Thursday, April 16, 2009

kursus di eagle ranch resort


14-16hb yg lepas, aku telah dihantar berkursus di tempat cowboy+red indian ni yang bernama eagle ranch resort. tempat ni unik la sbb konsep yang ditonjolkan mmg berbeza dari hotel lain yang aku gi.
yg ni adalah gambar yg ada dlm handphone aku. gmbr lain ada dlm digicam aku. tak bwk ari ni. so, takleh nak upload kat sini. nanti aku masukkan.
masa mula2 tau dapat kursus kat port dickson, aku expect tempat yg tepi pantai mcm aku gi aritu. bila sampai sana, mmg tak sangka. tempat ni agak tinggi. mcm berbukit. dari luar macam kecik tapi tempatnye sangat luas dan ada macam2 aktiviti. nak berkuda, berkayak, absailing, arching, paintball, telematch...kira ada la semua.
pastu yg aku minat adalah bentuk2 bangunannye. unik. tempat aku tido dipanggil Band Wagon. macam kereta kuda. tu ada gambar aku kat sebelah tayar kereta kuda tu. besar kan. nasib baik masa tido tak bergerak. hehehe...
satu hari nanti, nak bawak anak aku gi sini la. best..








Sunday, April 12, 2009

Arwah bapakku


Ini antara kenangan terakhir anak aku dgn arwah datuknye. tak sangka itu tahun terakhir raya dgn bapak aku ni. bapak aku meninggal 28/02/2008. bila fikir2 balik, byk benda yg tarikh macam sama. masa aku preggy dulu, my expectation due date ialah 28/02 gak. tak sangka tahun depannye bapak aku meninggal pada tarikh tu. aku sayang betul gambar ni. aku akan simpan, supaya anak aku dapat tgk..inilah gambar atuk dia.

Tuesday, April 7, 2009

Dorani Bayu Resort..







seperti yang dijanjikan, aku publish kat sini antara gambar2 yg aku snap semasa bengkel pemurnian buku disiplin sekolah.






tempatnye memang best la sbb terapung atas air.

bila malam, air pasang. so, aku pun tido dgn alunan bunyi ombak. heheh.

sape2 yg nak honeymoon kat sini mmg digalakkan sebab you all boleh buat aksi titanic kat berandanye. asalkan jangan buat aksi yuo jump i jump dah la..

kang berhantu lak resort ni. tak dapat aku datang sini lagi.

Monday, April 6, 2009

Sebab wanita lebih cepat nampak tua

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk..
Tapi tahukan andasemua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnyaisteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligusmengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2,telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So,wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukanamalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betulmakan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksabangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letihdan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker,aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So,wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlahjadi tua..

Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikultanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

TAPI AKU NAK TEKANKAN KAT SINI, HUSBAND AKU TAK MACAM NI. HEHEHE.
SUAMI AKU BAIK WALAUPUN KADANG2 MALAS SKET.

suka & tak suka

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal...

6.. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

polis wat speed trap

ini pun one of the picture that i got from those forwarded emails. tak silap aku, yg bg ni kwn kat gombak. dia kata ini gambar polis tgh wat speed trap kat salah sebuah gerai jual buah2an kat area sungai besar dan sekinchan. bahaya betul la... sbb jalan2 kat sana elok. so, potensi org speed adalah tinggi. pastu, jalan lurus lak tu. lagi la best speed kan?

hati-hati cas hanset

gambar2 ni mgkn kita dah banyak jumpa through forwarded emails. cuma nak share and remind diri kita semua bahaya charge hanset berdekatan tempat tido. kat gambar ni, aku pun tak tau berlaku kat mana, kelihatan katil org ni terbakar dan tgn dia mcm cedera la.
so, moral of the story, hati2 ketika cas hanset. cas jauh2 and pastikan kawasan sekeliling takde barang yang mudah terbakar.



Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.