Wednesday, August 13, 2014

Al-Qassam vs Pekasam

Macam kelakar pulak bila tengok tahun terakhir blog ni dikemaskini pada tahun 2011. Lama giler kot tak bukak. Bahana facebook, intagram dengan whatsapp la ni. hahaha. 

Semalam aku beli satu majalah. Harmoni. Dalam tu ada kisah pasal Maria Elena dan blognya. Tadi aku sempatlah bukak blog dia tu. Physically nampak sangat polos dan simple. Kalau ikut selera mata, memang tak menarik la. Tapi, bila tengok bilangan followersnya...hmmmm...hebat!!

Aku mula baca apa yang dia post. Betul la dia cakap yang dia anggap blog dia tu macam diari. So, aku learn something dari situ. Sometimes, looks tak menjamin apa-apa. Consistency does matter.

Kesimpulannya, blog aku ni dah tahap pekasam. Pekasam tahap dewa.

Takpe....chill... aku akan usahakan "pekasam" ini akan dimusnahkan!! Dan akan digantikan dengan kisah-kisah yang baru. Contohnya pasal Al-Qassam ke. Hahaha.

Loceng sudah berbunyi. Mari masuk ke kelas. Chow!!

Monday, May 9, 2011

teknik terkini membuang sampah di sekolah..

zaman aku sekolah dulu, cikgu ajar, kalau nak buang sampah, buang la ke dalam tong sampah ( bukan luar tong sampah ye?? ). rasanya sampai sekarang pun masih di ajar benda yang sama.

tapi sekarang ni mungkin pelajar dah terlebih kreatif kot. maklumla..takkan nak ikut cara ortodoks tu lagi. tak canggih la kan.

so, baru-baru ni aku dapat mengambil gambar berkaitan teknik terbaru membuang sampah di kalangan pelajar ni. nak kata terbaru, tak jugak. tapi baru dapat amik gambar. kebetulan masa lepas abis kelas, aku terjumpa dan kebetulan time tu aku bwk kamera.

tapi teknik ni takde la di amalkan oleh semua pelajar. cuma segelintir pelajar yang "baik, rajin dan kreatif terlebih" sahaja. mari kita lihat.



di atas ni adalah tangga yang ada di sekolah aku. nampak biasa kan?? tangga je?? itu pun pelik ke?? mana sampahnye?? mari kita zoom ke arah besi pemegang kat tangga tu. yang melekat dengan dinding koridor. (starting point)


untuk pengetahuan, tangga sekolah ni takde la magik sangat nak bagi jajan free kat pelajar. tapi pelajar2 (sesetengah) ni yang terlebih magik sbb bagi sampah kat pemegang tangga tu. mungkin pelajar ni terlebih empati kat besi ni kot sebab tak dapat makan jajan. dalam hati beliau mungkin berkata dengan dialog ini


" kesian besi pemegang tangga ni. tak dapat makan jajan. takpela, meh aku bagi plastik jajan ni. makan diam2 tau. jangan bagitau cikgu..."

Wednesday, March 16, 2011

Tanyalah dia, abu nawas

buku ni aku dah abis baca sebelum cuti lagi. sekarang ni buku ni mungkin ada di kelantan kerana dipinjam kawan yang berasal dari sana.

buku ni ringan je kisahnya. sama macam kalau kita baca buku2 lawak yang lain. cuma yang ni lawak zaman2 khalifah dulu la.

walaupun lawah, tapi lawak yang logik dan tak merapu la. bagi aku, lawak yang ada tu mengajar kita supaya jangan menyusahkan perkara yang senang. dan lagi satu, kita kena bijak menghadapi satu2 situasi walaupun dalam keadaan yang genting.

try baca dan aplikasikan dalam hidup..jom!

Sunday, February 27, 2011

Biasiswa Kena Tarik??

ini bukan tajuk berita tapi kes yang menarik gak la pada pandangan mata aku.

pada suatu hari dalam minggu lepas, pentadbir sekolah aku bising2. katanya ada penjaga yang mengadu kepada pegawai khas bagi ADUN kawasan aku ni tentang biasiswa anaknya kena tarik. untuk pengetahuan, pelajar itu sekarang berada dalam tingkatan 5. "Z" namanya.

bila bercakap pasal biasiswa kena tarik, itu satu kes yang hangat. untuk pengetahuan, bukan senang proses untuk menarik balik biasiswa yang dikenakan. kalau pihak sekolah nak tarik biasiswa pelajar atas kes disiplin, paling2 kena ada 3 laporan disiplin dgn rekod kaunseling baru boleh tarik. tapi selalunya jarang berlaku.

oleh kerana bos dah kecoh2 mana datangnya citer ni, maka "Z" pun dipanggil.. apakah jawapan "Z"???

cikgu: pengetua kata ayah awak mengadu biasiswa awak kena tarik?? tapi dalam rekod, sejak form 1 sampai sekarang biasiswa awak tak pernah kena tarik?? camne boleh timbul citer ni??

Z: cikgu, saya dgn kakak saya buat rancangan nak buat surprise kat mak sempena birthday dia. kakak suruh cakap yang biasiswa saya kena tarik.

cikgu: surprise?? awak tau tak yang sebab kejutan yang awak nak buat ni, ayah awak dah report kat Dato "N". tak pasal2 sekolah dapat malu.

Z: sob..sob...sob..

tak sangka lak aku, camni rupanya bentuk birthday surprise masa kini. takde ke idea lain yang tak menyusahkan orang lain.

penjaga dia pun satu hal. kalau ye pun tak puashati, cuba datang sekolah dulu tanya keadaan sebenar. ni tak, main report je kat orang atas. kadang2 hal camni la yang merosakkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa.

sehingga hari ini, aku belum dengar lagi penjaga itu memohon maaf kepada pihak sekolah. rasanya, pegawai khas ADUN tu pun tak dimaklumkan hal sebenar. maka, pihak sekolah la yang terus nampak bersalah.

"Z" pun akan berkata dalam hati .... ala cikgu ni, kan dah mintak maaf?? itu pun kecoh.

Thursday, February 24, 2011

kreatif sungguh cikgu ini...

sebenarnya gambar ni aku ambil semasa mesyuarat di satu sekolah di Kuala Kubu Bharu. memandangkan aku tersampai awal untuk mesyuarat, aku pun round2 di sekitar sekolah tu sementara menunggu mesyuarat bermula.

aku lalu di depan satu bilik yang dinamakan bilik pendidikan seni. di sekolah aku, takde bilik camni. so, aku macam batak la sikit nak tgk dalamnya. tapi bilik tu berkunci, tak dapat masuk melawat.

tapi kat luar bilik ni ada hasil kreativiti warga sekolah tu dalam memanfaatkan barang2 terbuang. sila lihat gambar yang sempat aku snap.

kayu2 yang digantung ni adalah penyandar kerusi pelajar yang dah patah. penyandar ni dicantum2 untuk menghasilkan tempat menggantung hasil2 seni diorang. kat gambar ni mungkin tak jelas sangat apa yang digantung sbb aku ambik gambar ni sebab nak tiru. hehehe.

ni yang paling aku suka. tadi dia guna penyandar kerusi. sekarang ni dia guna plak kaki kerusi untuk buat hiasan pasu. pada mata aku, memang cantik la benda ni.

tahniah la kepada cikgu yang buat projek ni. korang memang superb la! tapi, kepada murid2 sekolah, korang jangan nak ngada2 lak rosakkan kerusi sekolah untuk buat benda2 ni. be creative in your own ways. gud luck!

Tuesday, February 22, 2011

100 kisah kehidupan

minggu ni adalah minggu ujian untuk pelajar2 sekolah aku. cikgu tak mengajar minggu ni tapi kena jaga exam. bagi aku, mengajar lebih best dari menjaga exam sebab menjaga exam ni akan menyebabkan mata aku macam digam-gam dengan gam gajah!

salah satu cara untuk mengelakkan "gam" tu menutup mata aku, aku akan membaca buku. buku yang aku pilih kali ni bertajuk 100 kisah kehidupan. karya Zakaria Sungib. meminjam ayat dari kulit buku ni, ianya mengandungi 100 kisah benar yang menyentuh, membelai dan menjernihkan jiwa.

mengikut kata penulis buku ni, dia dapat inspirasi menghasilkan buku ni dari buku Chicken Soup For The Soul. setakat yang aku baca, memang banyak kisah yang menginsafkan. Kisah benar tau.

bila membaca, aku suka highlight ayat2 yang best. antara yang menyentuh hati aku:

" percaya dan yakin kepada hukum Qadak dan Qadar Allah mesti jadi pegangan. supaya dgn itu, kita tidak berasa kecewa, marah, benci atau putus asa. supaya dengan itu, kita mengetahui alangkah mahalnya harga sebuah sabar dan redha kerana di dalamya ada pahala dan ganjaran mahal dari Allah SWT"

best kan maksud kata2 ni. renung2kan dan selamat beramal!! hihihi..

Monday, February 21, 2011

adakah aku telah melahirkan seorang spiderman??

(gembira betul dgn blogger hari ni. cepat je upload gambar.)

gambar2 ni adalah koleksi gambar dalam phone aku. aku memang suka snap gambar bila anak aku ni buat aksi2 yang bukan2. pastu aku akan send ke nombor telefon suami aku. biar dia tengok apa anak dia buat.

bila aku amati gambar2 yang ada ni??? aku terfikir tajuk di atas. apa pendapat anda??

memanjat tingkap tapi gagal keluar..hehehe..

saya boleh melekap di dinding!! best kan??
Powered By Blogger

WELCOME TO MY BLOG!

Enjoy surfing my blog

please leave your comment after reading the post. tq.