Monday, December 20, 2010

keboringan....

tengok title pun tau yang aku sekarang ni tgh bengong. tu yang boleh combine bahasa melayu dgn english tu.

nak bukak blog org slow, nak komen post org asyik sangkut je, nak post kat blog sendiri pun asyik tak jadi. harap2 jadi la kali ni... doakan..

Wednesday, October 13, 2010

aku dan encik posmen



dah lama sungguh aku tak update blog ni. banyak cerita yang berlaku sebenarnya tapi internet line macam tak menyebelahi aku. line slow la, tak leh nak sign in la, upload gambar tak masuk2 la. so, aku memang malas nak tunggu.
hari ni internet macam sayang kat aku. boleh la bukak. mungkin dia nak bagi aku share citer ngarut aku ni.
semalam aku balik cepat. 2.30ptg aku dah ada kat umah sebab tukar turn jaga anak dgn suami aku. anak demam..
masa tgh makan tu, dgr bunyi motor depan umah. posmen rupanya. " akak, ada surat kena sign!" aku pun kuar..

bukan basikal ni yang dia naik. kan aku dah cakap naik motor tadi. hahaha.

yang ni pun bukan gambar aku dgn posmen tu. kan aku dah cakap tadi, dia naik motor. yang ada kat gambar ni van ye..

pempuan dalam gambar di atas mustahil la gambar aku. aku tak la se"slim" dan secerah tu. ini ayat merendah diri namanye..

masa aku nak sign surat tu, aku pandang muka posmen tu. alamak, hensemnya.. rasa macam nak hantar surat kat diri sendiri plak sebab boleh aku tgk dia hari2. nasib baik sedar diri..hahaha.

dia tanya," akak baru pindah sini?? dulu dok mana?? kenapa pindah sini??" peramah plak posmen ni. sampai aku lupa nak tulis no ic kat tempat aku sign tu. apsal la poyo sangat diri aku masa tu.

muda2 posmen sekarang ni. posmen yang selalu hantar surat kat umah mak aku tu, tua2 lak? tiba2 aku terfikir, adakah posmen yang dihantar tu ikut usia tuan rumah?? hahaha...

Sunday, August 15, 2010

Pulau Pendidikan, Tasik Banding

16 sampai 18 julai lepas aku gi pulau pendidikan yang terletak di tengah2 tasik banding kat grik. kali ni kami, warden2 mengiringi exco2 asrama samtk.

ni tgh naik bot nak gi pulau tu.

aku tgh agih2 makanan pada kanak-kanak orang asli.

nanti aku edit lagi. ni yang nyampah bukak blog ni. mesti ada keje lain kacau. aku terpaksa buat keje dulu. bye!

Wednesday, May 26, 2010

sekitar hari guru SAMTK 2010

tak sempat nak update blog sangat sekarang ni. kerja menimbun macam gunung everest. entah bila nak abis. tu yang aku jadi pelik bila orang kata jadi cikgu ni keje paling lepak. nak je aku tau cikgu mana yang macam tu. aku nak mintak pindah sekolah situ. hehehe.

so, di kesempatan yang ada ni aku nak share sedikit gambar masa sambutan hari guru di sekolah aku. tak sempat nak upload banyak2.

ni gambar perlawanan bola jaring antara cikgu2 lama dan cikgu2 praktikal. cikgu2 praktikal ni main lemah lembut gila. memang penuh dengan sifat2 kewanitaan. sebab tu kalah dengan team aku 7-1.

alamak..sampai aku dah abis taip pun gambar masih belum dapat di upload. aku chow dulu la. rabu depan ( lepas abis kursus kat maran) harap2 dapat update blog dengan story pasal maran. by!

Thursday, May 13, 2010

menuai padi

post aku kali ni langsung tak berkaitan dengan kerja aku sebagai guru. masa aku gi umah mak aku selasa lepas, mak aku suruh antar dia gi sawah.

actually masa ni musim menuai dah lepas. tujuan kitorang datang ke sawah ni adalah untuk memotong padi2 yang tak dituai oleh mesin untuk bagi ayam kat umah mak aku makan.

kat umah mak aku tu ada banyak bela ayam kampung. sesapa berminat nak beli, boleh contact aku. hahaha.

gambar2 di bawah diambil oleh adik aku menggunakan handset canggih beliau (ni ayat dia ni).

ni ialah padi yang tak dituai oleh mesin sebab dia tumbuh kat tepi sangat. macam kita punya printer la. tak masuk margin gitu. adik aku ni, gambar camni pun dia amik.

ni gambar mula2 dia amik. masih memakai baju kerja (ye la..masa ni baru balik sekolah). makcik aku cakap, aku gi sawah macam nak gi kl. baju tak sesuai. hahaha. kat belakang, sebelah kiri nampak tak bumbung umah? itu umah pusaka mak aku. sesapa nak rasa dok umah kat tengah2 sawah, boleh datang. umah tu kosong.aku lepak situ time boring2 je.


memotong padi sambil senyum gembira la konon.nampak tak laluan mesin kat tepi tu?? apa la mesin tu, ketepi la sikit lagi. boleh tuai sekali padi yang banyak2 depan aku tu..

adik aku suruh pose sikit. bila senyum memang tembam. hahaha.

27 mei sampai 31 mei ni aku akan kursus BTN kat Maran, Pahang. harap2 lepas kursus tu, aku berjaya menurunkan beberapa kilo. hihihi. kawan aku cakap, kat kursus tu tiap2 hari lari 2 km. wish me luck ye? lepas lulus kursus tu, boleh la gaji aku naik lagi..amin..



Monday, May 10, 2010

Komen Yang Aku Suka

komen ni aku amik dari blog mazidul akmal yang aku baru visit tadi. ada beberapa komen yang aku suka. antaranya yang ini.

antara rotan atau tak rotan, antara tembak tak tembak, yang pasti remaja zaman sekarang bukan lagi macam remaja zaman dulu.

apa peranan kita ye? tengok saja atau do something?

Tuesday, April 27, 2010

birthday aizul 22/02

ngantuk betul aku rasa sekarang ni. sejak air-cond kat bilik guru ni di repair, suasana menjadi sangat sesuai untuk aktiviti mata. hahaha. tidur la tu. tapi mana boleh tido time ni. rosak imej aku.hehehe.

sebenarnya masa ni aku tengah tunggu waktu untuk usrah pelajar. terfikir2 entri apa nak buat.
teringat lak gambar yang aku amik masa besday anak aku. dah lama dah. 22 february.

bukan tradisi aku sebenarnya nak potong2 kek ni. lagipun anak aku ni bukan reti makan kek. dia suka makan mister potato je. tapi kebetulan masa tu adik beradik aku semua berkumpul kat umah mak kat kampung, so, abang kakak aku sibuk mintak kek. kebetulan aku lalu secret recipe, so, belila kek satu just untuk makan2 je.

inila keknya. aku sebenarnya tak minat bunga2 tu. tau2 orang kat secret recipe tu dah letak. maka aku redha je la.

aizul posing macam dia pandai potong kek. sebenarnya dia nak korek bunga tu. kat belakang, abang aku tengah tunggu turn nak mengabiskan kek tersebut.(dia tak baca blog aku ni. sebab tu aku berani cakap camni. hahaha)

aizul, hepi birthday yang ke 3. semoga jadi anak mama yang soleh. amin..
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.