lepas abis lab, aku tunggu la diorang ni kemas beg2 diorang. aku memang selalu tunggu sebab takut ada student yang tertinggal barang atau buku kat lab. sementara aku tunggu diorang bersiap balik tu, aku pun tgk la pemandangan pokok2 yang ada depan makmal tu.
depan makmal ni ada banyak pokok puding dan bunga raya. salah satunya pokok dalam gambar di bawah ni.
nampak macam biasa je kan? tapi aku tengok ada daun nye yang macam pelik sket. so, aku pun tengok dengan lebih dekat...
nampak tak? tak nampak? kita tengok lebih dekat lagi.
masa aku terjenguk2 kat pokok puding tu, murid2 aku ni dah pelik. agaknya diorang fikir aku lapar sangat kot sampai nak telan pokok2 tu. heheh. so, diorang pun join skali. bila tengok kat atas pokok puding tu ada siput babi, diorang plak yang terlebih excited. suma tak jadi nak balik. masing2 pegi tengok pokok2 lain plak yang ada kat situ. aku rasa dah jadi macam program mencari siput tersembunyi lak. adoi..
soalan paling cepu emas aku dapat dari student aku ialah " cikgu, siput tu tengah mengawan ke??". oleh kerana aku tengah blank dan blur, maka dengan selambanya aku jawab " saya tak tau la camne siput mengawan. orang mengawan saya tau la."
hahaha...kitorang pun gelak secara berjemaah. pastu aku pun halau budak2 tu gi surau. apa la, tengok siput pun sampai lupa kena solat zohor berjemaah kat surau.
9 comments:
lama x jumpa siput babi
comel je siput tu...hik..hikk...buat masak lemak sodap tu...
patutnya siput tu kena tangkap khalwat..
:)
sitedi;
lama tak jumpa siput babi?? mungkin kena makan dgn dak utih kot. hehehe.
jebateja;
comel? masak lemak? uish..tak leh. kena samak dulu. hehehe.
(jgn ikut nasihat tak elok ni)
semut api:
lama tak nampak? kena tangkap khalwatZ? tu la..tgh contact pejabat agama. diorang belum ada staf utk handle kes siput.
cg samtk mmg byk siput babi..
rindu sgt kat samtk..huhu..
assalamualaikum cikgu!
apa yang pasti itu bukannya cputsungai.blogspot.com.
cik qil;
rindu samtk ke rindu siput babi??
hahaha.
amalhaj;
macam kenal je nama blog tu? hahaha. memang takde kena mengena.
kacau betul..siput nak dating pun tak boleh.
haha.
Saya makan pucuk pudin tu, agaknya siput pun suka makan daun pudin tak?...
Di bandar payah jumpa siput babi. Sanggul siput selalulah!.
Post a Comment