Tuesday, August 11, 2009

buatmu wanita

sepanjang cuti H1N1 aku yang baru je abis lastweek, memang banyak buku yang aku baca.

buku yang baru aku abis baca malam tadi ialah buku ni. penulisnya ialah sorang bekas peguam syarie yang sekarang jadi kaunselor keluarga. dekat bloglist aku ada alamat blog dia.

aku memang selalu membaca artikel2 dia dalam majalah dan aku memang suka cara penulisan dia yang santai.

masa mula2 aku jumpa buku ni, aku tak minat sangat beli sebab aku tak sedar itu buku dia. bila aku tersedar dia publish buku, aku terus order by post.

bila aku baca, aku rasa terkilan. bukan sebab tak best, tapi aku terkilan sebab aku tak jumpa buku ni 5 tahun lepas. kenapa?? beli and baca sendiri. hehehe.

untuk semua wanita, especially yang belum kawin, yang baru bertunang, yang akan jadi isteri orang, buku ni sangat2 aku suggestkan.

walaupun buku ni bukan novel, ada part yang aku rasa macam nak nangis baca. ish3x..touching la plak.

selamat membaca ye?

kecik2 dah sakit kaki


tu la..sape suruh ligat sangat, kan dah sakit kaki!
nasib baik papa ada mesin urut kaki. boleh tumpang pinjam.
tapi camne ni? betis je dapat. tapak kaki tak dapat...
alahai si kecik ni..apa orang buat, suma dia nak tiru.

Monday, August 10, 2009

nasi ambeng modified



firstly, nak ucap terima kasih kepada pemilik blog http://www.myqza.blogspot.com/ yang membuat entry tentang "nasi ambeng orang jowo" ni. aku ada cakap kat situ tentang nasi ambeng fesyen sekarang yang telah diubahsuai ikut gaya kenduri sekarang.
kebetulan lastweek kat kampung ada orang kenduri arwah, so, dapatla aku amik gambar nasi ambeng mini tu.
macam yang aku cakap, selalunya nasi ambeng ni di serve dalam talam besar. lepas habis baca doa, orang kenduri akan pecah nasi ambeng tu kepada 4 @ 5 bahagian untuk di bawa balik dan dimakan bersama family.
so, daripada susah2 nak pecah2, maka ada la orang kampung aku ni yang kreatif dan ubahsuai sket. dia belikan besen kecik, isi nasik dalam tu. pastu, isi lauk pauk nasi ambeng tu atas nasik yang telah dilapik dengan daun pisang.
time orang nak balik, tuan umah akan bagi sorang satu. so, masa kenduri tu diorang makan la makanan lain yang ringan2. mihun sup ke, soto ke.
lepas ni aku tak tau la apa modification yang akan berlaku kepada nasi ambeng ni. tapi bagi aku, nasi ambeng ni tetap best dinikmati bersama kawan2, makan ramai2 sambil borak2. selamat mencuba!

renang @ tido gaya bebas??

masa cuti H1N1 ari tu, keje aku ialah menjadi suri rumah sepenuh masa. nasib baik seminggu je. kalau tak, terpaksa la aku tukar title blog aku ni daripada teacher's life menjadi housewife's life.

anak aku yg tersangat aktif ni memang sangat suka berada dirumahnya. sebab..dia boleh buat apa je aksi dia suka. ye la..kat umah orang tak leh buat cenggitu sebab kena jada tatasusila. kalau tak, nnti bakal mertua tak suka. hehehe.

ada satu hari tu aku tgh sibuk2 wat keje, tiba2 aku rasa umah aku macam sunyi je. aik? pelik lak. mana si budak aktif tu pegi. dan aku pun gi jenguk. ini la aksi beliau. nak kata berenang, takde air. tapi gaya macam berenang.

so, kesimpulan yang aku buat, inilah yang dipanggil "BERENANG GAYA BEBAS DI SOFA".

Kepada mana2 orang Malaysia book of record tu, bolehla listkan anak aku ni sebagai pencipta rekod terbaru. barula sejuk perut aku mengandung. hehehe.

Monday, August 3, 2009

TUTUP GAK AKHIRNYA SEKOLAH AKU

selepas sample diambik dari beberapa pelajar yang demam jumaat lepas, dengan rasminya sekolah aku ditutup mulai 3/7/09 sampai 9/07/09.

kat sekolah aku ada 4 orang yang positif. aku rasa lebih dari tu sebab sample yang diambik cuma yang demam hari jumaat je. sedangkan budak2 dah beramai2 demam since hari rabu.

aku pun ntah2 ada (nauzubillah..mintak dijauhkan). sebab aku dahla join motivasi hari rabu lepas dengan budak2 tu. pastu, malam rabu tu aku duty asrama. aku la antara warden pertama yang hantar budak2 tu gi hospital malam rabu tu. malam rabu lepas la antara duty aku yang terpenat sekali sebab bukan je penat menghantar budak gi spital berkali2. tapi penat gak tepon parents diorang suruh amik anak malam tu gak. sebab bilik sakit dah penuh. kredit pun habis gak. hahaha. takpe, elaun ada.

tak pernah2 aku balik duty asrama aku mandi. tapi malam tu aku mandi. campur dettol lagi. hahaha. tau takut.. ye la, kesian anak aku kecik lagi.

tapi alhamdulillah sampai hari ni aku ok. harap2 terus ok. student yang positif tu pun, dah sihat pada hari sekolah diumumkan tutup. mesti dia tak sangka. kesian aku tengok..kawan2 sekelas diorang siap menangis lagi kat belakang kelas.

hmm..apa aku nak buat sampai seminggu kat umah ni?? mau mati kutu aku dibuatnya. takkan asyik tengok barney je dgn anak aku??

takkan asyik gi umah mak je?? adik aku yang kat Utem melaka pun balik gak. tempat dia pun tutup pasal H1N1.

hmmm...nasib badan. kena beli buku la ni. baca buku. dari sabtu sampai semalam je pun, dah 2 buah buku aku baca abis. lepas ni aku boleh apply masuk MHI la. slot satu hari, satu buku. hahaha.

Thursday, July 30, 2009

aku menjadi maskwomen..

alamak..terasa hilang keanggunan aku bila memakai mask ni..

ada tak orang jual mask ikut warna baju? aku nak beli semua warna la. senang matching dengan baju.

hehehe...

takpela..kesihatan lebih penting.

kalau baca dengan nada wonderpets..
"apa yang penting?"..."kesihatan!"

jerebu la plak..

gambar ni aku amik pukul 7.40 pagi tadi sebelum aku masuk makmal.

sebenarnya gambar yang aku cuba capture adalah gambar matahari yang bulat dan berwarna oren gelap. mungkin jadi camtu sbb jerebu.

tapi mana ntah gi gambar matahari tu. tak nampak la plak. aku cakap kat murid2 aku pasal gambar aku hilang.

diorang balas apa.. "cikgu beli la kamera lagi mahal. baru gambar tu boleh nampak"

aik??aku plak yang bersalah? aku pun balas " korang ingat saye ni cameraman ke?? dah, gi buat latihan saya bagi tadi! sedap2 je kutuk kamera cikgu."

dan kitorang pun ketawa bersama2.



Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.