Showing posts with label anakku. Show all posts
Showing posts with label anakku. Show all posts

Monday, February 21, 2011

adakah aku telah melahirkan seorang spiderman??

(gembira betul dgn blogger hari ni. cepat je upload gambar.)

gambar2 ni adalah koleksi gambar dalam phone aku. aku memang suka snap gambar bila anak aku ni buat aksi2 yang bukan2. pastu aku akan send ke nombor telefon suami aku. biar dia tengok apa anak dia buat.

bila aku amati gambar2 yang ada ni??? aku terfikir tajuk di atas. apa pendapat anda??

memanjat tingkap tapi gagal keluar..hehehe..

saya boleh melekap di dinding!! best kan??

Tuesday, April 27, 2010

birthday aizul 22/02

ngantuk betul aku rasa sekarang ni. sejak air-cond kat bilik guru ni di repair, suasana menjadi sangat sesuai untuk aktiviti mata. hahaha. tidur la tu. tapi mana boleh tido time ni. rosak imej aku.hehehe.

sebenarnya masa ni aku tengah tunggu waktu untuk usrah pelajar. terfikir2 entri apa nak buat.
teringat lak gambar yang aku amik masa besday anak aku. dah lama dah. 22 february.

bukan tradisi aku sebenarnya nak potong2 kek ni. lagipun anak aku ni bukan reti makan kek. dia suka makan mister potato je. tapi kebetulan masa tu adik beradik aku semua berkumpul kat umah mak kat kampung, so, abang kakak aku sibuk mintak kek. kebetulan aku lalu secret recipe, so, belila kek satu just untuk makan2 je.

inila keknya. aku sebenarnya tak minat bunga2 tu. tau2 orang kat secret recipe tu dah letak. maka aku redha je la.

aizul posing macam dia pandai potong kek. sebenarnya dia nak korek bunga tu. kat belakang, abang aku tengah tunggu turn nak mengabiskan kek tersebut.(dia tak baca blog aku ni. sebab tu aku berani cakap camni. hahaha)

aizul, hepi birthday yang ke 3. semoga jadi anak mama yang soleh. amin..

Thursday, October 1, 2009

Susun-menyusun



orang kata aku akan cepat kaya bila tengok anak aku suka main susun-susun ni.
mana tak cepat kaya, dia tak nak main permainan kanak-kanak. suka main dengan benda2 biasa yang ada kat sekeliling dia.

setakat ni, rekod dia boleh susun 4 botol. itupun sebab dia dah tak sampai. kalau dia tinggi lagi, mungkin dia boleh susun lebih banyak botol.

kalau gi beraya rumah orang, dia tak makan biskut raya. tapi dia gi susun bekas kuih kat rumah orang. adoi..

biskut raya aku tahun ni cepat habis bukan sebab di makan tapi sebab dah jadi serbuk. kenapa? bila bekas yang disusun tu jatuh, hancur la biskut di dalamnya.

suami aku kata, ada orang tua yang boleh baca tabiat kanak2 camni. agaknya apa ek?

Wednesday, September 2, 2009

Tingkatan 5 Jamaah 2004


Dua tiga menjak ni aku tengok ada beberapa orang student lama aku yang melawat blog ni. thanks ye sebab masih ingat lagi cikgu korang ni. aku amat menghargainya.

untuk azie dan ucu fafa, aku scan gambar kelas kita dulu. actually ada gak gambar masa kita buat jamuan kfc masa akhir tahun tu. tapi tak bawak lak masa ni. upload lain kali ok??

ini la batch sulung yang aku ajar di sekolah ni. ni la first time aku jadi guru kelas. tak tau la camne gaya aku jadi guru kelas time tu. syukurla budak2 ni ok. senang aku menjaganya. hehehe.

ada dua student dalam gambar ni yang dah berkahwin. tak silap dah ada anak pun. hmm..dah jadi "nenek" la aku.

kenapa jadi "nenek"?? ye la...diorang ni "anak" murid aku. so, anak diorang ialah cucu aku.

tiba2 aku terfikir..kenapa panggil anak murid?? bukan adik murid? aku dengan diorang ni beza 6 tahun je?hahaha...sendiri fikir, sendiri jawab.

Tuesday, August 11, 2009

kecik2 dah sakit kaki


tu la..sape suruh ligat sangat, kan dah sakit kaki!
nasib baik papa ada mesin urut kaki. boleh tumpang pinjam.
tapi camne ni? betis je dapat. tapak kaki tak dapat...
alahai si kecik ni..apa orang buat, suma dia nak tiru.

Monday, August 10, 2009

renang @ tido gaya bebas??

masa cuti H1N1 ari tu, keje aku ialah menjadi suri rumah sepenuh masa. nasib baik seminggu je. kalau tak, terpaksa la aku tukar title blog aku ni daripada teacher's life menjadi housewife's life.

anak aku yg tersangat aktif ni memang sangat suka berada dirumahnya. sebab..dia boleh buat apa je aksi dia suka. ye la..kat umah orang tak leh buat cenggitu sebab kena jada tatasusila. kalau tak, nnti bakal mertua tak suka. hehehe.

ada satu hari tu aku tgh sibuk2 wat keje, tiba2 aku rasa umah aku macam sunyi je. aik? pelik lak. mana si budak aktif tu pegi. dan aku pun gi jenguk. ini la aksi beliau. nak kata berenang, takde air. tapi gaya macam berenang.

so, kesimpulan yang aku buat, inilah yang dipanggil "BERENANG GAYA BEBAS DI SOFA".

Kepada mana2 orang Malaysia book of record tu, bolehla listkan anak aku ni sebagai pencipta rekod terbaru. barula sejuk perut aku mengandung. hehehe.

Monday, June 15, 2009

aku perlukan ruang berkarya!!!

aku rasa lepas ni aku kena sediakan peruntukan lebih untuk beli kertas lukisan sebabnye si kecik ni dah mula menconteng kawasan2 yg tak sepatutnye. bukan je drawing blok dah abis, perabot pun dah kena conteng. the worst part is, peha pun boleh dilukis.. alahai..

kegunaan lain washing machine

selama ni kita cuma tau yg washing machine digunakan untuk basuh baju dan keringkan baju je. tapi scientist-to-be yang telah aku lahirkan ni sangat creative. dia telah menjadikan washing machine tu lebih multipurpose. sila lihat gambar yg telah diupload untuk mengetahui apa kegunaan baru washing machine ini. hehehe..untuk berendam dan mandi..

Saturday, April 18, 2009

aizul & kereta

tgkla gaya si aizul yg excited giler naik keta yg lagi besar dari dia ni. siap melalak masa nak turun. harga keta ni rm600. mahal giler utk satu benda yg tidak boleh digunakan utk kehidupan seharian. kalau keta ni dia boleh guna utk gi sendiri umah pengasuh dia takpela. jam tu gak aku belikan..

Sunday, April 12, 2009

Arwah bapakku


Ini antara kenangan terakhir anak aku dgn arwah datuknye. tak sangka itu tahun terakhir raya dgn bapak aku ni. bapak aku meninggal 28/02/2008. bila fikir2 balik, byk benda yg tarikh macam sama. masa aku preggy dulu, my expectation due date ialah 28/02 gak. tak sangka tahun depannye bapak aku meninggal pada tarikh tu. aku sayang betul gambar ni. aku akan simpan, supaya anak aku dapat tgk..inilah gambar atuk dia.

Monday, March 30, 2009

aksi seorang jejaka pemalu dari masa depan

dulu2 aku rasa anak aku ni mcm putih (ikut maknye..hahaha). tapi kat gambar ni macam dah gelap sket. pastu pandai lak wat aksi mcm malu2. ntah bila ntah dia pandai posing cenggini..

Thursday, March 26, 2009

mandi2 di sungai kelah

lucu plak tgk si naqib senyum. bersungguh2 nampaknye. tapi masa ni sungai kelah belum ada tempat mandi yang sejuk tu. yang ada cuma yang panas je. tapi yg panas ni ada unsur2 perubatan sket. org kata kalau kita ada penyakit kulit, boleh try mandi kat situ. the water contains sulphur. so, yg mana rasa ada masalah kulit, bolehla cuba..

Friday, November 7, 2008

aizul masa baby
















anak-anak saudaraku


sorry gambar tak berapa jelas sangat.
masa ni baru belajar guna kamera digital.
ni masa majlis kawin aku.
sekarang ni budak2 ni pun dah besar.
dah tambah adik pun.
yang atas kerusi baju pink, nurin dayang gigi beso.
atas kerusi baju kuning, nabila nabola.
dpn nabila, naqib memey..
yang duduk bwh dua org tu, addin dan aisyah..

kat cherating




sukanye dia mandi laut....

aizul yang suka tgk ayam

budak kecik yang sorang ni pantang kalau nampak pintu reban ayam terbukak. mesti nak kejar ayam...
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.