguhnya aku takde masa nak mengadap blog ni walau aku hari2 online.

bulan mac ni memang banyak keje. pendaftaran SPM bermula 1 Mac hingga 31 Mac. so, hari2 online untuk masukkan data pelajar, membuat pembetulan maklumat dan sebagainya.

12 Mac plak, result SPM keluar. so, kerja2 pendaftaran stop kejap. layan result, buat analisis SPM dan keje2 post-SPM.

keje2 post-SPM ialah keje2 yang aku kena urus selepas result SPM keluar. antaranya menguruskan borang permohonan sijil LCCI pelajar. sijil LCCI ni diberi pada pelajar yang mengambil prinsip perakaunan. tapi terhad pada yang layak sahaja.

borang permohonan LCCI ni diberi berserta panduan mengisinya sekali. tapi banyak betul masalah yang aku hadapi sampai aku kena return balik pada empunya borang tu. so, kepada calon2 SPM 2010, kalau korang layak untuk LCCI tu nanti, masa isi borang tolong baca panduan betul2. jangan suka amik mudah ok?

satu perkara yang aku perasan ialah pasal penggunaan wang pos. ramai yang tak urus dengan betul. bila aku jumpa cik qil semalam, dia kata dia tak tau camne nak isi wang pos sebab tak pernah guna. baru aku sedar yang mungkin budak2 sekarang ni tak pernah jumpa wang pos kot.

so, kat sini aku nak citer sikit la pasal wang pos ni..

kat atas ni adalah contoh wang pos yang aku pinjam dari budak yang hantar borang LCCI. dekat ruangan "bayar kepada" tu, tulis la nama orang atau syarikat yang korang nak bagi duit tu. macam pelajar yang bagi kat aku ni, ada ke dia bagi aku wang pos kosong. takde nama. kalau aku jahat, boleh je aku tulis nama aku dan cash kan duit tu. nasib baik aku baik. moral of the story, jangan bagi wang pos kosong.

sebelah kiri tu ada keratan yang boleh diceraikan. contohnya seperti di bawah ini.

keratan ni pengirim kena ceraikan. ini bukti korang dah kirim wang pos ni dan bukti korang adalah pengirim wang ni. pelajar ni memang careless. dia bagi aku siap keratan ni sekali. adoi...

last sekali, kat bahagian belakang wang pos ni, isi la butiran mengenai pengirim wang pos tu. tengok..yang ni pun dia biar kosong. sape yang nak isi semua ni?? aku la...adoi. tu la aku cakap, kalau aku ni jahat, maunya aku isi pastu cashkan, masuk poket aku. hahaha.

bayangkan sorang bagi RM25. kalau 33 orang buat camni, bagi wang pos kosong? RM25x33 orang=RM825. huhuhu. makcik kayo!!

so, kepada calon SPM 2010, kalau korang teringin nak bagi cikgu korang ni kaya cepat, boleh la antar wang pos kosong camni. I like!!

19 comments:

myQza said...

sekarang kerja2 aku dah jarang guna wang pos.

selalu guna kiriman wang .

kiriman wang sesuai dgn amaun seperti contoh RM 234.56

wang pos angka genap.. :)RM 5, RM 10 RM 100

Q said...

hihihi..peace cg!sy tu yg x reti guna wang pos..hihihi..naik name cikqil..tq2x sbb tunjukkn smlm..sekurang-kurangnya sy da taw gune..kihkihkih...

fieza said...

huhuhu.. rindunye ngn ckgu asilah... ase nk g skolah jugaklah, nt name naek mcm cik qil..hehe..

eelobor said...

hehehe, makcik bila dah kaya nti, agih2 kanlah kekayaan pada mereka yang sepatutnya ok? jgn asyik masuk poket kaum kerabat jer....yang kaya bertambah kaya. hehe

amalhaj said...

assalamualaikum cikgu!
lame bebeno cikgu ilang maner pegi?skrang nih deme selalu gune cek ajer tulis berape ndak, kan gitu?

asilahmuhajer said...

sitedi;
betul, kiriman wang lebih bagus sebab nilai lebih tepat. kebetulan nilai yang dikehendaki ialah rm25. so, saya suggest pada pelajar supaya guna wang pos.

bukan apa, kalau nak suruh diorang ni wat wang pos, saya dapat bayangkan lebih banyak masalah akan timbul sebab diorang ni TAK NAK BACA PANDUAN BETUL2!

mesti nanti tanya tu, tanya ni sedangkan panduan yang diberi dah lengkap.hahaha..jahatnya aku.

asilahmuhajer said...

cik qil;
thanks ye sebab menyedarkan saya.

fieza;
rindu saya sebab saya jelita kan? hahaha. nak datang sekolah jangan pakai high heel guess tau. nanti heel patah. sekolah ni kan banyak tangga!

eelobor;
doakanla saya kaya atas usaha saya sendiri ye? bukan kaya sebab guna duit wang pos budak2. hahaha.

amalhaj;
sibuk giler la. keje banyak. pasni dah kembali seperti biasa kot.guna cek lagi senang. tapi budak sekolah takde buku cek kot. lain la kalau setaraf paris hilton ke..

fieza said...

hehehe.. ckgu lah yg pling jelita.. sbb tu saye rindu..
insyaallah mgu depan kami dtg skolah.. xde nye pkai high heel, pkai boot ckgu..hahaha..

ainShahajar said...

hahaha.. sepatotnye kne mudahkan lagi lah cara pemabayaran tu.

eh.. untuk prisip akaun je? adik saya dapat borang tu. budak sains. tp tak isi lah.

Zubair Mustafa said...

la post pasal wang pos ke...
smpai tutup...
xpe2 calon spm 2010 x kan menimbulkan sbrang masalah...

Cetusan said...

saya percaya cikgu, kalau nak rompak elok cari juta2, berbaloi. masuk TV pusing dunia, pusing penjara semuanya berbaloi..

asilahmuhajer said...

fieza;
kalau tak pakai boot, saya suruh awak jalan pakai kaki ayam tau. hahaha.

zubir;
kena tutup2, baru surprise!

ain;
rasanya itu antara cara termudah.
cara ada 3. wang pos, kiriman wang dan cek.

kiriman wang kena isi form. budak2 ni form yang asas pun salah2 isi. tak nak baca panduan. cek diorang takde.

kalau adik ain layak untul LCCI certificate tu, baik amik. especially kalau dia nak amik accounting.

zeqzeq;
tak pandai la nak rompak juta2. nak rompak ratus2 pun menggigil 10 tahun. hahaha.

iDAN said...

bukan bebeudak tu sahaja tak pandai buat segala tu; org macam sy ini pun lagilah tak reti; tambahan mata rabun lagi!..

samalah kes guna mesin di bank tu; sampai sekarang saya masih tak reti.. baru-baru ini minta tolong kerani di kaunter tu isikan borang segala itu baru nak masukkan cek ke mesin!..

abis tu dapat cek pun entah bila kurun sekali

Anonymous said...

aslmlkum, cikgu, nak tanya.. kalau kita guna wang pos ni..di ruang kad pengenalan tu, kad pengenalan penerima ye? kiranya dia la yang tulis ek?huhu..

Unknown said...

Assalamualaikum , saya nk tnya alamat penerima tu alamat sekolah sahaja atau ada lagi butiran yg lain untuk di isi selain alamat sekolah ?

Unknown said...

Ok

Unknown said...

Ada yang boleh tolong tak untuk alamat penerima tu?

Unknown said...

assalamualaikum... sya ad soalan yg urgent ni. sy nk dftar online guna wang pos and harga 15...so sya beli rm10&rm5. masalahnya dlm website tu mcm mna sya nk isi. plz anyone tolong sya

Cgnajib said...

Cikgu,saya nk tumpang tnya psl nk cashkan wang pos..ada tempoh ke utk cashkan(claim) wang pos.

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.