Tuesday, February 22, 2011

100 kisah kehidupan

minggu ni adalah minggu ujian untuk pelajar2 sekolah aku. cikgu tak mengajar minggu ni tapi kena jaga exam. bagi aku, mengajar lebih best dari menjaga exam sebab menjaga exam ni akan menyebabkan mata aku macam digam-gam dengan gam gajah!

salah satu cara untuk mengelakkan "gam" tu menutup mata aku, aku akan membaca buku. buku yang aku pilih kali ni bertajuk 100 kisah kehidupan. karya Zakaria Sungib. meminjam ayat dari kulit buku ni, ianya mengandungi 100 kisah benar yang menyentuh, membelai dan menjernihkan jiwa.

mengikut kata penulis buku ni, dia dapat inspirasi menghasilkan buku ni dari buku Chicken Soup For The Soul. setakat yang aku baca, memang banyak kisah yang menginsafkan. Kisah benar tau.

bila membaca, aku suka highlight ayat2 yang best. antara yang menyentuh hati aku:

" percaya dan yakin kepada hukum Qadak dan Qadar Allah mesti jadi pegangan. supaya dgn itu, kita tidak berasa kecewa, marah, benci atau putus asa. supaya dengan itu, kita mengetahui alangkah mahalnya harga sebuah sabar dan redha kerana di dalamya ada pahala dan ganjaran mahal dari Allah SWT"

best kan maksud kata2 ni. renung2kan dan selamat beramal!! hihihi..

Monday, February 21, 2011

adakah aku telah melahirkan seorang spiderman??

(gembira betul dgn blogger hari ni. cepat je upload gambar.)

gambar2 ni adalah koleksi gambar dalam phone aku. aku memang suka snap gambar bila anak aku ni buat aksi2 yang bukan2. pastu aku akan send ke nombor telefon suami aku. biar dia tengok apa anak dia buat.

bila aku amati gambar2 yang ada ni??? aku terfikir tajuk di atas. apa pendapat anda??

memanjat tingkap tapi gagal keluar..hehehe..

saya boleh melekap di dinding!! best kan??

Thursday, February 17, 2011

preparation sempena mesyuarat agung PIBG 2011

setelah nak dekat sejam aku upload gambar, akhirnya berjaya gak. ni pun kuatkan hati je menunggu. kalau kesabaran sudah ilang, post ini akan publish tanpa gambar. hehehe.

mesyuarat agung PIBG tahun ni dah selamat diadakan pada 12 Febuari yang lepas. tahun ni aku dapat portfolio dewan. senang citer, kejenya menyiapkan susunan dan hiasan untuk dewan.

ketua unit ini, ustaz Idris Bohari. dia ni jenis simple orangnye. dia kata, kita bahagi kerja. lelaki buat keje berat. angkat kerusi, susun kerusi. yang perempuan, settlekan hiasan dewan. so, aku and the gang terpaksa la memandaikan diri kitorang dalam bab-bab menghias ni.



di atas ini adalalah gambar aku tgh menghiassalah satu jambangan bunga untuk depan pentas. muka berkilat giler sebab baru balik dari ladang sawit, cari daun paku pakis yang ada atas lantai tu. maklumla, budget sikit, kenala kreatif.

kwn aku kata, snap sekali lagi. maka aku pun posing la lagi...macam minah bunga lak..


yang ni plak team menghias dewan. diorang ni penat giler sbb terpaksa angkat dua set sofa. mula2 pakai set yang jati. pastu bos suruh tukar lak. dia nak yang sofa kat atas tu. nasib baik ada student tolong.. pastu kena lak letak napkin kat air mineral utk vip . hmm..layan je la..
apa2 pun, team kerja dewan ni memang best. bos, boleh tak kekalkan kami utk tahun depan?? hahaha.

my facebook account.

tersangatlah lamanya blog ini tidak di update. selain kesibukan dan masalah teknikal (slow giler nak bukak), aku juga sibuk dgn fb. please feel free to add me. id aku Asilah Muhajer.

tapi aku rasa FB pun kurang bagi kepuasan kat aku sebab aku tak boleh nak membebel banyak kat situ. sedangkan banyak benda yang aku nak ceritakan.

so, aku rasa blog lebih menarik. lagipun aku rindu dengan suma kawan2 alam maya yang aku kenali di blog ini. aku suka membaca buah fikiran mereka. rasa sangat original idea2 mereka ni.

betul la kata sesetengah orang. setiap benda tu dijadikan untuk fungsi yang berbeza. fb lain. blog lain.

so, selamat berjumpa kembali kawan-kawan :)

Monday, December 20, 2010

keboringan....

tengok title pun tau yang aku sekarang ni tgh bengong. tu yang boleh combine bahasa melayu dgn english tu.

nak bukak blog org slow, nak komen post org asyik sangkut je, nak post kat blog sendiri pun asyik tak jadi. harap2 jadi la kali ni... doakan..

Wednesday, October 13, 2010

aku dan encik posmen



dah lama sungguh aku tak update blog ni. banyak cerita yang berlaku sebenarnya tapi internet line macam tak menyebelahi aku. line slow la, tak leh nak sign in la, upload gambar tak masuk2 la. so, aku memang malas nak tunggu.
hari ni internet macam sayang kat aku. boleh la bukak. mungkin dia nak bagi aku share citer ngarut aku ni.
semalam aku balik cepat. 2.30ptg aku dah ada kat umah sebab tukar turn jaga anak dgn suami aku. anak demam..
masa tgh makan tu, dgr bunyi motor depan umah. posmen rupanya. " akak, ada surat kena sign!" aku pun kuar..

bukan basikal ni yang dia naik. kan aku dah cakap naik motor tadi. hahaha.

yang ni pun bukan gambar aku dgn posmen tu. kan aku dah cakap tadi, dia naik motor. yang ada kat gambar ni van ye..

pempuan dalam gambar di atas mustahil la gambar aku. aku tak la se"slim" dan secerah tu. ini ayat merendah diri namanye..

masa aku nak sign surat tu, aku pandang muka posmen tu. alamak, hensemnya.. rasa macam nak hantar surat kat diri sendiri plak sebab boleh aku tgk dia hari2. nasib baik sedar diri..hahaha.

dia tanya," akak baru pindah sini?? dulu dok mana?? kenapa pindah sini??" peramah plak posmen ni. sampai aku lupa nak tulis no ic kat tempat aku sign tu. apsal la poyo sangat diri aku masa tu.

muda2 posmen sekarang ni. posmen yang selalu hantar surat kat umah mak aku tu, tua2 lak? tiba2 aku terfikir, adakah posmen yang dihantar tu ikut usia tuan rumah?? hahaha...

Sunday, August 15, 2010

Pulau Pendidikan, Tasik Banding

16 sampai 18 julai lepas aku gi pulau pendidikan yang terletak di tengah2 tasik banding kat grik. kali ni kami, warden2 mengiringi exco2 asrama samtk.

ni tgh naik bot nak gi pulau tu.

aku tgh agih2 makanan pada kanak-kanak orang asli.

nanti aku edit lagi. ni yang nyampah bukak blog ni. mesti ada keje lain kacau. aku terpaksa buat keje dulu. bye!

Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.