Monday, September 28, 2009

Kertas Jawapan Objektif

hari ni, target aku ialah nak siapkan markah trial spm aritu.
paper 2 aku dah tanda. tinggal paper 1 je lagi.

paper 1 ni tak sampai 10 minit oleh siap semua kelas sebab tanda guna mesin. gambar yang aku upload ni adalah sample kertas jawapan objektif yang digunakan oleh calon.

bila aku tengok kertas ni, aku teringat masa aku sekolah2 dulu, aku selalu tolong abang aku tanda objective paper ni. masa tu mana ada mesin?

so, camne dia buat? kertas objektif tu dia lubangkan dengan ubat nyamuk. pastu kertas berlubang tu di padankan dengan kertas jawapan pelajar. pastu kira la satu-satu. berpinar gak mata bila nak kira banyak2.

beruntungnya la aku jadi cikgu zaman sekarang. kalau takde mesin tu, nampaknya kat umah aku sure ada stok ubat nyamuk. bukan untuk ubatkan nyamuk sakit, tapi utk lubangkan kertas objektif.

**hehe..pengetua baru lalu. dia tanya tengah watpe tu? aku senyum comel je la. ni nak kena gi SMK sungai burong ni. Dato' Noh nak bg hadiah kat budak2. cikgu tak dapat hadiah ke??

18 comments:

asparados said...

oit makcik...ni sedara ko ni...
sori xsempat beraya dgn ko..
pak ijan je yg sempat beraya dgn aku..


layan jgk ko dgn blog basuh baju ye..
hehehe

-Azfar Mindakon@Pak Dakir

asilahmuhajer said...

la..azfar ke?? camne sedara sekampung boleh jumpa kat blog ni??

hahaha. aku pun tak sempat gi umah kang dakir la. anak aku meragam. tak nak masuk umah orang.

aku cuma nampak farhan je aritu naik moto depan umah ko. makin kurus la dia. ko keje mana sekarang?

Cetusan said...

eeh cikgu pun nak hadiah kerr..hadiah duduk umah

qih iqhhhqihh

asilahmuhajer said...

hadiah dok umah?? meaning??

tadi dapatla hadiah buah2. esok la citer pasal buah2 tu suma.

Anonymous said...

salam raya..
tanda kertas sambil makan kuih raya meniarap atas bantal..pastu lena sebab kenyang.

:)

praktikal gak tu...

cerpelai said...

Kohkohkoh..
Memang tu laa caranya che'gu dulu-dulu tanda soalan objektif..

Sekarang dah pakai mesin ye? Gua pun baru je tau nih.. Edehh..!! Tak ikut perkembangan langsung gua nih..

myQza said...

aku lak dulu masa sekolah menengah .. tolong cikgu tanda kertas. ekekekeke

amalhaj said...

tak payah mesin, dulu ambik paku ketuk sampai habis ikut jawapan, 50, 100 senang aje. pastu perikse ikut lubang paku, 30 minit dah siap.

asilahmuhajer said...

semutzapi;
bahaya tu lena sambil tanda kertas. silap2 ada "peta" baru lak. hahaha.

mr. cerpelai;
saya pun kalau tak jadi cikgu, tak reti kot pasal mesin. tapi masa study dulu, selalu nampak pensyarah guna scanner tu utk tanda objektif. lagi canggih. letak je, 1 minit siap.

tedi;
anak murid contoh ni. mehla dtg sini. tlg kat sini lak.hehehe.

amalhaj;
betul la. dulu pernah gak tgk cikgu yang guna paku. bawah kertas tu diorg letak polistrin. kalau sekarang pakai paku lagi, huhuhu, nampaknya kat meja kena ada hammer satu.

sekarang pun saya ada hammer satu kat meja saya. bukan untuk tanda objektif tapi untuk ketuk ubat stapler yang melekat kat meja student. kalau tak ketuk, rosak baju bila kita round kelas tengok budak wat keje.

amalhaj said...

haiya! teman ingat nak ketok pale budak... huhuhuhuhu... hammer tu...
teman pulak atas meja tuh siap ngan tige batang rotan.......
tengok.... sape yang kene.....

asparados said...

aku keje kat mardi serdang..jaga latihan..mcm cikgu jgk..hahahah tapi cikgu utk org tua dan pokok..hahahahah

anak kalu meragam senang je..bagi kulit durian je kat belakang gere nye..hahahah pasti xmenghampakan..hahaha

asilahmuhajer said...

amalhaj;
bahaya tu ketok kepala budak. nanti masuk frontpage paper lak. hehehe.
rotan tu pun ada gak. masa gi ayer itam ari tu beli 10 batang. sekarang tinggal 3 sebab ada cikgu suka pinjam pastu ilang.

asilahmuhajer said...

wah..kerja mardi ek?? mak ko pun mardi gak kan?? bagus2.

ko jaga pokok apa? kot2 la aku nak pokok apa2 ke. boleh aku mintak kat ko. hahaha.

oo..pokok mango king depan umah ko tu dapat kat mardi la ek??

tak aci ni. kena bagi aku satu ni..

iDAN said...

Sdr Zed tu rajin amat kasi respon kat semua blog...

Sdr asparados... MARDI serdang... tu dekat amat dgn tempat kerja lama saya UPM... masa ada kantin kat MAHA tu rajin saya bersarapan di sana; kalau jam 11:00 pagi terus makan tengah hari... 79 & 80 saya kerja di MARDI tu...paling sedap gulai asam pedasnya; kantin tu dah pindah ke fasa 1 SS.

kalau terleka cikgu cucuh ubat nyamuk pasti terlopong besar.. emmm! kena teliti kerja tu kan?... macam manalah agaknya guna mesin itu iyer!

saya dedulu kalau tak dapat jawaban guna buah dadu sahaja. Pensil 2B tu pun boleh jadi buah dadu... golek saja... sebab itu tak pandai macam cikgu :)

fieza said...

ckgu2... science sy A...hehe..gmbirenye sy..

asilahmuhajer said...

iDAN;
dulu kerja kat UPM serdang ye? arwah pakcik saya pun dulu kat situ. bahagian hutan2. tak pasti nama sebenarnya bahagian tu apa.sekarang anaknya plak yang keje situ.

mesti sedap asam pedas tu kan? sampai dah berpindah tempat pun, peminat setia masih mengekori.

zeqzeq memang rajin bg respons. kat mana2 pun ada nama dia. hahaha.

objective machine tu kecik je. kita cuma kena siapkan key jawapan. pastu masukkan jawapan pelajar. kalau sempat, saya upload gambar mesin tu dan upload kat sini.

en iDAN ni merendah diri sangat orangnya. saya rasa, en iDAN ni bukan cikgu tapi lebih baik dari cikgu. macam orang kata, padi makin tunduk makin berisi :)

asilahmuhajer said...

fieza;
tahniah dapat A. syukurla tahun ni soalan agak mudah. kelas dal pun ramai yang semakin menyinar :)

Qemek said...

salam. nak tanya beli mesin pengimbas objektif kt ne? mcm berminat nak beli.

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.