Showing posts with label citer lawak. Show all posts
Showing posts with label citer lawak. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

DILARANG MEMOTONG

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Saturday, April 18, 2009

Idioms by Karam Singh Walia

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Wednesday, November 12, 2008

kisah penarik kereta..

ayu: abang cinta ayu tak?
arman:mestila cinta sgt. abg sanggup lakukan apa je utk ayu.
ayu: ok kalu amtu, hantaran kawin ayu nak mintak mercedes satu ye. ayu tak nak susahkan abg beli mcm2.
arman: abg blh beli keta tu kat ayu. tapi lps kawin, kita tinggal dgn parents ayu ye? jimat duit. pastu takyah beli apa2 dah. makan je kereta tu ok?

Thursday, November 6, 2008

citer lawak kat sinar harian hari ni...

suatu hari seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. bagi mengingati jasanya, keluarganya membina tugu peringatan berbentuk jantung.

sebulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. keluarganya turut membina tugu peringatan berbentuk mata.

selepas upacara pengebumian, semua orang berangkat pulang dan hanya tinggal seorang lelaki sahaja termenung disitu. rakan menghampirinya...

Kamal: sudahlah..yang pergi tetap pergi. usah dikenang lagi.
doktor : bakan itu..
kamal : habis tu??
doktor: saya risau apabila tiba saat saya dikebumikan pula nanti.
kamal: kenapa??
Doktor: saya seorang doktor sakit puan!
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.