Wednesday, January 13, 2010

Form 5..

Gambar majalah dengan Exco ASPURI 2009

Minggu ni adalah minggu kedua persekolahan tahun 2010. minggu kedua ni aku dah rasa agak rileks sikit walaupun tak la rileks sangat. dari segi sesi pembelajaran, minggu kedua ni dah agak tersusun la sebab pelajar pun dah lupa mood cuti diorang. tak macam masa minggu pertama.
Sekarang ni, aku tengah menghadapi kerenah beberapa orang student yang bermasalah. bukan masalah apa sangat. masalah nak tukar kelas.
sempena tahun baru ni, pihak sekolah buat class streaming supaya pelajar dapat kelas mengikut prestasi masing2. so, bila pelajar setiap kelas tu ada prestasi yang sama, kita boleh arrange program akademik yang sesuai ikut level diorang.
bagi pelajar yang "turun" kelas (sebab prestasi rendah) , takde masalah sangat. diorang ni diam je mungkin sebab sedar diri kot. yang bermasalah sekarang adalah budak yang "naik" kelas. ada dua tiga orang yang jumpa aku nak mintak kelas asal semula sebab tak seronok kat kelas baru.
tiap2 tahun (sejak aku jadi penyelaras tingkatan 5), inilah masalah aku masa awal2 tahun camni. buat streaming salah. tak buat pun salah. bila buat, budak2 sibuk nak kelas lama. bila tak buat, parents bising sebab macam tak motivate anak diorang untuk meningkatkan prestasi. PIBG pun akan bising sebab susah nak arrange program akademik bila prestasi pelajar tak sama.
macam2 alasan yang pelajar2 ni buat untuk balik semula ke kelas asal. setakat 3 orang yang jumpa aku ni, 2 daripadanya aku consider dah settle sebab dah tak jumpa aku lagi. yang sorang ni je yang masih buat hal. buku sekolah pun tak nak bawak. aku dah refer pun pada kaunselor. harap2 minggu depan aku dah boleh buat keputusan.
masalah ni takdela besar sangat sebenarnya. cuma aku rasa tersepit untuk buat keputusan. kalau aku bagi dia tukar kelas asal, alamatnye lepas ni akan berduyun-duyunlah budak datang nak tukar gak. benda ni macam wabak. pastu cikgu2 plak akan bising cakap penyelaras tak tegas (benda ni pernah jadi masa orang lain pegang post ni dulu. so,sebolehnya aku tak nak sejarah berulang).
kalau aku tak bagi dia tukar, aku risau kalau prestasi dia drop lak. mesti aku rasa bersalah. harap2 sebelum bulan febuari ni masalah ni akan settle.

11 comments:

fieza said...

apelah dorg nie dah dpt kelas best pun nk tukar2...dok jela diam2 belajar...huhu.. ape kne ngn gmba tu ckgu?? dah merindui kami sume ker?hehe

Ajemi said...

ckp jer elok la tuka kelas dari tuka skolah...

eelobor said...

macam² ragam pelajar skrg....

asilahmuhajer said...

fieza;
tak tau nak letak gambar apa. pastu cikgu piah suruh letak gambar yang ada dia. anyway, thanks bg gambar tu ye?

azhmy;
kalau tukar sekolah lagi aku suka.

eelobor;
memang macam2 ragam. asyik nak ikut cakap dia je.

myQza said...

aduhai!

baru 2 minggu ni cikgu!

InsyaAllah..

amalhaj said...

assalamualaikum cikgu!
bile ngajor form 5 nih tandenyer cikgu memang hebat. prestasi spm ditangan cikgu. syabas & tahniah.

iDAN said...
This comment has been removed by the author.
iDAN said...
This comment has been removed by the author.
asilahmuhajer said...

amalhaj;
hebat ke ngajar form 5? sama je. keje cikgu tetap kena ngajar. saya mula ngajar form 5 sejak hari pertama di sekolah ni. takde apa yang hebat pun. masih seorang cikgu.

bagi saya,kalau masa form 1 tak diajar dengan baik, masa form 5 dapat cikgu yang turun dari langit pun tak guna juga. didikan mesti dari awal.

en. iDAn;
rindu betul nak tengok en.iDAN komen disini. saya memang tunggu dari semalam.
alangkah bertuahnya kalau semua penjaga bersikap sangat positif seperti en.IDAN.
mcm yang disebutkan, streaming class memang ada kebaikan dan keburukan. apa yang anak en.iDAN alami memang menarik. mereka sangat beruntung sebab ada ibu bapa seperti en.IDAN dan isteri.

tapi, situasi disiplin kat sekolah saya ni, kalau class streaming tak dilakukan, saya rasa sangat kesian dengan pelajar yang ok sebab pelajar yang kurang ok akan mengganngu pelajar yang ok. saya sebagai cikgu pun, akan bagi perhatian yang lebih pada pelajar yang kurang ok. jadi, pelajar yang ok ni, yang sepatutnya boleh pergi jauh, terpaksa tunggu.

alhamdulillah, solat hajat disekolah saya tak macam yang en.IDAn alami. semua bersolat sama2. takde pengasingan. insyaAllah takde unsur2 ego kat situ. dan alhamdulillah juga, saya tak nampak ensur ego dan berlagak pada pelajar kelas yang ok.

apapun, saya ucap banyak2 terima kasih kepada en.IDAN sebab memberi saya view dari seorang penjaga. pengalaman en.IDAN tentang orang2 ego bila dah kerja tu pun menarik. boleh la saya share kisah tu pada student2 saya. supaya tidak melakukan perkara yang sama.

thanks untuk semua komen.

iDAN said...

Class Streaming; atau pengasingan kelas bagi pelajar cemerlang. Memang ada baik ada buruknya.

Tapi dalam sudut pengajaran memang mudah sebab senang menunjuk ajar pelajar yang cemerlang tanpa gangguan pelajar lembab. Pun tak semesti di kelas yang lembab cikgunya juga lembab tak payah mengajar!. Begitu kan?.

Secara peribadi bagi saya yang telah berusia ini, jika sekolah biasa tak perlulah buat pengasingan ini. Nak pelajar baik usahakan masuk anak-anak ke MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain.

Jangka masa panjang saya perhatikan masalah moral sering timbul jika tidak terdidik dgn baik; pelajar yang ditempatkan di kelas cemerlang atau sekolah baik-baik ini ramai egonya tinggi bila memasuki alam berkerja.

Ramai kalangan mereka yang menjadi ketua atau VVIP di jabatan punyai masalah sebab terlalu muda duduk di kerusi bos semata-mata mengikut skala akedamiknya yang tinggi.

Ramai prof muda-muda punyai masalah perhubungan dengan pegawai bawahan sebab sejak di bangku sekolah lagi mereka ini sendiri dipuji & ditatang manja. Bila berkerja pastinya berbeda. Payah mereka bergaul dengan golongan rendah IQ sebab dah terbiasa bergaul dengan mereka yang bijak pandai belaka.

Semasa saya di St Michael Inst Ipoh; memang sekolah tersebut tak mahu pengasingan ini takutnya masalah bangga diri kalangan murid pun rasa terbiar pelajar yang kurang bijak. Directornya mahukan anak murid dilayan sama rata.

Baru beberapa tahun lalu, ramai kalangan ibu bapa kecewa amat bilamana sekolah sekitar Kajang ini; yang mengasingkan pelajar ini... sekadar membuat majlis doa selamat & sembahyang hajat bagi mereka yang di kelas lemah sahaja.

Termasuklah anak saya. Malu cikgu... terasa kita jadi ayah kpd anak yang bodoh!. Majlis agama begini pun mahu diasingkan. Saya katakan cikgu sekolah tersebut ego.

Orang pandai rupanya tak perlu berdoa & sembahyang hajat. Ada seorang ayah lantang mempertikaikan tindakan guru-guru di sek. ini. Pengetuanya seorang wanita menyanggah ego dengan keputusan mereka buat majlis sebegitu.

Tahu apa jadinya selepas PMR, ramai kalangan pelajar selemah anak saya layak ke MRSM pun sekolah asrama penuh yang baik-baik! lantaran mendapat keputusan cemerlang dalam PMR mereka. Yang pandai ramai juga yang tercicir.

Aziq anak saya memang dapat tawaran MRSM mulanya di Sabah terpaksa kami tolak jauh sangat; kemudian pengambilan kedua dapat tawatan di Penang tak dapat maklumat kpd kami ibu ayah. MRSM Penang pun satu hal; buat tawaran guna telefon bimbit Aziq sahaja, tak pakai surat. Aziq pula dah duduk di asrama Sek Teknik Gombak. Mana boleh bawa Telefon Bimbit.

Maknanya di sini tak semestinya dalam kelas terasing lemah pelajar itu tidak berjaya.

Samalah si Afiz anak sulung saya biar pun dia dari sekolah biasa bukan Sek Teknik; dia masih dapat ke Politeknik sebab dia pintar dalam Mathematik. Dapat A1 ketika SPMnya.

Sekarang Afiz sedang menghabiskan kajian Diploma Pemasaran. Dia sering mendapat Sijil Dekan di Politeknik dalam banyak kosnya.

Biar pun semasa di sekolah biasa dia di kelas murid tercorot.

Motivasi dari cikgu & ibu ayah itu yang amat penting. Semua manusia sebenarnya dilahirkan baik & pandai belaka jika kita rajin asuh-mengasuh mereka!.

Cetusan said...

murid bermasalah OK, tapi kalau guru bermasalah, tambah masalah

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.