Monday, April 19, 2010

Nak Pakai Apa Ye??

hari ni sekolah aku bercuti sebab semalam (ahad) sekolah aku ada hari penyampaian hadiah. tapi aku duty asrama hari ni. jadi cuti2 pun terpaksa gak gi sekolah.

apa yang aku nak kongsi di sini ialah satu perkara yang berlaku semalam. tentang pakaian menghadiri majlis rasmi ataupun ke tempat2 yang rasmi.

aku tak taula apa sebenarnya masalah yang berlaku. tak reti atau buat2 tak reti.
untuk pelajar2 tahun ini dan tahun2 akan datang, tolong ambil perhatian untuk perkara ini.

bab berpakaian ni memang tak di ajar secara formal di kelas. zaman aku sekolah dulu pun takde diajar. tapi perkara ni korang boleh belajar sendiri berdasarkan pemerhatian korang terhadap apa yang berlaku di sekeliling korang. sometimes, sesetengah program dah bagitau siap2 apa yang korang kena pakai. tapi ada gak yang suka langgar guideline yang diberi.

contohnya semalam. dah tau nak gi majlis amik hadiah, ada YB lak tu, pakaila pakaian yang sesuai. lelaki, kemeja dengan slack atau berbaju melayu. yang perempuan, berbaju kurung.

tengok ni, budak kecik pun tau pakai kemeja. jangan la dah elok2 pakai kemeja, pakai lak yang bawah ni..jeans.

kalau korang bukan berbangsa melayu, alternatif yang ada adalah seperti di bawah ni. hehehe.

macam yang aku dah sebut tadi, bab2 berpakaian ni memang tak diajar secara formal dalam kelas. so, kita kena alert dengan majlis yang kita nak gi.

aku pun tak tau kenapa ada sebahagian budak zaman sekarang ni kurang alert dengan benda2 camni. macam semalam, budak2 yang datang dengan seluar jeans kitorang terpaksa arahkan supaya tukar seluar sebab kalau pengetua nampak, mesti "maut" kitorang. pelik, sedangkan dalam surat jemputan dah bagi garis panduan pakaian.

nasihat aku, walau branded mana pun baju korang and jeans korang, bila masuk kawasan sekolah, pakai la pakaian yang sesuai. kalau datang untuk majlis2 rasmi, berkemeja + seluar slack. kalau nak masuk pejabat, kalau rasa berkemeja terlalu formal, boleh pakai t-shirt berkolar. jangan tshirt kolar bulat.

tapi kalau acara sukan, jangan plak korang berbaju kurung, berbaju melayu atau berkemeja. nanti orang kata mat belia mana yang sesat ni! kan aku dah cakap tadi, tengok la keadaan.

samala macam kita nak gi pasar malam. takkan nak pakai kemeja, seluar slack siap tuck-in lagi. nak gi temuduga pun kena rasmi gak, ok?

selamat mengikut etika berpakaian..

Friday, April 16, 2010

hadiah, laptop dan budak sekolah

sekarang pukul 3.15 petang. aku baru je bangun selepas terlelap atas lantai simen atas bilik guru ni. hahaha. buruk betul perangai aku. atas lantai pun boleh tertido. tapi malu sangat rasanya sebab masa aku bukak mata tu, cikgu said betul2 depan aku. ahh..buat muka seposen je la. dah penat & ngantuk. nak wat camne?

hari ni sekolah sibuk dengan persiapan hari kecemerlangan pelajar atau nama senangnya, hari penyampaian hadiah. sebagai ketua unit hadiah, aku memang agak sibuk la. ye la, kalau orang lain ada tapi hadiah takde, maunye majlis kena cancel! so, raptai tadi, aku sibuk memantau proses memindahkan hadiah ke dalam dewan, memantau anak buah aku menyusun pelajar yang terima hadiah, mengajar penerima hadiah supaya ikut protokol masa amik hadiah dan macam2 lagi. penat gak berlari kesana sini. rasa turun 5kg ni! bestnye..

hari kecemerlangan tahun ni melibatkan 181 buah hadiah dan 140 orang penerima. statistik tak rasmi. hehehe. tapi pelik sket budak2 ni. yang tak dapat hadiah sibuk nak datang majlis ahad ni. yang dapat hadiah plak sibuk tanya boleh tak kalau tak datang?

dalam kesempitan waktu ni, aku sempat gak curik2 online dengan blog ni. dah lama tak bukak ni. ramai yang dah boring tengok asyik citer wang pos je. siap kena tegur dengan seorang member masa aku kursus kat shah alam rabu lepas. hehehe. ni dah update yea!

tadi aku terbaca kisah laptop anak en.iDAN yang hilang. teringat lak aku pada perkara yang diutarakan masa meeting warden asrama semalam. kisah budak tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang bawak laptop ke sekolah. to be spesific, ke asrama.

gambar aku (tudung merah) dengan warden2 dan exco aspuri 2006

buat pengetahuan, laptop adalah barangan larangan ke sekolah dan asrama. nak dijadikan cerita masa meeting tu, ketua warden menyatakan yang dia telah menangkap dua orang pelajar membawa laptop ke sekolah.

kes pertama, seorang pelajar lelaki tingkatan 5. bila ditanya alasan kenapa bawa laptop ke sekolah, dia jawab "SAYA BAWAK LAPTOP NI SEBAB USTAZAH NAK PINJAM." semua warden kat meeting tu gelak. alahai..cikgu mana la yang gaji tak cukup ni sampai laptop pun nak pinjam kat student. hahaha. rasanya semua guru ada laptop sendiri. kalau ye pun nak cover kesalahan, cari la alasan lain yang logik sket.

kes yang kedua plak, pelajar perempuan tingkatan 3. alasan dia, " DALAM BUKU PERATURAN SEKOLAH, TAKDE PUN CAKAP TAK LEH BAWAK LAPTOP?". sape kata takde? ada la... sila rujuk kod kesalahan 336 ye? laptop tu termasuk dalam barang2 elektronik.

bila aku fikir2 balik, loaded2 betul pelajar sekarang. kebanyakan dah ada laptop sendiri. siap boleh bawak gi sekolah lak tu! jangan sampai bawak broadband sekali sudah. alamat tak tido la diorang.

buat pengetahuan pelajar2, setahu aku tak banyak tugas yang diberikan meminta korang menggunakan komputer. kalau ada pun, pelajar2 diberikan masa untuk membuatnya semasa cuti balik kampung setiap dua minggu.

selain tu, pelajar2 juga kena ingat, bila bawak barang2 yang camtu, sape yang akan bertanggung jawab sekiranya apa2 berlaku? lu fikirla sendiri...kata nabil.



Wednesday, March 31, 2010

WANG POS

dah lama sungguh aku tak update blog aku ni. sori la kepada

sesiapa yang singgah ke blog ni tapi asyik mengadap story2 yang lama. sesungguhnya aku takde masa nak mengadap blog ni walau aku hari2 online.

bulan mac ni memang banyak keje. pendaftaran SPM bermula 1 Mac hingga 31 Mac. so, hari2 online untuk masukkan data pelajar, membuat pembetulan maklumat dan sebagainya.

12 Mac plak, result SPM keluar. so, kerja2 pendaftaran stop kejap. layan result, buat analisis SPM dan keje2 post-SPM.

keje2 post-SPM ialah keje2 yang aku kena urus selepas result SPM keluar. antaranya menguruskan borang permohonan sijil LCCI pelajar. sijil LCCI ni diberi pada pelajar yang mengambil prinsip perakaunan. tapi terhad pada yang layak sahaja.

borang permohonan LCCI ni diberi berserta panduan mengisinya sekali. tapi banyak betul masalah yang aku hadapi sampai aku kena return balik pada empunya borang tu. so, kepada calon2 SPM 2010, kalau korang layak untuk LCCI tu nanti, masa isi borang tolong baca panduan betul2. jangan suka amik mudah ok?

satu perkara yang aku perasan ialah pasal penggunaan wang pos. ramai yang tak urus dengan betul. bila aku jumpa cik qil semalam, dia kata dia tak tau camne nak isi wang pos sebab tak pernah guna. baru aku sedar yang mungkin budak2 sekarang ni tak pernah jumpa wang pos kot.

so, kat sini aku nak citer sikit la pasal wang pos ni..

kat atas ni adalah contoh wang pos yang aku pinjam dari budak yang hantar borang LCCI. dekat ruangan "bayar kepada" tu, tulis la nama orang atau syarikat yang korang nak bagi duit tu. macam pelajar yang bagi kat aku ni, ada ke dia bagi aku wang pos kosong. takde nama. kalau aku jahat, boleh je aku tulis nama aku dan cash kan duit tu. nasib baik aku baik. moral of the story, jangan bagi wang pos kosong.

sebelah kiri tu ada keratan yang boleh diceraikan. contohnya seperti di bawah ini.

keratan ni pengirim kena ceraikan. ini bukti korang dah kirim wang pos ni dan bukti korang adalah pengirim wang ni. pelajar ni memang careless. dia bagi aku siap keratan ni sekali. adoi...

last sekali, kat bahagian belakang wang pos ni, isi la butiran mengenai pengirim wang pos tu. tengok..yang ni pun dia biar kosong. sape yang nak isi semua ni?? aku la...adoi. tu la aku cakap, kalau aku ni jahat, maunya aku isi pastu cashkan, masuk poket aku. hahaha.

bayangkan sorang bagi RM25. kalau 33 orang buat camni, bagi wang pos kosong? RM25x33 orang=RM825. huhuhu. makcik kayo!!

so, kepada calon SPM 2010, kalau korang teringin nak bagi cikgu korang ni kaya cepat, boleh la antar wang pos kosong camni. I like!!

Wednesday, March 3, 2010

busy, boring atau apa?

minggu ni agak busy bagi aku.

walau busy, aku sempat lagi bukak blog sendiri dan tengok blog2 yang aku follow.

tapi ntah kenapa rasa bosan yang amat sangat (bukan aku kata blog orang lain membosankan tau!).

aku gi blog orang, baca dan keluar tanpa meninggalkan komen.

aku sendiri ada banyak citer yang nak dikongsi tapi tak tau kenapa, malas betul nak buat post baru walau dalam hati ada keinginan nak update.

maka ini je la yang aku boleh buat.

adakah ke"busy"an aku menyebabkan aku jadi bosan dengan semua perkara??

Wednesday, February 24, 2010

classification

hari ni perjumpaan persatuan sains kali ke-4. aktiviti hari ni ada dua. explorace untuk tingkatan 3, 4, 5. untuk form 1 & 2, aku suruh student collect daun kering pastu asingkan ikut jenis urat daun. parallel vein atau network vein.

meh la tengok aksi anak2 kecil aku ni buat aktiviti. ( tak sempat ambik gambar untuk explorace. cikgu lain handle)

nampak macam landak tapi sebenarnya daun pinang yang batangnya merah tu.

macam susun duit nak wat gubahan hantaran kawin pun ada.

mula2 gelak2. bila nampak aku nak amik gambar, jadi malu2 plak

khusyuk betul menulis. sampai nak cium meja.
sebenarnya banyak lagi hasil kerja yang menarik. cuma tak sempat nak amik gambar. sibuk bergerak ke sana ke mari. makin nak habis masa, makin banyak lak daun kering yang dikumpul. seronok la makcik tukang sapu sebab tak yah sapu daun kering hari ni. hehehe.
**KU sekolah aku suruh aku sebut nama dia dalam blog ni. so, aku tunaikan la permintaan dia.
wahai bloggger2 sekalian, KU sekolah aku nama glamernya jeber. hahaha.



Monday, February 22, 2010

VANDALISM

Entri aku sebelum ini tentang "bahasa sms" mendapat banyak reaksi daripada anak murid dan bekas anak murid aku. disamping tu, ada gak yang bagi maklumat konon-kononnya ada student yang kutuk sekolah dalam blog mereka. tapi, aku belum jumpa lagi la blog2 seperti itu.
kenapa mesti kutuk sekolah sendiri? itu kan tempat menimba ilmu. aku pun tak dapat nak pastikan aspek apa yang menjadi bahan kutukan diorang tu. kutuk pasal sekolah ke, atau kutuk pasal cikgu ke, aku teringin nak tau. bukannya nak tau sebab nak balas dendam. tapi untuk buat penambah baikan untuk kelemahan yang ada.
tadi aku jaga exam di kelas 4 jamaah. apa yang aku jumpa? sila lihat gambar di bawah.

ini ialah muka depan sebuah novel yang aku jumpa. tajuk asalnya ialah "bunga". tapi dah berubah jadi " bila bunga di petik betik". gambar muka depan ni pun dah di conteng2. takde kerja kot budak2 ni. mula2 aku ingat itu buku diorang. aku pun selak muka sebelah dalam.

bila selak sebelah dalam. aku bertambah terkejut sebab dalamnya ada cop pusat sumber sekolah. ya Allah..buku hak milik sekolah pun jadi camni? melampau betul rasanya. siap ada perkataan "bodo" lagi. kalau ye pun nak bergurau senda, janganla buat ke atas harta sekolah.

bila aku serah buku ni selepas aku scan tadi pada guru pusat sumber, mengucap panjang dia. nasib baik dia tak bersalin terus. maklumla, dia tengah mengandung. dia pun nampak kecewa sangat melihat keadaan buku tu.

bila aku kaitkan keadaan buku tu dengan kes pelajar yang kutuk sekolah tu, aku rasa sedih sangat. kenapa la pelajar yang kita didik dan kita disiplinkan dengan susah payah jadi camni? benda yang kita ajar, dia tak mau ikut. yang tak di ajar, cepat je dia buat.

adakah kami sebagai guru ni yang salah. sampai sekarang aku tak habis fikir lagi.

Thursday, February 18, 2010

Bahasa SMS

aku baru je abis marking paper ujian penilaian kurikulum kelas form 5. pening otak aku tengok jawapan budak2 ni. macam biasa la, yang ok selalunya terus ok. yang tak ok ni kena bagi perhatian betul2.

lepas abis marking tadi, aku pun bukak la internet. biasala tgk entry di blog2 lain. di samping tu, blogwalking gak di blog2 baru. ntah kenapa hari ni aku banyak blogwalking di blog2 student aku.

bagus gak budak2 ni. daripada korang merempit tak tentu pasal, baik korang buat entri kat blog korang. apa yang aku perasan, kebanyakan mereka ni menulis mengenai apa yang berlaku dalam hidup diorang. pasal sekolah, pasal family..(sebenarnya aku pun sama. tulis pasal tu gak. hehehe). tak sangka gak, dari blog ni baru aku tau pasal hidup diorang. ada yang hidup sorang2, ada yang suka shopping, ada yang suka buat lawak dan sebagainya.

tapi ada satu persamaan yang aku tengok dalam blog2 diorang ni. BAHASA SMS! tak tau la nak kata salah ke tak. aku faham yang zaman sekarang ni bahasa camtu dah boleh dianggap biasa. cuma untuk diorang2 ni, aku takut diorang terbawak2 dalam penulisan diorang masa jawab periksa nanti. bahaya tu. sebab sebagai cikgu, aku memang selalu jumpa jawapan pelajar yang guna bahasa sms ni. nasib baik aku tak ajar BM. kalau tak, terpaksa la potong markah. pastu terpaksa gi hospital sebab sakit jantung.hihihi.

so, kepada pelajar2 sekolah yang membaca entri ni, gunala blog kamu tu sebagai satu tempat kamu berlatih menulis (bukan tulis guna tangan,hehehe). walaupun ada orang guna istilah "blog aku, sukahati aku", tapi takde ruginya kan kalau kita guna bahasa yang lebih senang difahami? lagi2 orang yang tua macam aku ni. kasihanila aku...huhuhu.
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.